Pejabat Tanah Dan Galian Selangor : Senarai Perkhidmatan, Alamat

Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) komited dalam mentadbir urus tanah negeri Selangor selaras dengan Dasar-Dasar Kerajaan melalui perkhidmatan yang cekap dan inovatif kepada pelanggan.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui maklumat lanjut serta senarai perkhidmatan yang ditawarkan di PTGS.

Baca Juga : Senarai Jabatan Pendidikan Setiap Negeri

FUNGSI PTGS

  • Mengurus, merancang dan melaksanakan urusan pentadbiran tanah dengan cekap dan effisien
  • Membuat perancangan, menyelenggara serta melaksanakan hal-hal kewangan dan akaun jabatan
  • Memproses permohonan tanah, mendaftar tanah milik yang diluluskan serta menyimpan dokumen hakmilik, menerima dan memproses pendaftaran semua urusniaga berkaitan tanah
  • Memproses pemberimilikan dan  pembangunan tanah 
  • Mengeluarkan lesen dan permit penggunaan atau pemindahan tanah
  • Menguruskan kutipan/pungutan cukai
  • Menguatkuasa  peraturan dan perundangan tanah untuk dipatuhi.
Pejabat Tanah Dan Galian Selangor

Perkhidmatan Teras Pejabat Tanah dan Galian Selangor

1.PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN TANAH

Kebenaran Pindah Milik

Pembangunan Tanah

2.PELUPUSAN TANAH

3.PENDAFTARAN TANAH

4.STRATA

5.HASIL

Untuk makluman, bayaran Hasil Tanah hendaklah dijelaskan sebelum 1 Jun bagi setiap tahun.

Jika tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, Notis Tuntutan akhir akan dikeluarkan dan sekiranya bayaran masih tidak dapat dijelaskan di dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut, maka tindakan merampas tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.

Anda boleh ikuti panduan bayaran berdasarkan pautan di bawah :

  1. Panduan Bayaran Cukai Tanah dan Petak
  2. Panduan Bayaran Melalui Online

6. PENGUATKUASAAN, PENGAMBILAN TANAH DAN TEKNIKAL

Perkhidmatan Atas Talian PTGS

Perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh PTGS adalah seperti berikut :

e-HASIL

e-CONSENT

SMART DOCKET

BLANKET CONSENT

SMARTBOX SELANGOR

Maklumat Lanjut

Anda boleh berurusan secara terus dengan Pejabat Tanah dan Galian Selangor di lokasi berikut :

Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor
Tingkat LG,G,1,3,4,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40576 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan

Waktu Urusan Kaunter :

Isnin – Khamis :  8.30 pagi – 3.30 petang

Jumaat            :  8.30 pagi – 12.15 tengah hari

                           2.45 petang – 3.30 petang

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan PTGS, sila hubungi talian berikut :
Tel : +603 5544 7000

Faks : +603 5510 2658

Email : [email protected]

Facebook : Pejabat Tanah dan Galian Selangor

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!