MyBorderPass – Cara Muat Turun, Daftar & Guna di KLIA
Bermula Januari 2025, Jabatan Imigresen akan mula menggunakan sistem pelepasan imigresen menggunakan Kod QR di 40 lorong khas di KLIA khusus buat warganegara Malaysia.
Ini adalah inisiatif KDN bagi membantu melancarkan proses imigresen di pintu masuk KLIA dan inisiatif ini bakal diperluaskan lagi selepas mengkaji hasil fasa percubaan di KLIA.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai MyBorderPass ini.
BACA JUGA: Splash Mania Gamuda Cove – Harga Tiket & Cara Beli Dari Klook
Apa itu MyBorderPass?
MyBorderPass merupakan aplikasi mudah alih yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memudahkan proses pelepasan imigresen di KLIA.
Aplikasi ini bukan sahaja menyimpan maklumat perjalanan anda, tetapi juga membolehkan pengesahan wajah untuk keselamatan tambahan.
Penggunaan MyBorderPass kini menjadi keperluan bagi warganegara Malaysia yang ingin menggunakan sistem kod QR di KLIA. Melalui aplikasi ini, kod QR akan dijana untuk diimbas pada autogate.
Dengan hanya memuat turun aplikasi ini dan mendaftarkan maklumat perjalanan anda, anda boleh menikmati proses pelepasan imigresen yang lebih pantas dan lancar.
Pengembara warganegara Malaysia boleh menggunakan kemudahan ini TIGA langkah sahaja:
- Muat turun aplikasi MyBorderPass & Daftar
- Gunakan Kod QR & pengesahan wajah
- Rentas
Siapa yang boleh menggunakannya?
Kemudahan ini disediakan untuk:
- Warganegara Malaysia
- Warganegara 63 negara yang layak, termasuk Australia, Brunei, Kanada, China, Jepun, Singapura, Korea Selatan, UK dan AS
Berbanding dengan sistem autogate konvensional yang memerlukan 15 hingga 25 saat untuk pemeriksaan, sistem kod QR baharu ini hanya mengambil masa 5 hingga 7 saat sahaja.
Ini bermakna anda boleh melalui pemeriksaan imigresen dengan lebih cepat, mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kecekapan keseluruhan lapangan terbang.
Pelaksanaan
Kementerian Dalam Negeri telah memulakan fasa percubaan sistem kod QR ini di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA (T2).
Lorong-lorong ini boleh didapati di kedua-dua balai ketibaan dan balai pelepasan, membolehkan penggunaan sistem ini untuk perjalanan masuk dan keluar negara.
Pemasangan 20 buah autogate baharu di Terminal 1 KLIA dan 20 buah lagi di Terminal 2 ini secara tidak langsung dapat memberikan kelegaan dan mengurangkan kesesakan di kaunter Imigresen di KLIA, apatah lagi Malaysia sebagai tuan rumah bagi menyambut delegasi ASEAN dan pelbagai negara sempena Kepengerusian ASEAN 2025.
Meskipun pelepasan imigresen menggunakan kod QR ini telah diperkenalkan, kemudahan kaunter manual dan sistem autogate konvensional akan terus tersedia dan masih boleh digunakan seperti biasa.
Cara Guna MyBorderPass di KLIA
Untuk menggunakan sistem kod QR di KLIA, anda perlu mengikuti beberapa langkah mudah:
- Muat turun aplikasi MyBorderPass ke telefon pintar anda.
- Daftar dan masukkan butiran peribadi dan perjalanan anda untuk menjana kod QR yang unik.
- Lakukan proses pengesahan wajah melalui aplikasi sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan.
- Apabila tiba di KLIA, cari lorong khas yang dilengkapi dengan sistem kod QR.
- Tunjukkan kod QR yang dijana oleh aplikasi MyBorderPass kepada pengimbas di lorong tersebut.
- Selesai.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh menikmati proses pelepasan imigresen yang lebih pantas dan efisien.
NOTA: Anda masih perlu membawa pasport kerana ia diperlukan untuk sepanjang perjalanan anda, walaupun anda menggunakan lorong kod QR.
Cara Muat Turun Aplikasi MyBorderPass
Aplikasi MyBorderPass boleh dimuat turun melalui GooglePlay dan AppStore.
Gunakan kata kunci “MyBorderPass” pada ruang carian, kemudian klik butang “Muat Turun”. Setelah selesai, anda boleh membuka aplikasi MyBorderPass pada telefon pintar anda.
