MySRBN – Login, Daftar Pelan, Bayaran & Semakan Coverage
Sarawak Rural Broadband atau lebih mudah disebut sebagai MySRBN merupakan satu projek telekomunikasi yang dibangunkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan ekonomi rakyat tempatan negeri Sarawak.
Bagi penduduk di negeri Sarawak yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang projek ini, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu MySRBN?
Sarawak Rural Broadband merupakan satu projek yang dijalankan oleh kerajaan Sarawak sebagai satu inisiatif transformasi digital negeri Sarawak di bawah Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC). Projek ini dibangunkan bagi meluaskan liputan dan menyediakan kesalinghubungan dalam komuniti di negeri tersebut.
Matlamat projek ini adalah untuk mengatasi masalah yang berpanjangan iaitu liputan jaringan yang lemah di kawasan pedalaman di Sarawak. Dengan memperluas liputan dan meningkatkan rangkaian jalur lebar, semua sektor di Sarawak akan dapat memanfaatkan faedah penyambungan digital.
Kerajaan negeri Sarawak dengan bermatlamatkan untuk membantu rakyat Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman telah menjanjikan subsidi kepada setiap isi rumah yang menggunakan perkhidmatan MySRBN ini. Pengguna pelan ini hanya perlu membayar harga pakej perkhidmatan mampu milik yang diambil, manakala peranti yang diperlukan akan diberikan secara percuma kepada mereka.
Pelan Prabayar MySRBN
Bermula 7 Julai 2024, MySRBN telah menawarkan perkhidmatan pelan prabayar dengan 300mb percuma bagi setiap pelanggan mereka pada setiap bulan.
Berikut merupakan senarai pelan prabayar yang boleh anda pilih jika anda menggunakan Sarawak Rural Broadband ini:
- Pas Mingguan (7 Hari)
- Harga : RM 5
- 200GB Kuota
- Peranti Percuma
- Pemasangan Percuma
- Tiada Kontrak
- Harga : RM 5
- 1TB (30 Hari)
- Harga : RM 20
- 1000GB Kuota
- Peranti Percuma
- Pemasangan Percuma
- Tiada Kontrak
- Harga : RM 20
- Booster (7 Hari)
- Harga : RM 10
- Kuota Tanpa Had
- Terhad Kepada Pelanggan MySRBN 1TB
- Harga : RM 10
- Pas 60 (90 Hari)
- Harga : RM 60
- Kuota Tanpa Had
- Peranti Percuma
- Pemasangan Percuma
- Tiada Kontrak
- Harga : RM 60
- Pas 110 (180 Hari)
- Harga : RM 110
- Kuota Tanpa Had
- Peranti Percuma
- Pemasangan Percuma
- Tiada Kontrak
- Harga : RM 110
Login & Pendaftaran MySRBN
Pendaftaran melalui laman rasmi MySRBN akan mengambil masa 2 hari kalendar (termasuk Sabtu dan Ahad) untuk di luluskan. Setelah pemohonan diluluskan, pemasangan akan dilakukan dalam tempoh 14 hari kalendar.
Pihak khidmat pelanggan akan menetapkan tarikh temujanji pemasangan MySRBN melalui SMS atau panggilan telefon.
Anda akan mendapat Unit Dalaman/Indoor Unit (IDU) dan Unit Luaran/Outdoor Unit (ODU). ODU ini mengandungi kad sim seperti di dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga akan mendapat latihan akses yang asas daripada pihak ‘installer’.
Muat turun Aplikasi MySDEC untuk mendaftar MySRBN anda. Sila rujuk panduan bergambar melalui infografik di bawah:
Syarat Kelayakan
Pelan prepaid yang ditawarkan MySRBN ini boleh digunapakai oleh semua penduduk di negeri Sarawak yang berusia 18 tahun ke atas dan sedang menetap di kawasan premis dalam liputan perkhidmatan mereka.
Untuk anda yang berminat anda perlu mendaftar terlebih dahulu di aplikasi MySDEC. Anda boleh imbas kod QR yang disediakan dalam gambar di bawah bagi memuat turun aplikasi ini. Setelah itu anda boleh lakukan semakan kawasan liputan.
Jika premis anda berada dalam kawasan liputan barulah anda boleh melanggan pelan telco dengan MySRBN ini.
Kawasan Liputan / Coverage MySRBN
Bagi rakyat Sarawak atau individu negeri lain yang menetap di negeri Sarawak ini, pastikan anda semak kawasan liputan / coverage MySRBN sebelum anda melanggan perkhidmatan mereka. Hal ini, bagi memastikan pendaftaran anda berjalan dengan lebih mudah.
Untuk pengetahuan anda, projek ini akan merangkumi 3 kawasan utama di Sarawak iaitu di kawasan selatan, kawasan tengah dan kawasan utara Sarawak. Semakan kawasan liputan yang lebih terperinci boleh dilakukan di laman rasmi MySRBN.
Lihat Semua Lokasi Coverage MySRBN yang Diliputi Di Seluruh Sarawak.
Baca juga: Bila Larut Malam Melaka 2025 : Harga dan Senarai Lokasi/Produk Pelancongan
Pembayaran
Anda boleh membuat bayaran secara atas talian dengan menambah nilai di MySDEC Apps.
- GooglePlay : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.iwhalecloud.clpsdec&hl=en
- AppStore : https://apps.apple.com/my/app/mysdec/id6463626144
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan atau mempunyai sebarang masalah melibatkan perkhidmatan yang ditawarkan MySRBN ini, anda boleh hubungi talian hotline MySRBN 24 jam di 1800-88-7709/082-366547/082-504952 atau hubungi Khidmat Pelanggan MySRBN melalui WhatsApp di 082-364743.
Anda juga boleh menghantar aduan di laman web rasmi mereka di bahagian “Hubungi Kami”, atau lawati laman Facebook mereka dan sembang di ruang “Chat/Private Message”.
Layari : https://mysrbn.sarawak.digital/