PdPR Disambung Selama 25 Hari Bermula 13 Jun 2021

pdpr disambung
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk makluman, sesi PdPR disambung selama 25 hari lagi berikutkan situasi semasa COVID-19 yang belum menunjukkan penurunan.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin.

Lanjutan PdPR ini akan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Pembukaan sekolah pada 13 Jun membabitkan negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pada 14 Jun pula membabitkan negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

Rujuk: Jadual PdPR KPM Terkini

Kenyataan Media

“Kita sedia maklum waktu ini sekolah dalam cuti pertengahan tahun dan sesi persekolahan berikutnya mengikut takwim akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B. 

“Kemudian murid akan mengikuti PdPR selama 25 hari persekolahan sehingga cuti berikutnya iaitu cuti pertengahan penggal bermula pada 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B.

“Dari tarikh itu bermula cuti pertengahan penggal sehingga 26 Julai untuk negeri kumpulan B dan 25 Julai untuk negeri kumpulan A. 

“Jadi itulah takwim atau jadual penggal persekolahan yang ada dan berkuat kuasa pada hari ini,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini. 

Radzi berkata, KPM akan membuat pengumuman lebih awal iaitu seminggu sebelum sesi persekolahan bermula bagi setiap cuti pertengahan penggal. 

“Ramai yang akan bertanya apa akan berlaku selanjutnya selepas ini iaitu selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal itu. 

“Jadi, KPM akan memaklumkan kepada ibu bapa dan murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum persekolahan bermula mengenai pendekatan selanjutnya berdasarkan situasi pada waktu itu,” katanya.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut