Pecah Dara Tapi Tak Berdarah? Bakal Pengantin Wajib Tahu

pecah dara
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Stigma masyarakat mengenai isu pecah dara sangat sensitif bagi setiap wanita.

Tidak dinafikan walaupun sudah memasuki tahun 2020, segelintir masyarakat kita masih mengaitkan selaput darah ini dengan keperawanan seorang wanita.

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan permasalahan berkaitan pecah darah di malam pertama.

Baca juga:

Apa itu pecah dara?

pecah dara

Istilah dara diertikan sebagai regangan daging tipis yang menutup sebahagian dari permukaan lubang faraj.

Ia juga dikenali sebagai selaput perdaraan. Anak dara adalah istilah yang digunakan bagi wanita yang belum bersetubuh, yang secara asasnya dianggap masih mempunyai dara.

Hilang dara atau pecah dara pula digunakan oleh orang Melayu bagi menamakan keadaan bila dara telah terkoyak.

Sebagai lambang kesucian wanita, dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan, hanya akan diserahkan kepada suami tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan hubungan intim pertama.

Benda ini dianggap sebagai satu simbol kesucian seorang wanita. Namun begitu, tidaklah semua wanita dapat mempertahankan dara.

Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, sama ada melalui hubungan kelamin atau faktor lainnya.

Bahkan menurut kajian di Eropah juga, ada sesetengah bayi perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara.

Apa itu Selaput Dara? | Wahyu Setyaningsih

Jenis bentuk selaput dara

Pada umumnya, wanita mempunyai empat jenis bentuk selaput dara (hymen) iaitu seperti:

  • Selaput dara anularis – Hymen ini lubangnya menyerupai bentuk oval. Hymen anularis adalah jenis yang paling banyak dimiliki perempuan.
  • Selaput dara Cribriformis – Adalah hymen yang berlubang-lubang menyerupai saringan.
  • Hymen dengan septu atau penyekat.
  • Hymen impervorata – Jenis kelainan bahawa tidak adanya lubang sehingga darah haid tidak boleh keluar.

Penyebab wanita pecah dara

Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan seorang wanita pecah dara biarpun tanpa melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Aktiviti fizikal dan olahraga khususnya dapat meregangkan membran dan menyebabkan selaput dara menipis. Berikut adalah penyebab yang lain:

  • Menunggang kuda
  • Naik basikal
  • Memanjat pokok
  • Jungle trekking
  • Bersenam
  • Menari
  • Memasukkan tampon
  • Mendapatakn pam smear
  • Mendapatkan USG transvaginal

Cara “check” selaput dara

pecah dara

Sebenarnya cukup mudah untuk anda periksa selaput dara anda adalah masih “utuh” ataupun sudah koyak.

Apa yang perlu anda sediakan adalah cermin, kerusi dan jari anda. Berikut adalah caranya:

  1. Cuci tangan anda sampai bersih.
  2. Ambil cermin kecil dan pegang dengan satu tangan.
  3. Duduk di kerusi dan buka kaki anda.
  4. Pegang cermin di depan vagina anda dan miringkan ke atas sehingga anda dapat melihat lubangnya.
  5. Gunakan telunjuk atau jari tengah untuk membuka labia (bibir vagina).
  6. Anda dapat melihat selaput tipis berdaging berbentuk bulan di bahagian bawa lubang vagina anda jika selaput dara masih utuh.
  7. Ingatlah bahawa ukuran dan bentuk selaput dara boleh bervariasi.
  8. Jika anda dapat dengan mudah memasukkan jari atau merasakan daging yang tidak teratur di sekitar dinding vagina ini (tanpa rasa tidak selesa) menandakan kemungkinan selaput dara anda sudah koyak.

Beza darah haid dan pecah dara

Perbezaan paling ketara adalah dari segi masa darah keluar. Darah haid akan keluar setiap bulan dan berlangsung selama tiga hingga lima hari.

Manakala darah dari selaput dara hanya akan keluar pada satu waktu sahaja dan hanya sekali seumur hidup.

Kemudian dari segi warna darah, darah dari selaput dara yang koyak akan meninggalkan lingkaran ‘tanda’ merah muda kecil di ujung bawah vagina.

Namun hal itu tidak terjadi pada darah haid. Saat haid, darah yang keluar akan lebih dari sekadar tanda kecil dan itu akan berlangsung selama beberapa hari.

Mitos mengenai selaput dara

Hubungan seksual telah diselubungi mitos dan salah tanggapan selama berabad-abad. Mari kita ikuti beberapa salah tanggapan umum mengenai topik ini:

1. Mitos: Kesakitan Tidak Dapat Dielakkan

Ramai orang percaya bahawa pen darah pecah sentiasa disertai dengan kesakitan yang teruk.

Walaupun ketidakselesaan mungkin berlaku, adalah penting untuk memahami bahawa tahap kesakitan berbeza bagi setiap orang.

2. Mitos: Pendarahan adalah Wajib

Bertentangan dengan kepercayaan popular, tidak semua orang mengalami pendarahan semasa faraj pecah.

Kehadiran atau ketiadaan pendarahan dipengaruhi oleh faktor seperti anatomi dan aktiviti individu sebelum dan semasa prosedur.

3. Mitos: Kesan pada Penampilan Fizikal

Tidak ada kebenaran untuk pandangan bahawa pendarahan faraj dengan ketara mengubah penampilan fizikal seseorang.

Perubahan, jika ada, adalah halus dan berkaitan dengan perubahan fisiologi biasa yang berlaku apabila seseorang itu matang.

Hukum rawatan pulih dara

Dalam kemudahan teknologi serba canggih ini pelbagai perkara boleh dilakukan begitu juga dengan rawatan memulihkan selaput dara.

Namun apakah hukumnya apabila wanita melakukan rawatan pulih darah ini?

Fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan hukum memulihkan dara mengikut keadaan jika dilakukan oleh mangsa rogol, bekas pelacur, penzina atau seorang isteri.

Hukum ini dibahaskan fuqaha kontemporari dalam Persidangan Akademi Fiqh Islam kali ke-18 bertajuk Pembedahan Plastik: Apa Hukumnya? Resolusi persidangan merumuskan, harus menjahit selaput dara yang koyak disebabkan oleh kemalangan, rogol atau secara paksaan.

Menjahit selaput dara yang koyak disebabkan oleh perlakuan lacur tidak harus dari segi syarak, demi menutup pintu kerosakan dan penipuan.

Ia menggariskan panduan dan syarat umum pembedahan selaput dara serta pembedahan kosmetik secara umum.

Pembedahan hendaklah satu maslahat yang diperakui oleh syarak seperti mengembalikan semula fungsi, memperbaiki kecacatan dan mengembalikan semula kejadiannya ke bentuk asalnya. Pembedahan itu tidak membawa kepada kemudaratan yang mengatasi maslahat diharapkan.

Manakala, perempuan yang berzina secara suka rela, mengharuskan pemulihan dara kepada golongan ini hanya menggalakkan mereka meneruskan kegiatan perzinaan. Berdasarkan itu, perempuan pelacur dan penzina tidak harus memulihkan dara.

Untuk informasi lanjut, anda boleh buat semakan di sini:

  • #1265: Mengembalikan Selaput Dara yang Hilang Bagi Penzina yang Bertaubat. Maktabah Al Bakri
  • Agama: Fuqaha Sepakat Hukum Harus Rawatan Pulih Dara. Berita Harian
Hilang Dara | Ustaz Azhar Idrus

Prosuder mengembalikan selaput dara

Kaedah perubatan untuk mengembalikan semula dara boleh dilakukan dengan beberapa cara. Antaranya seperti:

  • Hymenoplasty Pembedahan pembentukan semula selaput dara adalah prosedur untuk menyambung semula selaput dara pada bibir vagina menggunakan jahitan.
  • Alloplant Diletakkan selaput dara tiruan kerana lapisan selaput dara tidak dapat diperbaiki lagi.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah pecah dara dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. #1265: Mengembalikan Selaput Dara yang Hilang Bagi Penzina yang Bertaubat. Maktabah Al Bakri
  2. Tanda Tanda Seseorang Telah Pecah Dara. Doctor On Call
  3. Signs of Virginity in Females. Allo Health
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut