MyeTaPP : Perkhidmatan Atas Talian JKPTG Online

MyeTaPP merupakan sebuah platform dalam talian bagi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

Penggunaan portal MyeTaPP selari dengan kemajuan teknologi di Malaysia dimana kebanyakan urusan berkaitan kerajaan boleh diuruskan secara dalam talian sahaja.

Pengenalan JKPTG

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian adalah salah satu Jabatan dalam organisasi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Semenjak tahun 1957, Jabatan ini telah dipindahkan beberapa kali daripada pelbagai Kementerian berikut:

  • Kementerian Hasil Bumi (1957 – 1963).
  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1963 – 1970).
  • Kementerian Perusahaan Utama (1970 -1973).
  • Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1973 -1990).
  • Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1990 – 2004).
  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Semenjak 27 Mac 2004).

Nama Jabatan ini juga mengalami beberapa perubahan panggilan nama seperti berikut:

  • Pejabat Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Office of the Federal Commissioner of Lands) – (1957 – 1970).
  • Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (Office of the Director General of Lands and Mines (Federal)) -(1970).
  • Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan – (1.1.1978).
  • Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Tanah (di bawah Integrasi dalam Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah) – (1.1.1982).
  • Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah – (1.1.1989).
  • Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian – (1.1.1992).

Artikel berkaitan: Pejabat Tanah Dan Galian Selangor : Senarai Perkhidmatan, Alamat

Pengguna MyeTaPP

Platform dalam talian ini dibangunkan dan disasarkan kpad golongan pengguna berikut:

  1. Pengguna Awam
  2. Pengguna Dalaman (JKPTG)
    • Bahagian Pembahagin Pusaka
    • Bahagian Pengambilan Tanah
    • Bahagian Harta Tanah Persekutuan
    • Bahagian Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan
  3. Kementerian / Jabatan Pengguna

Muat Turun Aplikasi MyeTaPP

aplikasi jkptg online

Untuk mengakses portal MyeTaPP, pengguna boleh menggunakan salah satu cara berikut:

  1. Mengguna pelayar web dan layari https://www.myetapp.gov.my/
  2. Menggunakan aplikasi telefon pintar

Buat masa ini, aplikasi telefon pintar MyeTaPP hanya terdapat bagi pengguna Android sahaja.

Untuk memuat turun aplikasi ini ke telefon pintar Android anda, sila klk pautan muat turun di bawah:

Fungsi Semakan & Permohonan

MyeTapp menyediakan akses kepada perkara-perkara berikut:

Pengurusan Pegambilan Tanah (PPT)

  1. Pengguna Awam
    • Memaparkan status pembayaran (pampasan) iaitu bila pembayaran dibuat dan melalui apa.
    • Memaparkan nama projek
    • Tarikh bicara (siasatan) akan dipaparkan apabila pengguna sudah membuat permohonan dan sudah berdaftar dengan JKPTG Online.
  2. Agensi
    • Status permohonan pengambilan tanah
    • Caj pembayaran lewat akan dipaparkan beserta senarai lot dan jumlah hari yang tinggal untuk membuat pembayaran.
    • Alert akan dipaparkan sebelum dan selepas pembayaran (blinking alert)
    • Tarikh siasatan dan masa siasatan
    • Pengguna boleh membuat carian menggunakan nama projek dan nombor fail untuk dipaparkan butiran siasatan dan Borang E (Mandatory)
  3. Pengguna Dalaman (Staff)
    • Lagging KPI – search by negeri
      •    Bilangan projek
      •    Bilangan lot
      •    Bilangan selesai
      •    Bilangan dalam proses

Penguatkuasa Hasil dan Persekutuan (PHP)

  1.  Status permohonan sewa sama ada lulus atau tidak lulus akan dipaparkan
  2. Status pembayaran sewa akan di paparkan mengikut langkah demi langkah bermula dari deposit, sewa bulanan, tunggakan, pelarasan deposit, tututan deposit dan status tuntutan hasil
  3. Status penyewaan dipaparkan sama ada lulus, tolak atau ditamatkan

Pembahagian Pusaka Kecil (PPK)

Notis pendengaran akan dihantar melalui email dan notifikasi sms. Pengguna tidak perlu lagi untuk mendaftar di Gerbang SMS

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penggunaan MyeTapp anda boleh menghubungi pegawai JKPTG di bawah:

Alamat: Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya

No. Telefon: +603 8000 8000
Faks: +603 8889 3855
Email: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!