NSL 2025 (Netball Super League) – Tarikh, Lokasi & Pasukan Bertanding
NSL 2025, Netball Super League 2025 atau Liga Bola Jaring Kebangsaan 2025 adalah salah satu kejohanan yang dinantikan para peminat bola jaring seluruh Malaysia.
Penganjuran kali ini adalah edisi kelima yang pastinya menjanjikan persaingan lebih sengit dengan barisan pasukan-pasukan hebat termasukk juara bertahan edisi terdahulu.
Penganjuran NSL ini selaras dengan usaha kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk melestarikan pembangunan sukan buat kaum wanita.
Netball Super League Malaysia – Pengenalan
Liga Super Bola Jaring, sering dirujuk sebagai NSL (singkatan Netball Super League), adalah liga bola jaring profesional yang berpangkalan di Malaysia.
Kejohanan ini ditubuhkan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia dan Astro Arena untuk membangunkan dan mengembangkan sukan bola jaring di Malaysia.
Musim pertama telah dianjurkan pada bulan Mac, 2021 di Stadium Juara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang menyaksika KL Wildcats menjadi juara sulung, menewaskan Johor Jewels di Grand Final.
Johor Jewels memenangi edisi kedua Liga Super Bola Jaring (NSL) Sooka selepas menewaskan juara bertahan KL Wildcats 50-40 pada perlawanan akhir di Stadium Juara di Kuala Lumpur.
Tahun ini 2025 akan menjadi edisi kelima NSL.
BACA JUGA: Pickleball – Sukan Viral, Cara Bermain dan Sistem Pemarkahan
Tarikh & Lokasi NSL 2025
Saingan Netball Super League 2025 berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara bermula pada 1 hingga 5 Februari 2025.
Format Pertandingan
Untuk musim ini, liga telah dikurangkan daripada 10 kepada 8 pasukan. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap persaingan dan kualiti permainan.
Satu peraturan baru yang menarik, “Super Shot”, akan diperkenalkan. Peraturan ini membolehkan pasukan mencetak dua gol dari kawasan khas di pinggir luar bulatan tembakan dalam lima minit terakhir setiap suku permainan, menambah elemen strategik dan keghairahan kepada perlawanan.
NSL 2025 juga akan menyaksikan beberapa penambahbaikan lain.
Pasukan akan beraksi di venue dan arena yang lebih besar, manakala acara hari perlawanan akan dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai penonton, baik yang hadir secara langsung mahupun yang menonton melalui siaran televisyen.
Perubahan-perubahan ini bertujuan untuk menghasilkan permainan yang lebih menarik dan kompetitif, serta meningkatkan pengalaman penonton secara keseluruhan.
Walaupun beberapa aspek format pertandingan telah diubah, NSL masih menggunakan peraturan dan undang-undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF) sebagai asas.
Walau bagaimanapun, butiran terperinci mengenai sistem perlawanan, pemberian mata, dan struktur fasa kalah mati untuk musim 2025 belum dapat disahkan dan mungkin telah mengalami perubahan seiring dengan format baru liga ini.
Senarai Pasukan NSL 2025
Berikut merupakan senarai pasukan yang menyertai Netball Super League 2023 kali ini:
- Johor Jewels
- KL Wildcats
- Perak Phoenix
- Pahang Tulips
- Putrajaya Dynamites
- Negeri Sembilan Venom
- Selangor Angels
- Terengganu Marvel
Jadual Perlawanan
Jadual perlawanan lengkap untuk Netball Super League (NSL) Malaysia 2025 belum diumumkan secara rasmi.
Info ini akan dikemaskini kelak.
Walaubagaimanapun, tarikh kejohonan Netball Super League 2025 telah ditetapkan, iaitu bermula pada 1 hingga 5 Februari 2025 dan akan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.
BACA JUGA: Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5 KSSM
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai NSL 2025, ikuti Facebook rasmi Netball Super League.