Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan myezycover.com yang boleh dimanfaatkan oleh kira-kira 1.6 juta penjawat awam termasuk yang bertaraf kontrak, dilaksanakan secara dalam talian serta turut menawarkan pelbagai manfaat untuk melindungi kenderaan daripada kemalangan serta bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
Program pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com itu telah diumumkan Ismail Sabri pada 1 Mei sempena sambutan Hari Pekerja 2022 bertemakan ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara’.
Pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com, yang berkonsep patuh syariah Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba, dilancarkan hari ini untuk penjawat awam bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang insurans ini.
Apakah MyEzyCover.com?
Melalui myezycover.com, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan mudah, jimat dan pantas. Nota Perlindungan Insurans diperoleh hanya dalam tempoh 5 minit.
Ia bercirikan kemudahan pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus dengan bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan boleh dibuat melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA).
Program pembiayaan insurans kenderaan myezycover.com itu merupakan kerjasama strategik antara agensi awam, Kementerian Sumber Manusia dan swasta, yang dimeterai oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) dan A Tech Insure Sdn Bhd.
Usaha ini dapat membantu pegawai kerajaan mengurangkan tekanan kewangan, setiap kali mereka memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan.
Apa Yang Ditawarkan?
- Pinjaman 0% Faedah
- Pinjaman sifar faedah untuk pembaharuan takaful kereta dan cukai jalan
- Ansuran Sehingga 10 Bulan
- Pembayaran ansuran yang ditawarkan untuk tempoh 3, 6 atau 10 bulan
- Skim Bayaran Balik Mudah
- Pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji (Skim Potongan Gaji ANGKASA SPGA)
Syarat Kelayakan
Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak layak memohon skim pembiayaan insurans itu dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.
Cara Pembelian
Anda boleh mendapatkan perlindungan pelan takaful atau insurans untuk kereta anda dengan 3 langkah berikut:
- Layari https://myezycover.com.my/
- Masukkan maklumat
- Masukkan nama penuh, nombor telefon bimbit, e-mel, mykad, nombor kenderaan & poskod
- Bandingkan sebutharga
- Pilih tawaran harga yang terbaik
- Buat bayaran
- Mohon pinjaman 0% atau buat pembayaran terus
Siapakah MyEzyCover?
MyEzyCover adalah jenama di bawah naungan A Tech Insure Sdn Bhd
Ia adalah firma aplikasi digital teknologi insurans yang terlibat dalam industri takaful am dan insurans am. Ia juga menawarkan pinjaman sifar faedah untuk pelanggan yang layak untuk pembelian produk takaful kenderaan. Tiada caj terselindung!
*tertakluk pada terma & syarat
Layari media sosial INI untuk maklumat lanjut.
Baca juga: