Sukacita dimaklumkan bahawa RapidKL kini menawarkan manfaat terbaharu buat pengguna iaitu Hospital Protection Plan (HPP) atau Pelan Perlindungan Hospital.
Inisiatif HPP yang merupakan hasil kolaborasi bersama AIG Malaysia ini dilancarkan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di kawasan Lembah Klang.
Pelancaran insentif ini juga mengiringi pembukaan Fasa I MRT MRT Laluan Putrajaya yang akan mula beroperasi pada 16 Jun 2022.
Dianggarkan sekitar 50,000 penumpang bakal menikmati manfaat yang ditawarkan ini.
Baca Juga : Syoknya Naik Keretapi 2.0 : Diskaun RM 15 Untuk ETS & KTM Intercity
Manfaat Pelan Perlindungan Hospital RapidKL
Penerima pelan perlindungan ini bakal nikmati manfaat seperti berikut :
- Elaun tunai RM 50 setiap hari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu
- Elaun tunai harian ini akan diberikan sehingga 14 hari pesakit dimasukkan ke hospital
- Penerima HPP akan nikmati pelan perlindungan hospital percuma selama 3 bulan.
Cara Memohon
Bersempena pengenalan pelan ini, RapidKL akan menawarkan pelan ini secara percuma kepada 50,000 orang penumpang yang memohon dan mendaftar menerusi aplikasi PULSE.
Selain menjadi plaftorm untuk mendaftar Pelan Perlindungan Hospital RapidKL, aplikasi ini juga direka bagi memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan di laluan dan rangkaian perkhidmatan RapidKL.
Maklumat mengenai aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut :
https://myrapid.com.my/pulse/mobile-app/
Untuk makluman, tawaran pelan HPP menerusi aplikasi PULSE bermula 16 Jun 2022.
Khidmat Duta Rel RapidKL
Pengguna yang menghadapi masalah untuk gunakan aplikasi PULSE boleh dapatkan bantuan daripada Duta Rel RapidKL tau Rail Ambassador yang telah dilantik.
Anda boleh kenalpasti petugas khas ini dengan pemakaian selempang dan topi ‘Ask Me’.
Setakat ini, Duta Rel RapidKL akan berada di 19 buah stesen iaitu :
- Masjid Jamek
- IOI Puchong Jaya
- Bandar Tasik Selatan
- Bandaraya
- Maluri (untuk Laluan Ampang)
- Stesen KL Sentral
- Pasar Seni
- Wangsa Maju
- KLCC
- Subang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)
- Bukit Bintang
- Imbi
- KL Sentral
- Hang Tuah (untuk Laluan Monorel)
- Bukit Bintang
- Maluri
- Pasar Seni
- Muzium
- Cochrane
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Pelan Perlindungan HPP RapidKL, sila layari laman web https://myrapid.com.my/