Permohonan Dan Semakan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1

pakej bantuan rakyat pulau pinang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi, iaitu Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang kepada mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.

Pakej bantuan ini terbuka kepada 6 kumpulan sasaran.

Kepada mereka yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan sehingga 15 September 2020.

Bagi yang berminat, anda boleh merujuk info permohonan di bawah ini:

bantuan rakyat pulau pinang

Syarat Kelayakan Permohonan

Rujuk di bawah ini bagi syarat-syarat kelayakan setiap golongan.

1. Syarikat Penganjur Acara (Event Organizer)

Dengan anggaran peruntukan RM50,000.00, kerajaan Pulau Pinang akan memberikan bantuan khas one-off sebanyak RM500.00 kepada sejumlah 100 syarikat penganjur acara (event organizer) di Pulau Pinang yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai premis perniagaan yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara atas talian dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun pemohon.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
046505171 (Puan Masayu)
046505176 (Puan Amira)

Waktu Operasi :
8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin-Khamis)
8.00 pg – 12.15 tgh hari / 2.45 ptg – 5.00 ptg (Jumaat)

2. Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)

Di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan tunai one-off RM1,000 melibatkan 1,711 Rumah Ibadat Bukan Islam dengan implikasi kewangan berjumlah RM1,711,000.00.

Syarat kelayakan:

RIBI perlu mengemukakan Salinan Warta Kerajaan atau Surat Pendaftaran pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
04-650 5675
04-650 5400
[email protected]

Waktu Operasi :
8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin -Khamis)
8.00 pg – 12.15 tgh / 2.45 ptg – 5.00 ptg (Jumaat)

3. Pertubuhan/Persatuan Yang Aktif

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada mana-mana pertubuhan atau persatuan yang aktif dan berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Persatuan Malaysia (ROS) Negeri Pulau Pinang.

Syarat kelayakan:

  • Berdaftar dengan ROS Negeri Pulau Pinang sebelum 18 Mac 2020;
  • Berstatus pertubuhan / persatuan aktif (berdasarkan pengkalan data ROS); dan
  • Bukan berstatus rumah ibadat bukan Islam.

Pertubuhan / persatuan dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui borang permohonan sekiranya memenuhi syarat-syarat di atas

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
(04) 650 5568 / [email protected]

Waktu operasi:
8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin – Khamis)
8.00 pg – 12.15 tgh hari / 2.45 ptg – 5.00 ptg (Jumaat)

4. Persatuan/Pertubuhan Belia Berdaftar

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada mana-mana pertubuhan atau persatuan belia yang aktif dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia malaysia (ROY).

Syarat kelayakan:

  • Pertubuhan Belia yang beralamat di Pulau Pinang yang Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia
  • Berstatus pertubuhan / persatuan aktif ; dan
  • Hanya Pengerusi atau Setiausaha Pertubuhan sahaja dibenarkan membuat permohonan

Pertubuhan / persatuan belia dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan mengisi borang permohonan sekiranya memenuhi syarat-syarat di atas.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
(04) 6505669 / [email protected]

Waktu Operasi :
8.00pg – 1.00ptg / 2.00ptg – 4.30ptg (Isnin – Khamis)
8.00pg – 12.00 tgh hari / 2.45ptg – 4.30ptg (Jumaat)

5. Pengusaha/Penjual Akhbar Dan Buku

Bantuan one-off sebanyak RM500 bagi pengusaha/ penjual akhbar dan buku akan diberikan melalui Pakeh Bantuan Rakyat ini.

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Belum pernah menerima Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada peniaga dan penjaja berlesen di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1 dan Fasa 2.

Mana-mana pengusaha yang layak boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
04-650 5192 ( Puan Wan Afifah )
04-650 5400 ( Encik Hamizan )

Waktu operasi:
8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin-Khamis)
8.00 pg – 12.15 tgh / 2.45 ptg – 5.00 ptg (Jumaat)

6. Petani

Permohonan untuk insentif petani tidak dibuka secara atas talian.

Bantuan ini diberikan kepada 1142 petani yang berdaftar dan dikenalpasti di bawah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang.

Baca juga: Bantuan Musim Tengkujuh 2020 untuk pekebun

7. Pengusaha Kantin Sekolah

Permohonan untuk bantuan ini juga tidak dibuka secara atas talian.

Pengusaha-pengusaha kantin yang berminat untuk mendapatkan bantuan ini perlu membuat permohonan melalui sekolah masing-masing.

Pengusaha kantin perlu mengemukakan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat (SSM) dan penyata bank kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (bagi sekolah agama rakyat).

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 adalah pada 15 September 2020.

Portal Rujukan Rasmi

Untuk sebarang maklumat serta pertanyaan, anda boleh layari portal rasmi kerajaan Pulau Pinang di sini.

Diharapkan inisiatif kerajaan Pulau Pinang ini dapat membantu rakyatnya dalam menghadapi pandemik dunia ini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut