Pakej 5G Rahmah – Spesifikasi Telefon, Senarai Telco & Pakej
Hari ini Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengumumkan pakej perkhidmatan internet terlajak murah berbanding pakej sedia ada di pasaran! Jom ketahui lebih lanjut tentang Pakej 5G Rahmah terbaru oleh Kerajaan.
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini (29 Ogos 2023) melancarkan Pakej 5G RAHMAH & Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam di Putrajaya.
Pakej 5G RAHMAH menawarkan akses perkhidmatan 5G dan telefon pintar berharga RM240 dengan kelajuan data minimum 60GB serta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2023 dan rebat sebanyak RM10 sebulan dapat dimanfaatkan oleh semua penjawat awam Malaysia melalui Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam bagi tempoh 12 bulan bermula 16 September hingga 31 Disember 2023.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), syarikat penyedia perkhidmatan (Telco) iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile), YTL Communications (YES) serta syarikat pengeluar telefon iaitu Samsung Malaysia Electronics dan Honor Malaysia bersama-sama merealisasikan dasar Kerajaan ‘Di mana ada jalan, Di situ ada Internet’ bagi memastikan masyarakat menerima akses Internet dengan lebih meluas selari dengan inisiatif RAHMAH di bawah konsep Malaysia MADANI.
Hadir sama Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKD, Ma. Sivanesan serta Ketua-ketua Pengawai Eksekutif syarikat-syarikat telekomunikasi.
Pengenalan Pakej 5G Rahmah
Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5G RAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan.
Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.
Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.
Beberapa info mengenai pakej ini:
- Telefon jenama Samsung A14 5G & Honor 90 Lite 5G berharga RM240 dengan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan (untuk semua rakyat).
- 100,000 pelanggan terawal akan nikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga telefon serendah RM120 (untuk B40).
- Rebat RM10 sebulan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.
- Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini
Tarikh Pembelian / Pendaftaran
Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023.
Tawaran Telefon Bimbit Rahmah RM120 & RM240
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Telefon Bimbit di bawah Pakej Rahmah dan spesifikasi yang ditawarkan.
Pakej 5G RAHMAH : Apa yang anda perlu tahu?
Pakej dengan spesifikasi asas pelan data (device bundle) melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB ditawarkan bermula 31 Ogos hingga Disember ini untuk semua rakyat Malaysia.
Jenama & Spesifikasi Telefon Pintar Yang Ditawarkan
- Samsung A14 5G
- Storan 128GB
- Memori (RAM) 6GB
- Harga pasaran : RM949
- Harga Pakej Rahmah 5G : RM240
- Honor 90 Lite 5G
- Storan 256GB
- Memori (RAM) 6GB
- Harga pasaran : RM1099
- Harga Pakej Rahmah 5G : RM240
Sumber: BERNAMA
Tawaran Pakej Rahmah 5G Setiap Telco
Ada yang tanya, adakah semua telco perlu caj RM60 sebulan untuk 60GB data di bawah Pakej RAHMAH 5G? Tidak.
Itu adalah harga maksimum yang boleh dicaj oleh telco kepada pelanggan. Kalau sebelum ini ada yang caj RM98 untuk data 60GB, sekarang tak boleh.
Melalui inisiatif Kerajaan Perpaduan ini, telco akan bersaing untuk memberi pakej yang terbaik kepada pengguna.
Boleh lihat pakej setiap telco di sini.
YES PASCABAYAR
UNIFI PASCABAYAR
UMOBILE U POSTPAID
PAKEJ RAHMAH MAXIS
PAKEJ RAHMAH CELCOM
PAKEJ RAHMAH DIGI
Cara Permohonan / Pendaftaran Pakej 5G Rahmah
Untuk pembelian dan pendaftaran, pakej ini ditawarkan melalui 2 cara berikut:
- Bersemuka di pusat jualan telco
- Dalam talian melalui sesawang telco yang terlibat
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media lengkap oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dalam lampiran di bawah.
ATAU
Ikuti media sosial KKD untuk maklumat terkini tentang tawaran ini :
- Facebook : Kementerian Komunikasi dan Digital
- Twitter : Kementerian Komunikasi dan Digital @kkd_gov
Baca juga: