Muzium Kapal Selam – Harga Tiket, Waktu & Tips Lawatan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Muzium Kapal Selam di Klebang, Melaka merupakan salah satu tarikan pelancongan unik yang membolehkan pengunjung menjelajah bahagian dalam kapal selam sebenar.

Destinasi ini sesuai untuk seisi keluarga, pencinta sejarah ketenteraan, dan sesiapa yang ingin merasai suasana dalam kapal selam sebenar.

Dalam artikel ini, kami kongsikan info lengkap termasuk harga tiket, waktu operasi dan beberapa tips penting sebelum anda berkunjung.

Baca juga: MoCity Cosmic Park Melaka : Waktu Operasi, Harga Tiket

Apa itu Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam merupakan sebuah muzium unik yang terletak di Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka, menempatkan sebuah kapal selam sebenar iaitu French Ships (FS) Ouessant Agosta 70.

Kapal selam ini dahulunya digunakan sebagai kapal latihan bagi melatih warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bakal mengendalikan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak.

Ouessant dibina di Arsenal de Cherbourg, Perancis pada tahun 1978 dan telah berkhidmat bersama Tentera Laut Perancis sebelum dilucut tauliah pada tahun 2001. Dari tahun 2005 hingga 2009, ia dijadikan kapal latihan untuk anggota TLDM.

Pada 9 Oktober 2011, kapal ini dibawa pulang dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan tiba di Melaka pada 12 November 2011.

Ia kemudiannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium maritim, dan dibuka kepada umum sejak tahun 2012.

Tujuan utama pameran Muzium Kapal Selam ini adalah untuk memperkenalkan sejarah, fungsi, dan peranan kapal selam dalam pertahanan negara.

Tidak seperti muzium lain yang mempamerkan budaya, adat resam dan sejarah tempatan, muzium ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman memasuki kapal selam penyerang sebenar, satu-satunya seumpamanya di Malaysia.

Jika anda ingin merasai pengalaman berada dalam ruang sempit kapal selam dan melihat sendiri teknologi serta kehidupan kru kapal, Muzium Kapal Selam adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan

Lokasi & Waktu Operasi

  • Alamat: Jalan Klebang Kecil, 75200 Melaka
  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)

Baca juga: 20 Hotel Murah Melaka yang Best untuk Cuti Keluarga & Backpackers

Harga Tiket Masuk

KategoriWarganegara MalaysiaBukan Warganegara Malaysia
DewasaRM10RM20
Kanak-kanakRM5RM10
Warga emasRM5RM10
Kanak-kanak 1 tahun ke bawahPercumaPercuma

Apa yang Menarik di Muzium Kapal Selam

Lawatan ke Muzium Kapal Selam Melaka menawarkan pengalaman unik yang sukar diperoleh di tempat lain.

Sebaik sahaja tiba, pengunjung akan disambut dengan pemandangan sebuah kapal selam gergasi berukuran kira-kira 67 meter panjang dan 11 meter tinggi yang menjulang megah.

Tarikan utama sudah tentu adalah peluang untuk masuk ke dalam kapal selam sebenar, satu pengalaman yang mengujakan terutama bagi mereka yang pertama kali merasai suasana di ruang sempit kapal tentera laut.

Di bahagian dalam kapal selam, pengunjung akan dapat melihat sendiri pelbagai komponen dan ruang yang digunakan oleh kru semasa berlayar, seperti ruang kawalan, bilik tidur kecil, dapur mini, dan kawasan makan.

Suasana sempit dan tertutup memberi gambaran jelas tentang cabaran hidup di bawah laut. Pemandu pelancong turut berkongsi kisah-kisah menarik tentang kehidupan kru kapal yang perlu bertahan dalam ruang terhad selama berbulan-bulan di dasar lautan.

Untuk kanak-kanak pula, muzium ini menjadi tempat pembelajaran yang menarik, membolehkan mereka memahami teknologi maritim dan kehidupan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Di luar kapal, pengunjung juga boleh melihat pameran tambahan seperti pesawat jet pejuang lama dan menikmati kawasan lapang yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Mengapa Anda Wajib Datang?

  1. Pengalaman Unik – Bukan selalu dapat main-main dalam kapal selam sebenar tanpa perlu pakai uniform atau lalui latihan ketenteraan.
  2. Peluang Bergambar – Kapal selam gergasi ini sangat fotogenik. Ambil gambar luar, dalam, atas, bawah—semuanya ‘Instagrammable’.
  3. Pelajaran Sejarah – Pelajari peranan penting TLDM dan bagaimana Malaysia membina keupayaan pertahanan lautnya.
  4. Lokasi Strategik – Lepas keluar muzium, terus ke Pantai Klebang untuk hirup coconut shake sambil kenang-kenang pengalaman sempit tadi.
muzium kapal selam
muzium kapal selam
muzium kapal selam
muzium kapal selam
@gilagilamakan

Melawat ke Museum Kapal Selam, ini sangat menarik sebab pertama kali saya berpeluang untuk melihat submarine & dapat masuk juga. Pengalaman yang sangat menarik #gilagilamakan #gilagilajalan #museumkapalselam #melawatmelaka

♬ original sound – Gila-Gila Makan – Gila-Gila Makan

Tarikan Berdekatan Muzium Kapal Selam

Selain daripada kapal selam, kawasan ini turut menawarkan aktiviti sampingan yang menyeronokkan.

Pengunjung berpeluang menunggang kuda serta mengenali lebih dekat jet pejuang yang dipamerkan bertentangan dengan kapal selam.

Aktiviti-aktiviti ini menambahkan lagi nilai pengalaman dan tarikan kepada para pelawat.

Kredit gambar: Google Image

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut