Permohonan TABIKA KEMAS Sesi 2025 / 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permohonan kemasukan ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS 2025 kini dibuka bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2024. Jom daftar!

Untuk makluman, ibu bapa boleh membuat permohonan bagi anak-anak untuk memasuki Taska / Tabika KEMAS secara online.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang lokasi Tadika KEMAS ini dan syarat-syarat bagi pendaftaran bagi anak-anak yang berkenaan.

Apakah Tabika / Taska KEMAS?

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Syarat Kemasukan / Pendaftaran

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2025 akan dibuka mulai 01 OGOS hingga 31 OKTOBER 2024
  4. Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  6. Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.
  7. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  8. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  9. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2024.

Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.

Senarai Tabika / Taska KEMAS Seluruh Malaysia

Bagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Tabika yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berhampiran.

Tarikh Permohonan

Permohonan kemasukan ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS akan dibuka bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Oktober 2024.

Cara Pendaftaran / Muat Turun Borang

Klik Link di bawah untuk muat turun borang TABIKA KEMAS : https://bit.ly/BORANGTABIKAKEMAS2023

Klik Link di bawah untuk muat turun borang TASKA KEMAS : https://bit.ly/BORANGTASKAKEMAS2023

Apabila borang telah lengkap, boleh terus hantar ke TABIKA pilihan anda.

Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2023.

Tutorial Cara Pendaftaran Online / Muat Turun Borang TABIKA / TASKA KEMAS

Layari laman web https://www.kemas.gov.my/

Sila perhatikan bintang tersebut. Klik Awam – Klik Pendidikan Awal Kanak-Kanak- Klik antara TABIKA/TASKA
pendaftaran tabika kemas
Ibu bapa/penjaga perlu membaca syarat-syarat kemasukan sebelum muat turun borang permohonan.
pendaftaran tabika kemas
Setelah memahami syarat-syarat kemasukan, ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang seperti yang di dalam imej di atas.
daftar tadika kemas
Cara yang sama bagi permohonan ke TASKA KEMAS. Ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang selepas memahami syarat-syarat kemasukan ke TASKA.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut