Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 KPM (idme.moe.gov.my)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KPM SESI 2025 / 2026

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, Permohonan kemasukan Ke Tahun 1 sesi kemasukan persekolahan tahun 2025 / 2026 boleh dilakukan secara online.

@ecentral.my

Nak daftar anak tahun 1 untuk sesi 2025/2026? Buat cepat sebelum 30 Jun 2024 ni. Risau cicir pulak nanti kalau terlambat. #tahun1 #pendaftarantahun1 #pendaftarantahun12025 #idme #darjah1 #darjah12025

♬ original sound – eCentral – eCentral

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada sesi 2025, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran dan semakan Tahun 1 Sesi 2025 / 2026 melalui permohonan online.

TERKINI – Semakan & Pengesahan Penempatan Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2025 KPM

Dimaklumkan keputusan penempatan Tahun 1/PPKI bagi sesi persekolahan 2025/2026 boleh disemak mulai 1 Oktober 2024 (Selasa) melalui sistem Pengurusan IDentiti (idMe) di pautan berikut – https://idme.moe.gov.my/login

  • Rayuan hanya melalui sistem idme – dibuka mulai 1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024. Sila login ke pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk rayuan.
  • Semakan keputusan rayuan mulai sistem idme mulai 1 Disember 2024 – 31 Disember 2024

MAKLUMAN TAMBAHAN (Sekiranya RAYUAN tidak berjaya)

  • Sekiranya keputusan rayuan TIDAK BERJAYA – ibu bapa penjaga perlu sahkan penempatan yang telah diberi sebelum ini. Sekiranya rayuan BERJAYA – ibu bapa perlu sahkan penerimaan sekolah berdasarkan kelulusan rayuan tersebut.
  • Permohonan pindah sekolah dalam daerah mulai minggu ke-2 sesi persekolahan baharu (guna borang PUA275)
  • Permohonan pindah sekolah antara daerah/antara negeri boleh mohon RESET melalui PPDHL.
  • Daftar Lewat – boleh mohon melalui sistem idme sehingga 17 Januari 2025.
  • Daftar Lewat – guna borang ASBS mulai 19 Januari 2025.

Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 & Rayuan

Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2024/2025, semakan penempatan boleh dibuat mulai 1 Oktober 2024.

Rayuan akan dibuka mulai 1 Oktober hingga 30 Oktober 2024.

PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan  https://idme.moe.gov.my/login

Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum 31 Oktober 2024.

CARA SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2024/2025

LANGKAH 1 – Login ke portal idMe https://idme.moe.gov.my/login

semakan penempatan tahun 1

LANGKAH 2 – Pergi bahagian Menu (rujuk gambar)

LANGKAH 3 – Klik Aplikasi

LANGKAH 4 – Klik Pengurusan Awam

Klik bahagian menu di bawah

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

Anda akan dibawa ke bahagian Permohonan.

LANGKAH 5 – Klik Pendaftaran Tahun 1 2025

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

Status permohonan berjaya akan dipaparkan seperti berikut:

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

LANGKAH 6 – Cetak surat tawaran dan hantar ke sekolah.

Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum 31 Oktober 2024.

Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

Sila rujuk panduan semakan selengkapnya di sini: Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025

Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1

  • Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Oktober 2024
  • Tarikh rayuan : 1 – 31 Oktober 2024
  • Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Oktober 2024
  • Tarikh keputusan rayuan : 1 Disember 2024

NOTA:

  • Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
  • Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.

Harap maklum dan terima kasih.

Permohonan Rayuan

Jika ada ibu bapa / penjaga yang ingin menukar sekolah, sila buat Rayuan online dalam sistem Idme mulai 1.10.2024 hingga 31.10.2024.

Keputusan rayuan akan keluar mulai 1.12.2024 dalam sistem Idme juga.

Bagi ibu bapa/penjaga yang langsung belum mendaftar, sistem Idme masih buka lagi sehingga 14.12.2023.

Mohon ibu bapa yang belum daftarkan anak, sila daftar segera dalam sistem Idme.

LANGKAH RAYUAN TAHUN 1 JIKA TIDAK SETUJU SEKOLAH YANG DITEMPATKAN:

  1. Login https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik pengesahan penempatan
  3. Cetak surat tawaran
  4. Mohon RAYUAN (dlm sistem idMe)mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2024.
  5. Keputusan rayuan akan keluar pada bulan Disember.

Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2025 / 2026

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2018 – 1 Januari 2019

Baca juga: APDM Ibu Bapa: Cara Kemaskini Profil Murid Di SPATKPM

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 / 2026

Tarikh-tarikh Penting Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025

  • Tarikh Mula : 2 Mei 2024
  • Tarikh Tutup : 30 Jun 2024
  • Keputusan Penempatan : 1 -31 Oktober 2024
  • Tarikh Rayuan : 1-31 Disember 2024

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.

Mohon kerjasama ibu bapa/ penjaga agar sentiasa membaca makluman terkini di laman utama idme.

Sekian, Terima Kasih.

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025

PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 1 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024.

Kanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke tahun Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 secara dalam talian adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 sahaja.

Mulai Tahun 2023 pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul pengurusan Awam, Sistem Berseadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my dalam tempoh tersebut.

Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna 
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Rujuk manual bergambar di bawah:

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

MUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MOEIS IDME KPM: Manual Pengguna boleh dimuat turun dari tinyurl.com/manualdaftartahunsatu

Baca juga: ePrasekolah: Pendaftaran & Semakan Prasekolah Online Sesi 2023

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut:

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut