Drama Nikmat Hanya Sesaat – Sinopsis, Pelakon & Waktu Siaran
Bagi peminat drama TV, satu lagi drama yang bakal muncul di kaca televisyen anda ialah drama bertajuk “Nikmat Hanya Sesaat”. Drama ini akan ditayangkan bermula 8 Mei 2025 di TV3.
Dengan jalan cerita yang penuh emosi dan barisan pelakon hebat, drama ini dijangka bakal mendapat perhatian ramai peminat drama TV3.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai drama ini.
BACA JUGA: Drama Dia Imamku – Sinopsis & Sedutan Episod
Sinopsis Drama Nikmat Hanya Sesaat
Drama Nikmat Hanya Sesaat mengisahkan cerita tentang Sara (Mawar Rashid), seorang gadis biasa yang dipaksa memilih jalan hitam sebagai pelacur kelas atasan demi menanggung keluarga selepas kematian bapanya.
Demi menampung keluarga, Sara terjerumus menjadi pelacur kelas atasan di bawah pengaruh Johny (Mutalib Mubin). Walaupun hidupnya tampak mewah, jiwanya kosong dan penuh penderitaan.
Kehidupan Sara menjadi semakin rumit apabila dia bertemu semula dengan cinta pertamanya, Zafrul (Fadlan Hazim), yang kini sudah berkahwin dengan Julia (Sherry Ibrahim).
Adakah Sara akan terus hanyut dalam cinta terlarang, atau berani memilih jalan keluar?
Drama yang mempunyai 20 episod ini bukan sekadar kisah cinta terlarang, tetapi turut menyentuh isu diskriminasi, tekanan ekonomi, dan pengorbanan seorang wanita untuk keluarga.
- Penulis Skrip: Amin Shakin, Azril Hamzah, Raja Azidah, Shida Zali
- Pengarah: Izuan Mokhtar
- Produksi: Art Ornament Sdn Bhd
BACA JUGA: Keluarga Itu – Sinopsis Drama, Pelakon & Sedutan [EPISOD 1-30 & AKHIR]
Barisan Pelakon & Watak
Berikut ialah barisan pelakon dan watak dalam drama Nikmat Hanya Sesaat:
Pelakon | Watak |
Mawar Rashid | Sara |
Fadlan Hazim | Zafrul |
Sherry Ibrahim | Julia |
Lisdawati | – |
Shasha Abedul | Bella |
Arash Mohamad | Nasir |
Danish Hazriq | – |
Ady Mohammad | Daniel |
Raja Azmi | – |
Raden Zaharatul | Rita |
Mas Anizan | Mahani |
Nizam Kama | Karim |
Mutalib Mubin | Johnny |
Mak Wan | – |
Waktu Siaran
Drama Nikmat Hanya Sesaat akan mula bersiaran pada 8 Mei 2025 melalui slot popular Samarinda di TV3.
- Tarikh Tayangan: 8 Mei 2025
- Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
- Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Anda boleh menonton Nikmat Hanya Sesaat secara langsung di TV3 pada setiap hari Isnin sehingga Khamis pada pukul 10 malam.
Sekiranya anda ingin menonton secara fleksibel, episod-episod drama ini juga akan turut tersedia di platform penstriman rasmi TV3 seperti Tonton. Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton www.tonton.com.my.
Jangan lupa nonton!