OpenDOSM NextGen: Katalog Data Statistik Percuma Malaysia

OpenDOSM NextGen merupakan sebuah platform untuk membuka capaian data yang berkaitan dengan statistik rasmi yang dihasilkan oleh DOSM dan agensi kerajaan lain.

OpenDOSM telah dilancarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia atau The Department of Statistics Malaysia (DOSM) pada 12 Januari 2023 oleh Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli.

Apakah OpenDOSM NextGen?

Platform OpenDOSM NextGen menawarkan akses kepada data terbuka dengan prestasi lancar, masa “downtime” minimum dan loading sepantas bagi membolehkan ramai pengguna mengakses data secara serentak, mengukuhkan kekuatan keseluruhan platform.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidi berkata platform ini selaras dengan usaha agensi itu untuk berinovasi dan menggalakkan penyebaran data yang betul dan tepat untuk kegunaan awam.

Dunia penuh dengan data dan kebanjiran data ini meningkatkan permintaan untuk statistik dan maklumat yang boleh dipercayai dalam membuat keputusan.

Platform ini menawarkan antara muka moden yang direka untuk pelbagai peringkat pengguna termasuk penggubal dasar, perniagaan, penyelidik, belia, pelajar, wartawan, saintis data serta orang awam secara amnya.

Lihat ciri baharu OpenDOSM Publications di mana anda boleh menyemak imbas semua jenis penerbitan berdasarkan Kalendar Keluaran Lanjutan (ARC) DOSM, bersama-sama dengan nota teknikal.

Paparan OpenDOSM baharu termasuk Penerbitan DOSM berasaskan ARC dalam bentuk kalendar dan paparan senarai memudahkan pengguna meneroka penerbitan DOSM.

Contoh Data Yang Diperolehi Melalui OpenDOSM

Portal OpenDOSM merupakan peningkatan besar kepada piawaian semasa berkaitan perkongsian data di negara ini dan diharapkan akan menggalakkan agensi yang berbeza untuk menjadi lebih telus dengan data mereka.

Platform ini menggalakkan perkongsian data antara agensi dan jabatan untuk memberikan lebih nilai bukan sahaja untuk kerja berkaitan kerajaan tetapi juga untuk menjadikannya lebih berharga untuk orang lain.

Kerana jika data sebanyak itu hanya terhad kepada kerajaan, ia tidak membantu usaha mempromosikan data dan pendigitalan kepada masyarakat Malaysia.

Lampiran di bawah adalah antara data yang dapat dijana melalui OpenDOSM:

Keratan rentas: Gaji Purata mengikut Negeri (2021)

OpenDOSM nextgen
NegeriGaji Purata (RM)
Johor2,853
Kedah2,465
Kelantan2,543
Melaka2,937
Negeri Sembilan3,045
Pahang2,708
Pulau Pinang3,080
Perak2,608
Perlis2,588
Selangor3,544
Terengganu2,490
Sabah2,826
Sarawak2,826
W.P. Kuala Lumpur4,013
W.P. Labuan3,268
W.P. Putrajaya4,504
opendosm gaji portal

Untuk maklumat lanjut berkaitan topik ini, sila rujuk Laporan Survei Gaji dan Upah, 2021, edisi terkini bagi statistik gaji dan upah tahunan yang diterbitkan oleh DOSM.

KawasanKu : Kenali kawasan anda!

Adakah kawasanku lebih baik berbanding kawasan lain? Apakah ciri-ciri demografinya? Bagaimanakah keadaan tenaga buruhnya? Adakah kemudahan awam mencukupi?

DOSM mempunyai misi untuk memastikan jawapan kepada persoalan sebegini di hujung jari rakyat.

Menerusi kejayaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (MyCensus 2020), DOSM buat pertama kali dalam sejarah menerbitkan data populasi penduduk di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dashboard Kawasanku bertujuan untuk membolehkan rakyat, penggubal dasar dan komuniti antarabangsa menerokai set data tersebut.

OpenDOSM nextgen

Cara Membuat Carian Menggunakan OpenDOSM NextGen

OpenDOSM NextGen adalah wajah baharu capaian data terbuka berkaitan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh DOSM dan agensi kerajaan yang lain dengan penambahan ciri dan fungsi baharu sedia ada OpenDOSM.

Untuk membuat carian data, sila ke pautan https://open.dosm.gov.my/ms-MY]

Paparan dashboard seperti di bawah akan memudahkan anda untuk membuat navigasi di laman tersebut.

Platform OpenDOSM diharapkan dapat menjadi pusat sehenti untuk pelbagai jenis data.

Semua set data yang terdapat pada OpenDOSM tersedia secara percuma untuk dimuat turun sama ada sebagai set data mentah, jadual atau carta.

Mereka juga boleh diambil (scrap) menggunakan bahasa pengaturcaraan Python.

Antara data yang tersedia setakat ini ialah kadar pengangguran, kadar pertukaran, Indeks Harga Pengguna, Keluaran Dalam Negara Kasar, statistik pengundian dan Covid-19.

Maklumat Lanjut

OpenDOSM boleh diakses di pautan rasminya di https://open.dosm.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!