Anda perlu mendaftar masuk dan mengisi maklumat yang diperlukan pada aplikasi ini. Ini termasuk maklumat peribadi dan perjalanan anda.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses imigresen.
Dengan menggunakan aplikasi MyBorderPass, anda boleh menikmati proses pelepasan imigresen yang lebih pantas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Cara Daftar
Setelah memuat turun aplikasi MyBorderPass, anda perlu daftar dan isi semua maklumat yang perlukan, Rujuk langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi MyBorderPass dan klik “Register Now”
- Kemudian, anda akan diminta untuk scan passport.
- Isi semua maklumat yang diperlukan seperti Passport Details dan Contact Details.
- Swafoto untuk pengesahan wajah.
- Setelah semua maklumat diisi dengan lengkap termasuklah swafoto wajah, QR kod akan dijana.
Kelebihan
1. Pelepasan Imigresen Lebih Pantas
Kelebihan utama sistem ini ialah pengurangan masa yang ketara dalam proses pelepasan imigresen. Dengan menggunakan kod QR, pengembara hanya memerlukan 5 hingga 7 saat untuk melepasi pemeriksaan imigresen.
Ini merupakan peningkatan yang besar berbanding sistem autogate konvensional yang mengambil masa 15 hingga 25 saat.
2. Pengurangan Kesesakan
Pelaksanaan sistem kod QR di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2 bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di pintu masuk negara, terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan.
Dengan mempercepatkan proses pelepasan imigresen, sistem ini dapat membantu melancarkan pergerakan pengembara di lapangan terbang.
3. Pengalaman Perjalanan yang Lebih Mudah
Penggunaan aplikasi MyBorderPass membolehkan pengembara mendaftarkan maklumat perjalanan mereka sebelum tiba di lapangan terbang.
Ini mengurangkan keperluan untuk mengisi borang atau memberikan maklumat secara manual semasa proses imigresen, sekali gus memudahkan pengalaman perjalanan secara keseluruhan.
4. Keselamatan yang Dipertingkatkan
Walaupun sistem ini mempercepatkan proses pelepasan imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia memberi jaminan bahawa keselamatan tidak akan terjejas.
Penggunaan teknologi pengesahan wajah dalam aplikasi MyBorderPass menambah lapisan keselamatan tambahan, memastikan hanya individu yang sah boleh menggunakan sistem ini.
5. Pengurangan Penggunaan Kertas
Dengan menggunakan aplikasi digital dan kod QR, sistem ini mengurangkan keperluan untuk dokumen fizikal, sekali gus menyumbang kepada usaha mengurangkan penggunaan kertas dan menjadikan proses perjalanan lebih mesra alam.
BACA JUGA: 15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!
FAQ – MyBorderPass
1. Bagaimana cara mendaftar di aplikasi MyBorderPass?
Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi dan pilih “REGISTER NOW”
- Imbas halaman butiran passport anda
- Isi maklumat peribadi anda
- Ambil swafoto untuk pengesahan wajah
- Cipta kod PIN untuk keselamatan tambahan
2. Di mana saya boleh menggunakan MyBorder Pass?
MyBorderPass boleh digunakan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.
3. Adakah saya masih perlu membawa pasport fizikal?
Ya, walaupun menggunakan MyBorder Pass, anda masih perlu membawa pasport fizikal semasa melancong ke luar negara. Pasport diperlukan untuk memasuki negara asing dan perlu ditunjukkan semasa ketibaan.
4. Bolehkah saya menambah ahli keluarga dalam satu akaun MyBorder Pass?
Pada masa ini, MyBorder Pass hanya menyokong satu pengguna bagi setiap telefon. Tiada pilihan untuk menambah tanggungan atau pasport tambahan dalam satu akaun.
5. Adakah MyBorder Pass menggantikan sistem sedia ada?
Tidak, MyBorder Pass tidak menggantikan sistem sedia ada. Pintu autogate dan kaunter imigresen manual masih tersedia untuk digunakan semasa memasuki atau meninggalkan Malaysia.
6. Adakah WAJIB menggunakan MyBorderPass?
MyBorderPass TIDAK WAJIB dan merupakan salah satu pilihan untuk pemeriksaan imigresen.
Pengembara masih boleh menggunakan autogate atau kaunter manual di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA. Jika anda melancong dengan anak-anak, anda boleh terus ke kaunter manual.
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan maklumat lanjut dan info terkini, anda boleh ikuti Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.