Niat Mandi Wajib – Perempuan Haid, Keluar Mani Lelaki, Bersetubuh

Mandi Wajib
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Niat Mandi Wajib Ketika Haid, Keluar Air Mani, Bersetubuh – Untuk Lelaki & Perempuan

Mengetahui cara mandi wajib yang betul adalah amat penting untuk memastikan ibadah kita diterima oleh Allah SWT. 

Disebabkan kurang kefahaman, ramai yang merasakan mandi wajib adalah satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan sehingga bertangguh-tangguh. 

Berikut dikongsikan panduan lengkap mengenai cara mandi wajib yang betul untuk panduan anda. 

BACA JUGA: Niat Mandi Sunat Aidilfitri & Tatacara Ringkas

Pengenalan

Definisi mandi menurut bahasa ialah mengalirkan air kepada seluruh badan. Dari sudut syarak pula, ia bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu.

Mandi wajib bermaksud mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebagainya.

Allah SWT memerintahkan hambaNya melaksanakan mandi wajib bagi sesiapa yang berhadath besar sebelum melakukan beberapa ibadah seperti mendirikan solat, tawaf, memegang mushaf al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpamanya.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.

Bila Perlu Mandi Wajib?

Anda diwajibkan menunaikan mandi wajib apabila:

1. Bersetubuh (Berjimak) – Sama ada keluar air mani ataupun tidak. 

2. Keluar air mani – Secara sengaja ataupun tidak.

3. Mati selain daripada mati syahid.

4. Selepas haid bagi perempuan.

5. Keluar darah nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin).

6. Wiladah (bersalin).

Rukun Mandi Wajib

Terdapat dua rukun mandi wajib iaitu;

  • Berniat untuk mandi wajib. 
  • Meratakan air ke seluruh rambut dan permukaan kulit.

Apabila kita telah melakukan dua perkara ini, maka sah lah mandi wajib tersebut.

Lafaz Niat Mandi Wajib

Niat mandi wajib boleh dilafazkan melalui mulut apabila air telah menyentuh kulit tubuh kita.atau dibaca dalam hati.

Berikut ialah niat mandi wajib:

Cara Mandi Wajib

Maksud: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala

Selain dari niat umum diatas, niat mandi wajib juga boleh dibaca secara khusus untuk Junub, Haid dan Nifas, seperti dibawah:

A. Niat Mandi Wajib Kerana Junub

Cara Mandi Wajib

Maksud: Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala


B. Niat Mandi Wajib Selepas Haid

Cara Mandi Wajib

Maksud: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala


C. Niat Mandi Wajib Kerana Nifas

Cara Mandi Wajib

Maksud: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala

Langkah Pelaksanaan

Langkah-langkah mandi wajib berikut merupakan tatacara mandi wajib berdasarkan sunnah dan adab yang dianjurkan di dalam Islam. 

  1. Hadapkan badan ke arah kiblat. 
  1. Kemudian  basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali. 
  1. Seterusnya, beristinjak yakni membasuh kemaluan, membuang najis dan benda-benda yang dapat menghalang sampainya air ke kulit badan kita.
  1. Berwuduk dengan niat; Sahaja aku berwuduk bagi melakukan mandi wajib, sunat kerana Allah Taala.
  1. Membaca Basmallah dan berniat sambil mencurahkan air ke seluruh badan. 
  1. Pastikan anda meratakan air ke seluruh tubuh, termasuk ke celah-celah jari-jari tangan, kaki, pangkal rambut, janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan. Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.
  1. Setelah selesai, baca doa ini:

Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya.

Semoga bermanfaat!

RUJUKAN: https://muftiwp.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut