Penerima GKP Yang Layak Akan Terima BKM – Tengku Zafrul

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENERIMA GKP YANG LAYAK AKAN TERIMA BKM – Berita gembira untuk #KeluargaMalaysia khususnya penerima GKP!

Penerima GKP Yang Layak Akan Terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.⠀

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul, melalui sebuah hantaran status terkini beliau di media sosial.

Menurut hantaran tersebut, penerima GKP yang layak akan turut menerima bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta rakyat. ⠀

Penerima gkp terima bkm



Di samping itu, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain seperti e-Kasih, bantuan JKM, dan penghuni Perumahan Awam serta Projek Perumahan Rakyat, juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi memastikan tiada yang tercicir dari menerima bantuan.⠀

Penerima gkp terima bkm

Tarikh Permohonan & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

Ini adalah bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan turut diberikan peluang untuk memohon.

Baca juga:

Tarikh Pembayaran BKM

Pembayaran BKM ini akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran BKM pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) di portal LHDNM atau kenyataan media di bawah:

Cara Memohon / Membuat Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.

*Sumber: Tengku Zafrul / Kementerian Kewangan Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut