10+ Omakase di Kuala Lumpur – Muslim Friendly & HALAL Certified

OMAKASE KL
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

10+ Omakase di Kuala Lumpur – Muslim Friendly & HALAL Certified

Kalau anda tengah cari idea untuk sambut anniversary, hari jadi atau apa saja hari istimewa dengan insan tersayang, apa kata anda cuba pengalaman pergi makan bersama di tempat yang lebih eksklusif dan unik – iaitu omakase!

Di Kuala Lumpur, ada banyak restoran omakase yang menawarkan menawarkan pengalaman omakase dengan hidangan berkualiti tinggi dari bahan segar yang diimport terus dari Jepun. Harganya pun berpatutan dan paling penting mesra muslim dan halal certified.

Tunggu apa lagi, jom kita terokai beberapa restoran omakase halal dan mesra Muslim di KL yang anda memang kena cuba!

BACA JUGA: 15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!

Apa Itu Omakase?

Omakase (お任せ) adalah konsep menjamu selera yang popular dalam kalangan orang Jepun. Maksud OMAKASE tu sebenarnya “saya serahkan kepada anda” dalam bahasa Jepun. 

Ia merujuk kepada pengalaman makan di mana pelanggan menyerahkan pilihan hidangan sepenuhnya kepada chef untuk menyediakan hidangan terbaik berdasarkan bahan yang segar dan bermusim.

Setiap hidangan disediakan dengan teliti dan disajikan secara langsung kepada pelanggan disertai dengan penerangan mengenai bahan-bahan dan teknik penyediaan yang digunakan oleh chef yang bertugas. 

Anda bukan sekadar menikmati makanan, tetapi juga berpeluang mempelajari sesuatu sekaligus menghargai keahlian chef dan keaslian bahan-bahan yang digunakan.

15+ Restoran Omakase di Kuala Lumpur 2025 (HALAL)

1. Teng Yu Omakase

  • Lokasi: L3-14A, Level 3, Avenue K, 156, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu Operasi: 11 AM–3 PM, 6–10 PM
  • Instagram: @tengyuomakase
  • Range Harga: RM268-RM1000

Teng Yu Omakase adalah salah satu pilihan halal omakase di Kuala Lumpur yang popular dan digemari ramai. Buat pelanggan muslim, restoran ini menyediakan hidangan HALAL. 

Restoran ini menawarkan 5 jenis set omakase yang anda boleh pilih berdasarkan bajet dan selera anda. Menu omakase mereka menampilkan menu istimewa menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi seperti yukke wagyu, tenderloin steak, lobster Hokkaido dan sebagainya. 

Dengan chef berpengalaman dan terlatih, anda pasti kagum dengan cara penyediaan makanan mereka. Sangat eksklusif!

Sebelum datang, pastikan anda membuat tempahan di laman web Teng Yu Omakase terlebih dahulu. 

2. Issen Wagyu Omakase (Sachi Dining)

  • Lokasi:14, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 11 AM–2 PM, 6–10.30 PM
  • Instagram:@ issen_wagyuomakase
  • Range Harga: RM300-RM860

Seperti kebanyakan restoran omakase, Issen Issen Wagyu Omakase menawarkan pengalaman makan yang eksklusif dengan chef yang berkemahiran tinggi, Master Chef Nagayama. 

Terdapat tiga jenis set omakase yang anda boleh pilih dengan range harga yang berpatutan. Selain itu, ada juga menu makan tengah hari dengan harga serendah RM30.

Setiap hidangan menampilkan kualiti dan rasa unik daging wagyu yang disediakan dengan teliti. Sebagai pelanggan, anda boleh melihat pelbagai teknik memasak dari sashimi wagyu yang halus hingga potongan panggang yang sempurna. 

Tempahan boleh dilakukan di pautan berikut: https://issen.com.my/ 

3. Kampai KLCC

  • Lokasi: Lot 139, First Floor, Park Side, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu Operasi: 12 PM–3 PM, 6–10 PM- 3pm , 6pm-10pm12pm – 3pm , 6pm-10pm
  • Instagram:@kampaiklcc
  • Range Harga: Bermula RM298 ++

Kampai KLCC juga salah satu restoran omakase di Kuala Lumpur yang menyediakan hidangan halal-certified dan berkualiti tinggi. 

Restoran ini menawarkan tiga jenis pengalaman omakase dalam satu lokasi iaitu Teppanyaki Omakase, Sushi Omakase dan Yakiniku Omakase. 

Kampai KLCC menekankan penggunaan bahan-bahan segar dan premium termasuk daging wagyu A5 Miyazaki dan makanan laut dari Hokkaido. Menariknya lagi, restoran ini menawarkan pemandangan indah KLCC Park. 

Tempahan boleh dilakukan di laman web berikut: https://www.kampaiklcc.com/ 

InshaAllah worth a try!

4. KOBU Kuala Lumpur by Wagyu Tavern

  • Lokasi: 46 Jalan Utara Imbi, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (6 PM-12 AM), Sabtu & Ahad (12 PM-4.30 PM & 6 PM – 12 AM), Isnin tutup
  • Instagram:@kobubywagyutavern
  • Range Harga: Bermula RM888++/pax

KOBU by Wagyu Tavern juga antara destinasi pilihan omakase halal-certified di KL yang popular bagi peminat makanan Jepun, terutamanya mereka yang mencari pengalaman omakase yang eksklusif dan tak kisah keluarkan duit lebih. 

Restoran ini menawarkan pengalaman makan yang istimewa dengan fokus pada daging wagyu berkualiti tinggi dan makanan laut premium. 

Keunikan KOBU terletak pada konsep “unlimited” atau makan sepuas-puasnya untuk beberapa hidangan premium yang ditawarkan dalam tempoh masa 120 minit. 

Suasana restoran yang mewah menawarkan persekitaran yang selesa untuk pengalaman makan bersama insan istimewa bagi meraikan hari istimewa.

Untuk tempahan, anda boleh layari pautan berikut: Kobu Kuala Lumpur

5. Wagyu Dojo (Chef Table) @ Kuala Lumpur JAKIM Halal Certified

  • Lokasi: Bandar Park, 48 Komplek Bandar Park Jalan Mega Mendung, off, Jln Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Ada tiga slot tempahan dibuka iaitu 12 PM, 5.30 PM atau 8 PM.
  • Instagram:@wagyudojo
  • Range Harga: Bermula RM388++

Seterusnya, restoran pilihan omakase halal di Kuala Lumpur yang anda boleh cuba ialah Wagyu Dojo. Restoran ini telah disahkan halal oleh JAKIM menjadikannya pilihan yang sesuai bagi pelanggan Muslim. 

Ia juga merupakan salah satu restoran yang di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi oleh Jepun untuk mengendalikan daging Kobe tau!

Restoran ini menawarkan beberapa course utama antaranya ialah Premium Yakiniku Menu, Chef’s Special Yakiniku Menu, Chef’s Testing Menu, Bespoke Yakiniku dan Yakiniku Kids’ Club. 

Menariknya lagi, restoran ini menawarkan menu “Eat Them All”. Anda boleh mencuba kesemua 42 bahagian wagyu dalam tiga kunjungan. 

Maksudnya, anda boleh datang balik sesi lain untuk cuba bahagian wagyu yang lain sehingga habis 42 bahagian. Tunjukkan sahaja kad yang diberikan. 

Satu lagi keunikan restoran Wagyu Dojo ini adalah ia turut menawarkan pelbagai hidangan wagyu seperti sandwich daging wagyu, sup miso wagyu dan kari daging wagyu. 

Untuk tempahan, anda kena bayar deposit RM50 per pax masa tempah. Kalau cancel last minute (kurang 72 jam), deposit hangus, so plan elok-elok!

Tempahan boleh dilakukan di pautan berikut: https://www.tableapp.com/partner/wagyu-dojo-yakiniku-dojo-chef-table-kl#/ 

6. Manten Omakase

  • Lokasi: Tower 2 No, Rooftop, Star Residence, Level 88, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur,
  • Waktu Operasi: 11:30 AM–10:30 PM
  • Instagram:@manten_omakase
  • Range Harga: Bermula RM388++

Manten Omakase Kuala Lumpur (KL) adalah restoran yang menawarkan pengalaman omakase moden dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. 

Terletak di bahagian roof top bangunan, Manten Omakase memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati pemandangan panorama langit Kuala Lumpur sambil menikmati hidangan omakase yang ekslusif. 

Kalau nak buat tempahan, anda boleh terus ke laman web berikut: https://www.mantenomakase.com.my/menu 

Menu Lunch
Menu Dinner

7. TTDI Chakuro Yakiniku By Meat Point 

  • Lokasi: 36, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu Operasi: 12 PM – 11PM
  • Instagram:@chakuroyakiniku
  • Range Harga: RM385++

TTDI Chakuro Yakiniku ni memang popular terutamanya dalam kalangan penggemar daging. Ia menawarkan pengalaman yakiniku halal yang berkualiti tinggi dengan hidangan daging Wagyu A5 dan Marble 8-9 dari Jepun dan Australia. 

Menu di sini juga  merangkumi set Omakase yang membolehkan pelanggan menikmati daging Wagyu Jepun terbaik serta hidangan istimewa seperti nasi goreng bawang putih Wagyu dan sate Wagyu Chakuro. 

Menariknya lagi, restoran ini juga mengadakan program buy 1 feed 1. Maksudnya setiap pembelian customer akan disumbangkan kepada insan yang memerlukan. 

Tempahan boleh dilakukan di pautan  berikut: Chakuro TTDI. Anda boleh pilih tarikh, masa serta nak booth seats atau private room. 

8. Iki Omakase

  • Lokasi: 16, Jalan Kamuning, Off Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu Operasi: 12–2:30 PM, 6–8 PM, 8:30–10:30 PM
  • Instagram:@ikiomakasekl
  • Range Harga: Bermula RM238++

Iki Omakase Kuala Lumpur menawarkan pengalaman merasai makanan Jepun yang autentik dengan sentuhan moden. 

Terdapat 7 jenis set omakase yang anda boleh pilih mengikut selera dan bajet anda. Ada juga set khas yang disediakan sempena perayaan/musim tertentu. 

Dengan suasana restoran yang mewah, ia menambah lagi pengalaman eksklusif anda menjamu selera bersama orang tersayang. Anda boleh pilih nak counter seat atau private seat. Tempat umum pun ada. 

Untuk menempah, anda boleh layari pautan berikut: https://ikiomakase.com/ 

9. NIKAKU by Azabu 

  • Lokasi: 4th floor Isetan, Lot 10 shopping center, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 12–3 PM, 6–11 PM
  • Instagram:@nikaku.kl
  • Range Harga: Bermula RM168++

NIKAKU by Azabu menawarkan pengalaman omakase yang unik dengan fokus pada bahan-bahan tempatan Malaysia. Terletak di tingkat 4 Isetan The Japan Store di Lot 10, Bukit Bintang, NIKAKU merupakan jenama kedua dari Azabu KLCC. 

Restoran ini menawarkan pengalaman makan mesra Muslim di bawah pimpinan chef Jepun Muslim, Masaki Arakawa. 

NIKAKU menawarkan tiga pilihan menu omakase: Nikaku Sushi Course, Lunch Omakase dan Malaya-Mae Omakase. 

Buat tempahan di sini: https://www.tableapp.com/partner/nikaku-by-azabu-isetan-lot-10#/ 

10. AO Omakase KL

  • Lokasi: L-2-2 Level 2, Bangunan Ahp, 2, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 11:30 AM–2:30 PM, 6–10:30 PM
  • Instagram:@ao_omakase
  • Range Harga: Bermula RM388++

AO Omakase terkenal dengan tema underwater yang cukup unik dan eksklusif. Ini menjadikan pengalaman makan di sini lebih daripada sekadar hidangan yang lazat.

Restoran ini menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diimport dari seluruh dunia mengikut musim. Chef-chef yang berpengalaman menyediakan hidangan yang bukan sahaja lazat tetapi juga menarik dari segi visual. 

@danieldineskl

Recommend it for modern style Japanese omakase 📍AO Omakase, Bangunan Ahp, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur (pork free serves alcohol) #aoomakase #omakase #klfood #makanlokal

♬ Chill Day – LAKEY INSPIRED

Untuk pencinta makanan Jepun dan mereka yang mencari pengalaman makan yang istimewa di Kuala Lumpur, tempat ni memang highly recommended!

Nak buat tempahan? Layari pautan berikut: https://aoomakase.my/ 

11. Aburii Yakiniku KL

  • Lokasi: TTDI, 5, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,
  • Waktu Operasi: 12–2:30 PM, 6–10:30 PM (Isnin tutup)
  • Instagram:@
  • Range Harga: Bermula RM380++ (omakase)

Aburii Yakiniku, satu lagi restoran omakase di Kuala Lumpur yang mesra muslim. Ia menawarkan pengalaman yakiniku dan omakase yang premium dengan fokus utama pada daging Wagyu A5 Miyazaki halal yang diimport dari Jepun setiap dua minggu. 

Selain daging Wagyu, restoran ini juga menyajikan hidangan makanan laut segar dan menu fusion yang menarik seperti rendang daging Wagyu A5 Jepun. 

Sempena ramadan, Aburii Yakiniku KL juga menawarkan set Yakiniku feast dengan harga serendah RM266 untuk 2 orang dan RM 466 untuk 4 orang. 

Tempahan boleh dilakukan di sini: Aburii TTDI

BACA JUGA: 10+ Pilihan Restoran Pizza di Kuala Lumpur untuk Peminat Pizza!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut