mySalam 2025: Semakan Kelayakan, Bayaran & Tuntutan

mysalam 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan untuk tahun 2025.

Skim ini menyediakan pembayaran tunai untuk mereka yang didiagnosis dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

@ecentral.my

Replying to @user8072167498436 Ini cara claim mySalam 2024 secara online. Hanya yang masuk hospital tahun 2024/2025 je yang boleh claim. Anda juga boleh buat tuntutan mySalam di kaunter mySalam di hospital kerajaan berdekatan. #mysalam #mysalam2024 #mysalamclaim #mysalamb40 #bantuanmysalam #bantuanperubatan

♬ HIP HOP-like instrumental loop sound source(825211) – WALKER

BACA JUGA: MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2025

Apakah MySalam 2025?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju Skim mySalam telah diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis

[TERKINI] – Semakan Kelayakan mySalam 2025

Semakan kelayakan bagi tahun 2025 sudah boleh dibuat bermula dari 8 Februari 2025 di portal mySalam.

>> Sila pastikan semua dokumen tuntutan dan maklumat bank anda adalah lengkap dan tepat.

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS, sila e-mel di [email protected].

Atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Tujuan MySalam

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Manfaat

Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu;

Manfaat Hospitalisasi

Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.

NOTA:

  • Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.
  • Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.

Manfaat Penyakit Kritikal

Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.

Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:

  • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

NOTA: Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.

Syarat Kelayakan

Penerima mySalam adalah individu yang menerima bayaran Bantuan Khas Kerajaan (BKK) seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam. Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemas kini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di bawah.

Skim mySalam terkini melindungi penerima Bantuan Khas Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan data yang diterima daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tertakluk kepada kriteria kelayakan skim (setiap individu yang dilindungi di bawah skim ini akan dirujuk sebagai Orang yang Dilindungi). Penerima Bantuan Khas Kerajaan dan pasangan akan dikira sebagai dua Orang yang Dilindungi).

Cara Membuat Semakan Kelayakan

Sila rujuk langkah di bawah untuk semakan status kelayakan MySalam 2025 anda.

Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my.

Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :

Nama HospitalAlamatKetersediaan Kiosk
Hospital Al-Sultan Abdullah UiTMBandar Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan, Puncak Alam, 42300, SelangorTIDAK
Hospital Alor GajahPejabat Hospital, Hospital Alor Gajah, Alor Gajah, 78000, MelakaYA
Hospital AmpangJalan Mewah Utara, Ampang, 68000, SelangorYA
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur3, Jalan 4/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 53300, Kuala LumpurTIDAK
Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota KinabaluJalan Universiti, Kota Kinabalu, 89200, SabahTIDAK
Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, MelakaKem Terendak, Terendak, 76200, MelakaYA
Hospital Angkatan Tentera, LumutPengkalan TLDM, Lumut, 32200, PerakTIDAK
Hospital BachokJalan Gunong Jelawat Kg Bator, Jelawat, Bachok, 16090, KelantanTIDAK
Hospital Bahagia Ulu KintaTanjong Rambutan, Ulu Kinta, 31250, PerakTIDAK
Hospital Balik PulauBalik Pulau, Balik Pulau, 11000, Pulau PinangYA
Hospital BalingJala Hospital, Baling, 09100, KedahYA
Hospital BantingJalan Sultan Alam Shah, Banting, 42700, SelangorYA
Hospital Batu GajahJalan Changkat, Batu Gajah, 31000, PerakYA
Hospital BauBatu 1 ½, Jalan Bau-Lundu, Bau, 94000, SarawakYA
Hospital BeaufortPeti Surat 40, Beaufort, 89807, SabahYA
Hospital BeluranKarung Berkunci No : 02, Beluran, 90109, SabahYA
Hospital BentongHospital Bentong, Bentong, 28000, PahangYA
Hospital Bera Taman Kerayong Jaya, Teriang, 28200, PahangTIDAK
Hospital BesutJalan Pasir Akar, Jerteh, Besut, 22000, TerengganuYA
Hospital BetongJalan Betong, Betong, 95707, SarawakYA
Hospital BintuluJalan Nyabau, Bintulu, 97000, SarawakYA
Hospital Bukit MertajamJalan Kulim, Bukit Mertajam, 14000, Pulau PinangYA
Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan MalaysiaJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala LumpurYA
Hospital Changkat MelintangLambor Kanan, Parit, Bota, 32900, PerakYA
Hospital CyberjayaPersiaran Sepang, Cyber 11, Cyberjaya, 63000, SelangorTIDAK
Hospital DalatJalan Oya-Dalat, Dalat, 96300, SarawakTIDAK
Hospital DaroJalan Itol, Daro, 96200, SarawakYA
Hospital Duchess Of KentKM 3.2, Jalan Utara, Sandakan, 90000, SabahYA
Hospital DungunHospital Dungun, Dungun, 23000, TerengganuYA
Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, KluangKM 5, Jln Kota Tinggi, Kluang, 86000, JohorYA
Hospital GerikJalan Intan, Grik, 33000, PerakYA
Hospital Gua MusangBandar Baru, Gua Musang, 18300, KelantanYA
Hospital Hulu TerengganuBatu 23, Jalan Kuala Berang, Kuala Berang, 21700, TerengganuYA
Hospital JasinHospital Utama, Jasin, 77000, MelakaYA
Hospital JelebuTaman Bukit Petaling, Kuala Klawang, 71600, Negeri SembilanYA
Hospital JeliBandar Jeli, Jeli, 17600, KelantanYA
Hospital JempolHospital Jempol, Bandar Seri Jempol, 72120, Negeri SembilanYA
Hospital JengkaBandar Jengka, Maran, 26400, PahangYA
Hospital JerantutTaman Jaya, Jerantut, 27000, PahangYA
Hospital JitraJalan Changlun, Jitra, 06000, KedahYA
Hospital KajangJalan Semenyih, Kajang, 43000, SelangorYA
Hospital KamparJalan Hospital, Kampar, 31500, PerakTIDAK
Hospital KanowitJalan Kanowit/ Durin, Kanowit, 96700, SarawakYA
Hospital KapitJalan Memora, Kapit, 96800, SarawakYA
Hospital KemamanJalan Da’ Omar, Cukai, Kemaman, 24000, TerengganuYA
Hospital KeningauPeti Surat 11, Keningau, 89007, SabahYA
Hospital Kepala BatasJalan Bertam, Kepala Batas, 13200, Pulau PinangYA
Hospital KinabatanganW.D.T 200, Kinabatangan, 90020, SabahYA
Hospital Kota BeludPeti Surat 159, Kota Belud, 89158, SabahYA
Hospital Kota MaruduPeti Surat 255, Kota Marudu, 89108, SabahYA
Hospital Kota TinggiJalan Tun Habah, Kota Tinggi, 81900, JohorYA
Hospital Kuala KangsarJalan Sultan Idris Shah 1, Kuala Kangsar, 33000, PerakYA
Hospital Kuala KraiJalan Kota Bharu, Kuala Krai, 18000, KelantanYA
Hospital Kuala Kubu BharuJalan Hospital, Kuala Kubu Bharu, 44000, SelangorYA
Hospital Kuala LipisHospital Kuala Lipis, Kuala Lipis, 27200, PahangYA
Hospital Kuala LumpurJalan Pahang, Kuala Lumpur, 50586, Kuala LumpurYA
Hospital Kuala NerangKuala Nerang, Kuala Nerang, 06300, KedahYA
Hospital Kuala PenyuW.D.T. 35, Kuala Penyu, 89740, SabahYA
Hospital KudatPeti Surat 22, Kudat, 89057, SabahYA
Hospital KulimJalan Mahang, Kulim, 09000, KedahYA
Hospital KunakW.D.T. 150, Kunak, 91209, SabahYA
Hospital LabuanPeti Surat 81006 Labuan, Labuan, 87020, LabuanTIDAK
Hospital Lahad DatuPeti Surat 60065, Lahad Datu, 91110, SabahYA
Hospital LangkawiBukit Tekuh, Jalan Padang Maksirat, Langkawi, 07000, KedahYA
Hospital LawasJalan Hospital, Lawas, 98850, SarawakYA
Hospital LimbangJalan Pandaruan, Limbang, 98700, SarawakYA
Hospital LunduJalan Sekambal, Lundu, 94500, SarawakYA
Hospital MachangJalan Pasir Puteh, Machang, 18500, KelantanYA
Hospital MarudiJalan Pungor, Marudi, 98050, SarawakYA
Hospital MelakaJalan Mufti Haji Khalil, Melaka, 75400, MelakaYA
Hospital MersingJalan Ismail, Mersing, 86800, JohorYA
Hospital Mesra Bukit PadangPeti Surat 11342, Kota Kinabalu, 88815, SabahTIDAK
Hospital MiriJalan Cahaya, Miri, 98000, SarawakYA
Hospital Muadzam ShahMuadzam Shah, Rompin, 26700, PahangYA
Hospital MukahJalan Haji Mohamed Pauzi, Mukah, 96400, SarawakYA
Hospital Orang AsliKM 24, Jalan Pahang Lama, Gombak, 53100, SelangorYA
Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM Jalan Yaacob Latif, , Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala LumpurTIDAK
Hospital Pakar Sultanah FatimahJalan Salleh, Muar, 84000, JohorYA
Hospital PaparPeti Surat No. 6, Papar, 89607, SabahYA
Hospital Parit BuntarJalan Sempadan, Parit Buntar, 34200, PerakYA
Hospital Pasir MasJalan Meranti, Pasir Mas, 17000, KelantanYA
Hospital PekanJalan Batu Balik, Kampung Mengkasar, Pekan, 26600, PahangYA
Hospital PendangKampung Manggol Pauh, Pendang, 06700, KedahTIDAK
Hospital Pengajar Universiti Putra MalaysiaPersiaran Mardi – Upm, Serdang, 43400, SelangorYA
Hospital Permai Johor BahruJalan Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru, 81200, JohorTIDAK
Hospital PitasPeti Surat 88, Pitas, 89100, SabahYA
Hospital PontianJalan Alsagoff, Pontian, 82000, JohorYA
Hospital Port DicksonKM 11, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050, Negeri SembilanYA
Hospital Pulau PinangJalan Residensi, Pulau Pinang, 10990, Pulau PinangYA
Hospital PutrajayaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 7, Putrajaya, 62250, PutrajayaYA
Hospital Queen ElizabethKarung Berkunci N0.2029, Kota Kinabalu, 88586, SabahYA
Hospital Queen Elizabeth IILorong Bersatu, Jalan Damai Luyang, Kota Kinabalu, 88300, SabahYA
Hospital Raja Perempuan Zainab IIJalan Hospital, Kota Bharu, 15000, KelantanYA
Hospital Raja Permaisuri BainunJalan Hospital, Ipoh, 30400, PerakYA
Hospital Rajah Charles Brooke MemorialBt 13, Jalan Puncak Borneo, Kota Padawan, Kuching, 93250, SarawakTIDAK
Hospital RanauPeti Surat 65, Ranau, 89300, SabahYA
Hospital RaubJalan Tengku Abd Samad, Raub, 27600, PahangYA
Hospital Rehabilitasi CherasJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala LumpurTIDAK
Hospital RembauKampung Masjid Tanah, Pedas, 71300, Negeri SembilanYA
Hospital RompinJalan Kg Kolam Kuala Rompin, Rompin, 26800, PahangYA
Hospital SaratokKM 1, Jalan Saratok, Saratok, 95400, SarawakYA
Hospital SarikeiJalan Rentap, Sarikei, 96100, SarawakYA
Hospital Seberang JayaJln Tun Hussein Onn, Perai, 13700, Pulau PinangYA
Hospital SegamatKM 6 Jalan Genuang, Segamat, 85000, JohorYA
Hospital SelamaJalan Taiping, Selama, 34100, PerakYA
Hospital SelayangLebuhraya Selayang-Kepong, Batu Caves, 68100, SelangorYA
Hospital SempornaPeti Surat 80, Semporna, 91307, SabahYA
Hospital SentosaBatu 7, Jalan Penenrisen, Kuching, 93250, SarawakTIDAK
Hospital Seri IskandarJalan Hospital Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar, Seri Iskandar, 32610, PerakYA
Hospital Seri ManjungSeri Manjung, Seri Manjung, 32040, PerakYA
Hospital SerianBandar Serian, Serian, 94700, SarawakYA
Hospital SetiuBandar Permaisuri, Setiu, 22100, TerengganuYA
Hospital Shah AlamPersiaran Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, SelangorYA
Hospital SibuBatu 5 ½, Jalan Ulu Oya, Sibu, 96000, SarawakYA
Hospital SikPekan Sik, Sik, 08220, KedahYA
Hospital SimunjanJalan Gunung Ngeli, Simunjan, 94800, SarawakYA
Hospital SipitangPeti Surat 250, Sipitang, 89857, SabahYA
Hospital Slim RiverHospital Slim River, Slim River, 35800, PerakYA
Hospital Sri AmanJalan Hospital, Sri Aman, 95007, SarawakYA
Hospital Sultan Abdul HalimJalan Lencongan Timur Bandar Amanjaya, Sungai Petani, 08000, KedahYA
Hospital Sultan Hj Ahmad ShahJalan Maran, Temerloh, 28000, PahangYA
Hospital Sultan Idris Shah Serdang Hospital SerdangJalan Puchong, Kajang, 43000, SelangorYA
Hospital Sultan IsmailJalan Persiaran Mutiara Emas Utama, Taman Miount Austin, Johor Bahru, 81100, JohorYA
Hospital Sultan Ismail PetraKM 6, Jalan Kuala Krai – Gua Musang,, Kuala Krai, 18000, KelantanTIDAK
Hospital Sultan Zainal AbidinJalan Gong Badak, Kampung Gong Badak, Kuala Terengganu, 21300, TerengganuTIDAK
Hospital Sultanah AminahJalan Persiaran Abu Bakar Sultan, Johor Bahru, 80100, JohorYA
Hospital Sultanah BahiyahKM 6, Jln Langgar, Alor Setar, 05460, KedahYA
Hospital Sultanah Hajjah KalsomTanah Rata, Cameron Highlands, 39000, PahangYA
Hospital Sultanah Nora IsmailJalan Korma, Batu Pahat, 83000, JohorYA
Hospital Sultanah Nur ZahirahJalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 20400, TerengganuYA
Hospital Sungai BakapSungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, 14200, Pulau PinangYA
Hospital Sungai BulohJalan Hospital, Sungai Buluh, 47000, SelangorYA
Hospital Sungai SiputJalan Felda Lasah, Sungai Siput, 31100, PerakYA
Hospital TaipingJalan Taming Sari, Taiping, 34000, PerakYA
Hospital TambunanPeti Surat 10, Tambunan, 89657, SabahYA
Hospital TampinJalan Haji Ahmad Zainuddin, Tampin, 73009, Negeri SembilanYA
Hospital Tanah MerahJalan Hospital, Tanah Merah, 17500, KelantanYA
Hospital TangkakJalan Hospital, Tangkak, 84900, JohorYA
Hospital Tanjung KarangJalan Besar, Tanjung Karang, 45500, SelangorYA
Hospital TapahJalan Temoh, Tapah, 35000, PerakYA
Hospital TawauPeti Surat 80, Tawau, 91007, SabahYA
Hospital Teluk IntanJalan Changkat Jong, Teluk Intan, 36000, PerakYA
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun IbrahimHospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, Kulai, 81000, JohorYA
Hospital Tengku Ampuan AfzanJalan Air Putih, Kuantan, 25100, PahangYA
Hospital Tengku Ampuan JemaahJalan Hospital, Sabak Bernam, 45200, SelangorYA
Hospital Tengku Ampuan RahimahJalan Langat, Klang, 41200, SelangorYA
Hospital Tengku AnisJalan Pasir Puteh, Pasir Puteh, 16800, KelantanYA
Hospital Tengku Permaisuri NorashikinJalan Semenyih, Bandar Kajang, Kajang, 43000, SelangorTIDAK
Hospital TenomPeti surat 97, Tenom, 89907, SabahYA
Hospital Tentera Darat, GemasGemas, Negeri Sembilan, Gemas, 73400, Negeri SembilanTIDAK
Hospital Tuanku Ampuan NajihahKM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah, 72000, Negeri SembilanYA
Hospital Tuanku FauziahJalan Kolam, Kangar, 01000, PerlisYA
Hospital Tuanku Ja’afar SerembanJalan Rasah, Seremban, 70300, Negeri SembilanYA
Hospital TuaranPeti surat 996, Tuaran, 89207, SabahYA
Hospital TumpatJalan Kelaburan, Tumpat, 62000, KelantanYA
Hospital Tunku AzizahJalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur, 50300, Kuala LumpurYA
Hospital Umum KuchingJalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, 93586, SarawakYA
Hospital Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaJalan Sultan Hj Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, PahangYA
Hospital Universiti Sains MalaysiaJalan Raja Perempuan Zainab 2, Kampus Kesihatan, Kota Bharu, 16150, KelantanTIDAK
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak SabahKarung Berkunci 187, Kota Kinabalu, 88996, SabahYA
Hospital YanBatu 25 , Jalan Yan, Yan, 06900, KedahYA
Institut Kanser NegaraNo 4, Jalan P7, Presint 7 , Putrajaya, 62250, PutrajayaYA
Institut Perubatan & Pergigian Termaju Universiti Sains MalaysiaPusat Perubatan USM Bertam, Universiti Sains Malaysia, Kepala Batas, 13200, Pulau PinangTIDAK
Institut Perubatan RespiratoriJalan Pahang, Kuala Lumpur, 53000, Kuala LumpurTIDAK
Pusat Jantung SarawakJalan Expressway Kota Samarahan, Samarahan, 94300, SarawakYA
Pusat Kawalan Kusta NegaraJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, SelangorTIDAK
Pusat Pakar Perubatan UiTM PPUiTMJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, SelangorTIDAK
Pusat Perubatan Universiti MalayaLembah Pantai, Kuala Lumpur, 59100, Kuala LumpurYA

Cara Buat Tuntutan

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

I. Tuntutan penyakit kritikal

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

II. Tuntutan hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Salinan Nota Discaj
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tarikh Akhir Tuntutan

Berikutan sambutan positif terhadap skim mySalam, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga 2025. Bermula 1 Januari 2024, penerima mySalam yang layak bagi tahun 2024 dan seterusnya akan berpeluang untuk menghantar tuntutan kepada mySalam sehingga 30 Jun, pada tahun berikutnya. Di bawah merupakan contoh untuk menggambarkan tarikh tutup bagi penyerahan tuntutan.

Tahun20242025
Tempoh kelayakan1 Januari 2024 – 31 Disember 20241 Januari 2025 – 31 Disember 2025
Tempoh Penyerahan Tuntutan1 Januari 2024 – 30 Jun 20251 Januari 2025 – 30 Jun 2026

Contoh

Encik A adalah penerima mySalam bagi tahun 2024. Beliau menerima notifikasi yang memaklumkan kelayakan beliau pada 1 Disember 2024. Beliau layak untuk menuntut jumlah tuntutan sebanyak RM8,000 dibawah Manfaat Penyakit Kritikal atau sehingga RM700 bagi Manfaat Hospitalisasi bagi tahun 2024.

Encik A perlu menyerahkan tuntutan ini kepada mySalam sebelum 30 Jun 2025.

Sebarang tuntutan bagi perlindungan pada tahun 2024 yang diterima selepas 30 Jun 2025 tidak akan diterima dan diproses.

Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

Contoh permohonan yang lulus adalah seperti berikut:

Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.

Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.

Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan mySalam 2025, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938.

Atau, boleh juga emailkan ke alamat berikut: [email protected] 

Atau, lawat kios MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.

Layari laman web rasmi mySalam di pautan berikut: https://www.mysalam.com.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut