Niezam Zaidi – Biodata, Kerjaya & Update Terkini

Niezam Zaidi - Biodata, Kerjaya & Update Terkini
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Niezam Zaidi – Biodata, Kerjaya & Update Terkini

Dalam arena hiburan tempatan, Niezam Zaidi bukan lagi satu nama asing. Baru-baru ini, beliau tampil dalam sebagai watak Tajul Idlan dalam drama tempatan yang bertajuk “Dia Bukan Syurga”. 

Drama terbaru “Dia Bukan Syurga” yang ditayangkan secara rasmi pada 19 Mei 2025 di Astro Ria Slot MegaDrama, Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Lakonan mantap Niezam Zaidi  sebagai suami panas baran mengundang pelbagai reaksi netizen dan menjadikannya topik hangat dalam kalangan peminat drama Melayu.

Jom kenali lebih lanjut sosok pelakon berbakat, Niezam Zaidi. 

BACA JUGA:Enot – Biodata, Kerjaya, Kehidupan Peribadi & Update Terkini

Siapa Niezam Zaidi?

Niezam Zaidi atau nama penuhnya Mohd Niezam bin Mohd Zaidi adalah merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang telah mewarnai industri seni tanah air dengan pelbagai watak yang berkesan.

Dilahirkan di Ipoh, Perak pada 26 Oktober 1992, beliau mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak usia muda dan mula aktif dalam industri hiburan tanah air sekitar tahun 2010. 

Sejak kemunculannya, Niezam telah membuktikan bahawa beliau bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik, tetapi juga bakat lakonan yang mantap.

Keupayaannya membawa sesuatu watak dengan penuh emosi dan mendalam telah menempatkan beliau sebagai salah seorang pelakon yang digemari ramai. 

Niezam mula mendapat perhatian selepas membintangi beberapa filem dan drama popular, antaranya “Mat Moto”, “Jalan Puncak Alam”, “J2: J Retribusi”, dan drama terkininya; “Dia Bukan Syurga”.

Biodata Niezam Zaidi

  • Nama penuh: Mohd Niezam bin Mohd Zaidi
  • Tarikh lahir: 26 Oktober 1992
  • Asal: Ipoh, Perak, Malaysia
  • Umur: 33 tahun (2025)
  • Bil adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik
  • Kerjaya: Pelakon filem dan drama
  • Akaun Instagram: @niezamzaidi

Latar Belakang & Permulaan Kerjaya

Niezam Zaidi mula dikenali selepas bakatnya dikesan oleh penerbit filem terkenal, David Teo dari Metrowealth Pictures. 

Beliau merupakan antara bakat baharu yang diperkenalkan bersama beberapa pelakon lain seperti Mikail Andre dan Wawa Zainal. Drama pertama lakonan Niezam ialah Diari Platun yang disiarkan di Astro Prima pada tahun 2012. 

Penampilan filem pertamanya pula adalah menerusi Budak Pailang pada tahun yang sama, diikuti pelbagai filem dan drama lain yang semakin menyerlahkan bakatnya. 

Filemografi Pilihan

Antara filem dan drama popular lakonan Niezam Zaidi termasuk:

  • Budak Pailang (2012)
  • Mat Moto (2015)
  • Sangkar (2019)
  • J2: J Retribusi (2021)
  • Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022)
  • Dia Bukan Syurga (2025) – Memegang watak sebagai Tajul Idlan

Kehidupan Peribadi

Kehidupan peribadi selebriti sering menjadi perhatian umum, dan Niezam Zaidi tidak terkecuali.  Niezam sebelum ini pernah berdepan cabaran hidup apabila ditahan dan dipenjara selama 10 bulan atas kesalahan berkaitan dadah pada 2022. 

Namun, beliau menggunakan pengalaman itu untuk berubah menjadi manusia lebih positif dan mendekatkan diri dengan agama termasuk menyertai kumpulan tabligh. Kini, beliau dilaporkan kembali aktif dalam industri lakonan, tanpa sebarang larangan atau blacklist. 

Kisah cintanya turut menjadi perhatian apabila hubungan beliau dengan pelakon Fify Azmi yang terjalin sejak tahun lalu telah berakhir baru-baru ini. Fify mengesahkan mereka berpisah atas alasan tiada jodoh dan memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai punca perpisahan.

Update Terkini 

Tahun 2025 menyaksikan Niezam Zaidi kembali mencuri tumpuan menerusi watak Tajul dalam drama “Dia Bukan Syurga” yang mula ditayangkan pada 19 Mei 2025 di Slot MegaDrama, Astro Ria. 

Drama arahan Rashid Sibir ini mengisahkan Nuha (lakonan Ezzanie Jasny) yang terperangkap dalam perkahwinan toksik bersama Tajul, seorang suami panas baran dan cemburu buta.

Lakonan Niezam sebagai antagonis sangat berkesan sehingga ramai penonton meluahkan rasa ‘benci’ terhadap watak Tajul di media sosial, membuktikan keberkesanan lakonan beliau. 

Drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nazim Othman, Zizi Hazirah, Nasz Sally, dan ramai lagi. 

“Dia Bukan Syurga” adalah merupakan drama yang diadaptasi daripada novel popular karya Rissa Ahdiya. Lagu tema drama “Dia Bukan Syurga” berjudul “Dalam Sujudku” nyanyian Amira Othman turut menjadi trending dan menambah impak emosi dalam setiap episod.

BACA JUGA: Dia Bukan Syurga – Sinopsis Drama, Senarai Pelakon & Episod

Fakta Menarik

  • Niezam Zaidi mula berlakon sejak kecil dan pernah mewakili negeri Perak dalam sukan tinju sebelum serius dalam bidang lakonan. 
  • Wataknya sebagai Tajul dalam “Dia Bukan Syurga” menjadi antara watak paling ‘dibenci’ penonton tahun ini kerana isu penderaan emosi yang dipaparkan sangat dekat dengan realiti masyarakat. 
  • Niezam pernah bernaung di bawah Metrowealth Pictures sebelum memilih untuk menjadi pelakon bebas dan bekerja dengan pelbagai syarikat produksi.
  • Pada tahun 2013, Niezam dicalonkan dalam kategori Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster ke-2 menerusi lakonannya dalam Budak Pailang.
  • Niezam Zaidi sering menghadiri aktiviti bersama jemaah tabligh, terutamanya selepas melalui fasa ujian peribadi beberapa tahun lalu.

Dengan perkembangan terkini dan populariti yang semakin meningkat, Niezam Zaidi pasti akan terus menjadi antara pelakon lelaki paling menyerlah di Malaysia.

Jangan lupa saksikan “Dia Bukan Syurga” setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria untuk menyaksikan lakonan hebat beliau!

Sumber: Instagram: @niezamzaidi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut