Penang Bon Odori Festival 2025 – Tarikh & Senarai Aktiviti

Penang Bon Odori Festival 2025 - Tarikh & Senarai Aktiviti
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Penang Bon Odori Festival 2025 – Tarikh & Senarai Aktiviti

Penang Bon Odori Festival 2025 kembali lagi dengan pelbagai tarikan menarik yang pastinya akan memikat hati pengunjung dari seluruh negara!

Sekiranya anda penggemar budaya Jepun, makanan Jepun atau ingin mencari aktiviti hujung minggu yang menarik di Penang, anda boleh hadir memeriahkan festival ini!

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Penang Bon Odori Festival 2025 termasuklah tips untuk mereka yang pertama kali hadir serta hukum bagi umat Islam yang bercadang untuk menghadirinya.

BACA JUGA: 20 Hotel Murah Penang Bawah RM100 – Bajet Kecil Tapi Selesa!

Apa itu Festival Bon Odori?

Buat yang tak tahu apa itu Festival Bon Odori, ia merupakan satu festival tradisional masyarakat Jepun yang diadakan bagi memperingati roh nenek moyang mereka. 

Perkataan “Bon” merujuk kepada sambutan musim panas untuk menghormati arwah keluarga, manakala “Odori” pula bermaksud tarian. 

Gabungan kedua-duanya menjadikan Bon Odori sebagai sebuah acara budaya penuh simbolik yang disertai dengan tarian tradisional, muzik, makanan dan sebagainya.

Di Jepun, festival ini biasanya berlangsung sekitar bulan Julai atau Ogos dan menjadi salah satu sambutan yang paling dinanti oleh masyarakatnya.

Ia diraikan dengan meriah di seluruh negara dengan penduduk memakai yukata (pakaian tradisional musim panas), menari secara beramai-ramai mengelilingi yagura (menara pentas), serta menikmati pelbagai hidangan dan permainan.

Sumber: The Full Frontal

Berbeza pula di Malaysia, Penang Bon Odori Festival menjadi satu platform untuk masyarakat tempatan merasai sendiri pengalaman budaya Jepun melalui persembahan, makanan, pakaian tradisional, permainan, dan pelbagai aktiviti menarik.

Ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai suasana sebenar perayaan Jepun tanpa perlu ke luar negara. 

Sumber: The smart local Malaysia

Tarikh & Tempat, Masa & Tema  Penang Bon Odori 2025

Tahun ini, Penang Bon Odori Festival 2025 akan berlangsung pada:

  • Tarikh: 19 Julai 2025 (Sabtu)
  • Masa: Bermula 5 petang hingga 11 malam
  • Tempat: Padang Kota Lama (The Esplanade), George Town, Pulau Pinang
  • Tema: “Akari Bon Odori” atau Festival of Lights, menampilkan lebih 400 tanglung yang menerangi malam, melambangkan semangat perpaduan dan persahabatan.
Sumber: Petace Penang

Aktiviti Menarik di Penang Bon Odori 2025

1. Persembahan

Salah satu tarikan utama festival ini ialah persembahan tarian Bon Odori yang penuh warna-warni dan irama, diiringi dengan paluan gendang Taiko yang bertenaga. 

Selain itu, terdapat juga pertunjukan pentas budaya lain seperti nyanyian dan demonstrasi seni tradisional Jepun. 

2. Makanan Jepun

Festival ini terkenal dengan deretan gerai makanan yang menawarkan pelbagai hidangan jalanan Jepun seperti takoyaki, yakitori, mochi, sushi, ramen dan pelbagai lagi. 

Pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis makanan Jepun yang jarang ditemui di luar festiva. Terdapat juga pilihan makanan tempatan Pulau Pinang yang menambah variasi citarasa untuk semua pengunjung.

3. Cenderamata & Barangan Kraf

Jangan lepaskan juga peluang untuk membeli cenderamata unik dan barangan kraf tangan Jepun yang dijual di festival ini. 

Anda boleh mendapatkan barangan seperti kipas tangan, yukata, aksesori tradisional dan hasil seni buatan tangan yang sesuai dijadikan kenangan atau hadiah buat orang tersayang.

4. Permainan Budaya Jepun

Terdapat pelbagai permainan tradisional Jepun yang boleh disertai oleh pengunjung, antaranya yo-yo tsuri (memancing belon air), kingyo sukui (menangkap ikan emas mainan), dan permainan ring toss. 

Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur dan memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri pengalaman bermain permainan rakyat Jepun.

5. Pertunjukan Bunga Api

Acara kemuncak festival adalah pertunjukan bunga api yang berlangsung di penghujung malam. Ini adalah detik yang paling dinantikan oleh pengunjung setiap tahun.

Dresscode

Bagi yang tertanya-tanya nak pakai apa semasa festival ini, jangan risau. Tiada kod pakaian wajib ditetapkan. 

Tapi, kalau anda ada yukata (kimono kasual) atau kimono boleh lah pakai. Kalau nak sewa pun boleh. Sewaan kimono ada disediakan di lokasi festival ini. 

Bayaran Masuk

Kemasukan ke Penang Bon Odori Festival 2025 adalah PERCUMA untuk semua! 

Anda hanya perlu membawa wang tunai secukupnya untuk membeli makanan, cenderamata, atau menyertai aktiviti yang ditawarkan.

Tips untuk Pengunjung Pertama Kali

  1. Datang Awal: Tempat duduk dan ruang terbaik untuk menonton persembahan akan cepat penuh, jadi rancang untuk tiba seawal mungkin. Parking juga mungkin akan penuh sekiranya anda datang lambat. 
  2. Bawa Air Minuman: Cuaca boleh menjadi panas kerana festival diadakan di kawasan terbuka.
  3. Bawa Wang Tunai: Tidak semua gerai menerima pembayaran tanpa tunai.
  4. Jaga Kebersihan: Gunakan tong sampah yang disediakan untuk menjaga kebersihan kawasan festival.

Tarikan Berdekatan 

Sambil menghadiri festival, anda boleh melawat beberapa tarikan menarik berhampiran seperti:

  • Penang 3D Trick Art Museum
  • Wonderfood Museum Penang
  • Fort Cornwallis
  • Penang Street Art

Dan, macam-macam lagi. Rujuk: 20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga!

Hukum Umat Islam Hadiri Penang Bon Odori Festival Di Malaysia

Merujuk kepada laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor, perayaan Bon-Odori yang diadakan di Malaysia adalah harus disertai oleh orang Islam seperti menghadiri program kebudayaan kaum atau bangsa lain.

Walaubagaimanapun,  orang Islam hendaklah sentiasa memastikan kewajipan terlaksana dan menjauhkan diri daripada perkara yang bercanggah dengan Hukum Syarak seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat, memakan makanan yang haram atau syubhah serta hiburan yang melampau dan melalaikan.   

Beberapa ketetapan kriteria perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam adalah sebagaimana berikut:

  1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
  2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
  3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”

Umat Islam dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri festival ini sekiranya terdapat unsur keagamaan, pemujaan roh, atau ritual yang boleh membawa kepada syirik. 

Rujukan: 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini, jadual aktiviti, atau sebarang pertanyaan lanjut mengenai Penang Bon Odori Festival 2025, anda boleh rujuk:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut