Negeri Sembilan Cuti 18 November 2022 Sempena PRU15

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Negeri Sembilan Cuti 18 November 2022 Sempena PRU15

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang bersidang pada 9 November 2022 telah bersetuju untuk memberikan cuti umum pada 18 November 2022 (Jumaat) sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15).

Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU Ke-15 pada 19 November 2022.

Negeri Sembilan Cuti 18 November 2022 Sempena PRU15

cuti negeri sembilan pru15
Kenyataan media berkenaan cuti umum yang diberikan pada 18 November 2022 sempena PRU15 oleh Kerajaan Negeri Sembilan / Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Perkara itu diumumkan oleh YB Dato’ Dr Razali bin Ab Malik selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam sebuah kenyataan rasmi hari ini, bertarikh 9 November 2022.

Sebelum ini, Selangor terlebih dahulu telah mengumumkan cuti umum pada 18 November bagi membolehkan pemastautin di Selangor pulang mengundi di kawasan masing-masing, terutamanya bagi pengundi yang tinggal jauh dari Selangor.

Pihak kerajaan Selangor turut menggesa agar Kerajaan Pusat dapat memberikan cuti kepada semua negeri bagi memudahkan urusan pengundi-pengundi di seluruh Malaysia.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut