MRT3 (Circle Line): Jajaran dan Senarai Stesen

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Setelah tamatnya projek MRT2, maka sudah timbul akan wujud pula projek MRT3 bagi melengkapkan lagi jajaran kereta api di kawasan Lembah Klang.

Lebih menarik, laluan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT3) juga dikenali sebagai Circle Line kerana ia membentuk laluan lengkap dalam satu bulatan.

Projek ini merupakan cadangan laluan transit rel ketiga belas, laluan Transit Aliran Massa (MRT) ketiga dan sistem rel automatik sepenuhnya dan tanpa pemandu keempat di Lembah Klang, Malaysia.

Laluan Bulatan MRT ini dijangka membentuk garisan gelung berputar tetapi tidak memasuki daerah pusat perniagaan Kuala Lumpur sambil menghubungkan beberapa laluan rel utama lain.

Latarbelakang MRT3

jangkaan siap mrt3

Laluan Lingkaran (MRT3) adalah komponen utama dalam projek KVMRT dimana perlaksanaan projek ini akan membawa peningkatan besar kepada mobiliti bandar di seluruh Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Mengelilingi perimeter bandar sepanjang 51 kilometer, Laluan Lingkaran (MRT3) membolehkan perjalanan yang lancar di kedua-dua arah, menghubungkan rangkaian rel MRT, LRT, KTM dan Monorel yang sedia ada melalui 10 stesen pertukaran yang strategik.

Ia pada mulanya ditangguhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 kerana kekangan kewangan dan dihidupkan semula oleh pentadbiran Perikatan Nasional pada 2021.

Pada 2022, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim dilaporkan berkata projek ini akan mula beroperasi secara berperingkat mulai 2028, dengan operasi penuh dijangka menjelang 2030.

Mohd Zarif juga berkata projek itu akan dibiayai oleh kerajaan, dengan pembiayaan swasta pelaburan yang meliputi kos permulaan.

Dalam Bajet 2023 yang disemak semula, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bercadang mengkaji semula kos projek MRT3 dengan harapan dapat mengurangkan jumlah keseluruhan kepada bawah RM45 bilion.

Bagaimanapun, tiada peruntukan dana untuk MRT3 dalam Bajet 2024.

Peta laluan MRT3

🚇 Lihat Pelan Jajaran Laluan Lingkaran MRT3! ðŸš‡

Ketahui jajaran Laluan Lingkaran MRT3 yang akan menghubungkan kawasan-kawasan penting di sekitar Lembah Klang! Dengan jarak 51 km dan 10 stesen pertukaran, Laluan Lingkaran ini akan berintegrasi dengan MRT, LRT, KTM, dan Monorel bagi memudahkan perjalanan harian anda dengan lebih efisien.

Mulai 2 September hingga 2 Disember 2024, sertai Pemeriksaan Awam dengan mengunjungi salah satu daripada 35 lokasi tinjauan atau layari peta dan maklumat projek secara dalam talian di https://mrt3.pi.mymrt.com.my/ untuk memberikan pandangan anda.

peta mrt3

Daripada 32 hentian di laluan MRT3, 22 akan dinaikkan, tujuh akan berada di bawah tanah, dan akan ada tambahan tiga stesen bertingkat semntara.

Artikel berkaitan: Peta Laluan Kereta Api (MRT, LRT, Monorel, KTM Komuter)

Senarai stesen

Terdapat sehingga 31 stesen secara keseluruhannya di laluan MRT3 termasuk 10 stesen pertukaran, tidak termasuk dua stesen sementara.

Berikut merupakan cadangan senarai stesyen yang bakal dibina untuk projek ini:

  1. Titiwangsa (stesen pertukaran ke Laluan Sentul Timur, Laluan Putrajaya, Monorel)
  2. Kampung Puah
  3. Jalan Langkawi
  4. Danau Kota
  5. Setapak
  6. Rejang
  7. Setiawangsa (stesen pertukaran ke Laluan Gombak)
  8. AU2
  9. Taman Hillview
  10. Tasik Ampang
  11. 11. Kampung Pandan
  12. Pandan Indah (stesen pertukaran ke Laluan Ampang)
  13. Taman Kencana
  14. Taman Cheras
  15. Taman Midah (stesen pertukaran ke Laluan Kajang)
  16. Jalan Yaakob Latif
  17. Sri Permaisuri
  18. Salak Selatan (stesen pertukaran ke Laluan Sri Petaling)
  19. Salak Jaya (stesen sementara)
  20. Kuchai (stesen pertukaran ke Laluan Putrajaya)
  21. Jalan Klang Lama
  22. Pantai Dalam (stesen pertukaran ke KTM Tanjung Malim-Pelabuhan Klang)
  23. Pantai Permai
  24. Universiti (stesen pertukaran ke Laluan Kelana Jaya)
  25. UM
  26. Bukit Kiara South (stesen pertukaran ke Laluan Kajang)
  27. Bukit Kiara (stesen sementara)
  28. Sri Hartamas
  29. Mont Kiara
  30. Bukit Segambut
  31. Taman Sri Sinar
  32. Dutamas
  33. Jalan Kuching (stesen pertukaran ke KTM Tanjung Malim-Pelabuhan Klang)

Maklumat lanjut

Untuk perkembangan terkini mengenai projek MRT3, sila layari laman web rasmi MyMRT di alamat https://www.mymrt.com.my/projects/mrt3-circle-line/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut