PELAKSANAAN PORTAL VIBES 2.0 UNTUK PESARA PENCEN JHEV / VETERAN ATM (2025)
Semakan penyata pencen anda kini lebih mudah dan cepat dengan Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0.
Semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 sebulan melalui portal ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal baharu ini dan cara untuk mengaksesnya.
Pengenalan Portal VIBES 2.0 Bagi Pesara JHEV / Pencen ATM
Hasil usaha JHEV ATM menyediakan khidmat portal bagi kemudahan menyemak penyata pencen kini dilancarkan dan sedia untuk digunakan.
Kini segala urusan semakan berada di hujung jari anda. Menjimatkan masa, pantas dan boleh di semak pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada.
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang vibes.jhev.gov.my untuk mendaftar akaun portal Vibes 2.0 dengan beberapa langkah mudah. Anda boleh mendaftar masuk setiap kali ingin menyemak penyata pencen anda secara ekspres.
JHEV ATM akan sentiasa prihatin akan kebajikan veteran dan akan terus berusaha mencapai objektif dalam memelihara hal ehwal kebajikan veteran. Sokongan dan usaha bersama untuk JHEV ATM memberikan yang terbaik buat anda.
Bagi mengakses ke dalam sistem ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.
Kebaikan Sistem Online JHEV
Antara kebaikan sistem online ini adalah:
- Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
- Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
- Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
- Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.
Cara Pendaftaran
- Pergi ke URL berikut; https://vibes.jhev.gov.my/portal/
- Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
- Pilih ‘Jenis Pengguna’.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
- Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
- Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.
Rujuk panduan pengguna melalui infografik berikut:
I) VETERAN ATM / WARIS
II) PENGGUNA DALAMAN
III) SYARIKAT
Baca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2022
Video Tutorial
Kemaskini Maklumat Dalam Sistem
Untuk makluman, pihak JHEV ATM juga telah membangunkan VETERAN INTEGRATED BENEFIT SYSTEM 2.0 (VIBES) bagi kemudahan Veteran ATM membuat pelbagai urusan yang berkaitan perkhidmatan JHEV ATM.
Pengguna perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan diportal VIBES 2.0. Sila baca manual pengguna yang disediakan sebelum membuat pendaftaran.
Pautan Portal VIBES 2.0;
https://vibes.jhev.gov.my/portal/
Tuan/puan boleh terus membuat pengemaskinian maklumat setelah login disistem VIBES 2.0.
Untuk pengemaskinian sila muat naik dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan kelulusan pegawai.
Sila baca manual pengguna yang disediakan bagi tatacara pengemaskinian maklumat.
Dokumen berkaitan perlu dimuat naik bagi pengemaskian maklumat :
- Buku perkhidmatan setiap mukasurat (pengemaskian perkhidmatan)
- Sijil lahir anak dan Mykid / Mykad (pengemaskinian maklumat anak)
- Mykad veteran dan pasangan (pengemaskinian status diri atau agama)
- Sijil nikah (jika berkaitan)
- Sijil cerai (jika berkaitan)
- Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)
Jika bermasalah untuk pengemaskinian, sila hantarkan pengemaskinian di ruangan aduan beserta muat naik dokumen untuk dikemaskini.
Langkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM
- Layari Portal JHEV https://vibes.jhev.gov.my/
- Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke halaman utama.
- Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
- Pilih TAHUN PENYATA.
- Masukkan kod pengesahan.
- Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
- Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah.
Jadual Pembayaran Pencen JHEV 2025
Jadual pembayaran pencen tahun 2025 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:
- Januari : 17 / 01 / 2025
- Februari : 19 / 02 / 2025
- Mac : 21 / 03 / 2025
- April : 18 / 04 / 2025
- Mei : 21 / 05 / 2025
- Jun : 20 / 06 / 2025
- Julai : 18 / 07 / 2025
- Ogos : 20 / 08 / 2025
- September : 19 / 09 / 2025
- Oktober : 15 / 10 / 2025
- November : 19 / 11 / 2025
- Disember : 17 / 12 / 2025
Untuk membuat semakan bayaran pencen, potongan bayaran dan muat turun penyata pencen, veteran / waris boleh dapatkan secara terus di portal VIBES 2.0.
Sila daftar dan login di Portal VIBES 2.0 ini ; https://vibes.jhev.gov.my/portal/
Bagi Veteran ATM yang masih belum mendaftar, sila daftar dan membuat pengemaskinian maklumat peribadi dan akaun bank setelah login disistem VIBES 2.0. Pengemaskinian perlu disertakan dengan dokumen untuk pengesahan.
Bayaran Bantuan Khas 2024 / Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Menerusi Bajet 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Manakala pemberian sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk Veteran ATM berpencen serta tidak berpencen, bayaran tersebut akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Sila pastikan maklumat telah lengkap dan akaun telah dikemaskini di portal VIBES 2.0. Bayaran akan dibuat tertakluk kepada maklumat pendaftaran veteran yang telah lengkap dalam sistem VIBES 2.0. Bagi Veteran ATM yang belum mendaftar hendaklah segera mendaftar bagi membolehkan bayaran dibuat.
Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat dengan memuatnaik dokumen ke dalam sistem Vibes 2.0; https://vibes.jhev.gov.my/portal/
1) Salinan buku pengakuan perkhidmatan (BAT D 86/92) / Sijil berhenti pasukan sukarela ATM (BAT B 84) semua muka surat atau surat pengesahan perkhidmatan dari JRP
2) Salinan kad pengenalan
3) Salinan akaun bank persendirian yang aktif
4) Salinan surat insolvensi dari Jabatan Insolvensi Malaysia (Sekiranya muflis)
Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)
Berikut merupakan syarat kelayakan skim Bantuan Sara Hidup kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas (BSH3) yang telah ditetapkan. Veteran perlu membuat permohonan dan mengemaskini maklumat pendapatan di portal VIBES 2.0 supaya proses permohonan dan kelulusan berjalan dengan lancar.
JHEV ATM boleh dihubungi melalui talian atau klik link WhatsApp yang tertera :
- Hotline: 03-2697 6600 / 03-2050 8000
- Bantuan Kebajikan – https://wa.me/60167400182
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari portal rasmi JHEV ATM;
- Portal Rasmi JHEV ATM – www.jhev.gov.my
- Portal Vibes 2.0 – https://vibes.jhev.gov.my/portal/
Sebarang pertanyaan/aduan sila lengkapkan ruangan aduan/maklumbalas di pautan ini : www.jhev.gov.my/aduan atau dipautan Aduan Dan Maklumbalas Portal VIBES 2.0 : https://vibes.jhev.gov.my/portal/aduannnewiframe.asp
Tarikh bayaran adalah 15 haribulan setiap bulan. Jadual pembayaran akan dikeluarkan.
Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup
Adalah dimaklumkan bahawa berikut merupakan syarat kelayakan skim Bantuan Sara Hidup khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas.
- Skim ini khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke etas.
- Tidak perlu memohon. JHEV akan proses permohonan yang layak berdasarkan data dalam sistem VIBES 2.0 yang telah dikemaskini oleh veteran.
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah mestilah tidak melebihi RM1,198.00,
- BSH dibayar secara berterusan sehingga dimaklumkan.
- Bantuan ini tidak dipanjangkan kepada balu dan penerima pencen KWAP.
- Penerima sedia ada dalam kumpulan ini akan terus menerima.
- Tarikh bayaran pada 15 hari bulan setiap bulan. Jadual pembayaran akan dikeluarkan.
- Akaun bank veteran hendaklah aktif.
- Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.
- Veteran berumur 60 tahun ke atas perlu mengemaskini data / maklumat dalam sistem VIBES 2.0.
Sebarang pertanyaan sila hubungi hotline JHEV : 03-2697 6600
Diharap agar veteran yang layak menerima bantuan tersebut dapat mengemaskini maklumat dalam VIBES 2.0 supaya proses seterusnya dapat berjalan dengan lancar.
Maklumat Lanjut Pencen JHEV / Vibes 2.0
JHEV ATM berperanan sebagai jabatan yang membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM supaya mereka terus menjadi aset kepada negara & masyarakat.
Sebarang permasalahan sila lengkapkan ruangan aduan/maklumbalas di pautan ini : www.jhev.gov.my/aduan atau dipautan Aduan Dan Maklumbalas Portal VIBES 2.0 : https://vibes.jhev.gov.my/portal/aduannnewiframe.asp