MyEduloan: Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA

MyEduloan MARA
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MyEduloan merupakan singkatan kepada MARA Education Loan Management System.

Dalam kata mudah, ianya merupakan sebuah portal atau sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menguruskan permohonan pinjaman pelajaran yang ditawarkan mereka.

Portal MyEduloan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk permohonan pinjaman serta semakan untuk permohonan pinjaman yang telah dilakukan.

Penggunaan portal ini selari dengan kemajuan teknologi di mana semua proses boleh diakses dan dilakukan di hujung jari sahaja.

Pihak MARA akan membuat hebahan dari semasa ke semasa mengenai program pinjaman yang ditawarkan.

Kadar pinjaman pelajaran MARA

Mengikut rekod-rekod terdahulu, kadar bantuan atau pinjaman pelajara yang dikeluarkan oleh pihak MARA ditentukan berdasarkan kepada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Walau bagaimanapun, jumlah pinjaman atau bantuan pelajaran yang diberikan oleh pihak MARA adalah bergantung kepada peruntukan kewangan MARA.

Artikel berkaitan: eBaki MARA: Login Semakan Baki Pinjaman MARA Online

Cara daftar akaun baru MyEduloan

Sebelum membuat permohonan, sekiranya anda merupakan pemohon dan pengguna baru laman MyEduloan, anda perlulah mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftarkan akaun anda di portal ini:

  1. Layari laman MyEduloan di alamat https://educationloan.mara.gov.my/
  2. Klik pada butang “Daftar Sekarang!”
  3. Lengkapkan segla maklumat pemohon seperti yang diminta
  4. Semak emel yang didaftarkan oleh pemohon untuk mendapatkan kod pengesahan emel.
  5. Lengkapkan pengesahan emel dengan mengikut langkah-langkah yang dinyatakan.

Nota: Sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan pengesahan email sila emailkan ke [email protected] untuk mendapatkan bantuan.

Cara log masuk akaun

Selepas Berjaya mendaftar sila log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan di ruangan yang telah ditetapkan dan klik log masuk.

Setelah pelajar berjaya log masuk paparan Permohonan Online di atas akan dipaparkan sebelum pelajar mula membuat permohonan.

Cara membuat permohonan

Pihak MARA akan membuat hebahan dan pengumuman mengenai pinjaman atau bantuan pelajaran yang dibuka untuk permohonan.

Anda hanya boleh membuat permohonan untuk satu program pada satu-satu masa dan sila baca dengan teliti syarat-syarat yang dinyatakan untuk setiap program pinjaman/bantuan yang dibuka untuk permohonan.

  1. Pilih program yang ingin dimohon dengan mengklik butang “Klik Di Sini”
  2. sLengkapkan butiran permohonan seperti yang diminta

Manual / Panduan penggunaa MyEduloan

Sila rujuk fail Pdf di bawah untuk melihat manual penggunaan portal MyEduloan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut