Nombor Pengenalan Cukai (TIN) : Semakan dan Pendaftaran

Nombor Pengenalan Cukai
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) merupakan satu nombor identifikasi khas untuk setiap individu yang sudah perlu membyar cukai pendapatan.

Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 29 Oktober 2021 telah mengumumkan penggunaan nombor pengenalan cukai (atau TIN) dilaksanakan mulai tahun 2022 bagi memperluaskan asas cukai pendapatan.

Nombor Pengenalan Cukai atau TIN (Tax Identification Number) merupakan satu identiti unik yang diberikan kepada individu atau entiti yang layak dikenakan cukai di Malaysia.

Diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), TIN memainkan peranan penting dalam urusan percukaian, termasuk pemfailan cukai, semakan rekod dan urusan rasmi dengan agensi kerajaan.

Apa itu Nombor Pengenalan Cukai?

Nombor pengenalan cukai adalah NOMBOR CUKAI PENDAPATAN sepertimana rekod sedia ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Nombor TIN seorang individu adalah gabungan dua belas penamaan digital, yang masing-masing membawa maklumat tertentu:

  • 2 nilai pertama menunjukkan kod pemeriksaan cukai yang memberikan nombor individu kepada orang tertentu;
  • 6 digit yang berikutnya adalah nombor siri pembayar cukai, yang mana maklumat tentangnya dalam senarai pendaftaran;
  • 2 digit terakhir adalah kawalan, dan tujuannya adalah untuk mengesahkan ketepatan nombor tersebut. Dua digit terakhir ditentukan menggunakan algoritma khas.

Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bukan sahaja satu keperluan undang-undang, malah menjadi elemen penting dalam menguruskan kewangan dan kepatuhan cukai seseorang individu atau syarikat.

Dengan kemudahan digital yang tersedia, semakan dan pendaftaran TIN kini lebih mudah, cepat dan mesra pengguna.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing

Kategori yang layak mendapat TIN

Nombor TIN Borang EA

Mana-mana pembayar cukai yang terdiri daripada kategori di
bawah adalah diwajibkan mempunyai nombor pengenalan cukai (TIN) ini:

  1. Pembayar cukai yang boleh ditaksir dan boleh dikenakan cukai; atau
  2. Pembayar cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan borang nyata.
  3. Setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas

Pembayar cukai adalah merujuk kepada individu atau orang sepertimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). ‘Orang’ adalah termasuk suatu syarikat, badan, orang, perkongsian liabiliti terhad dan perbadanan tunggal.

Baca lagi: Siapa Perlu Bayar Cukai? Ini Pendapatan Yang Layak Kena Cukai

Permohonan TIN

Nombor cukai pendapatan akan diberikan melalui permohonan yang dibuat atau diberikan oleh pihak HASiL menerusi kaedah:

  1. Pendaftaran automatik seperti pendaftaran nombor cukai pendapatan individu melalui potongan cukai bulanan (PCB);
  2. Pendaftaran secara automatik bagi syarikat baharu diperbadankan (syarikat tempatan atau syarikat asing) yang telah mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID;
  3. Secara dalam talian di e-Daftar; atau
  4. Proses pendaftaran manual di cawangan HASIL yang berhampiran

Mana-mana pembayar cukai yang telah diberikan nombor cukai pendapatan sebelum atau pada 1 Januari 2022 adalah disifatkan sebagai nombor pengenalan cukai bagi pembayar cukai berkenaan.

Cara mendaftar sendiri TIN

Nombor Pengenalan Cukai

Nombor Pengenalan Cukai boleh diperoleh melalui kaedah
pendaftaran seperti berikut:

  1. Secara dalam talian melalui menu e-Daftar di pautan
    https://mytax.hasil.gov.my; atau
  2. Kemukakan borang pendaftaran ke Cawangan HASiL yang
    berhampiran

Semakan TIN

Semakan Nombor Pengenalan Cukai boleh dibuat melalui:

  1. Melalui Portal MyTax – Lawati laman web rasmi https://mytax.hasil.gov.my/, log masuk menggunakan MyKad dan kata laluan, atau menggunakan MyIdentity (jika pertama kali).
    • Setelah log masuk:
    • Pilih menu Individu/Syarikat
    • Klik pada Maklumat Cukai
    • Nombor TIN anda akan dipaparkan bersama maklumat cukai lain.
  2. Melalui e-mel atau panggilan ke LHDN
    • Anda juga boleh menghubungi LHDN melalui e-mel rasmi ([email protected]) atau panggilan ke talian Hasil Care Line (HCL) 03-8911 1000 dengan menyatakan maklumat peribadi untuk pengesahan identiti.
  3. Cawangan HASiL yang berhampiran.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Nombor Pengenalan Cukai atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi pegawai yang bertugas melalui salah satu cara dibawah:

  1. HASiL Live Chat;
  2. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100
    (Luar Negara);
  3. Cawangan HASiL yang berhampiran.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut