Modul Pengurusan Sahsiah – Cara Tambah Amalan Baik Murid Secara Pukal

modul pengurusan sahsiah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Modul Pengurusan Sahsiah – Cara Tambah Amalan Baik Murid Secara Pukal

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Modul Pengurusan Sahsiah yang merupakan sebahagian daripada sistem MOEIS. 

MOEIS (Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia) adalah sistem digital bersepadu yang menggabungkan beberapa sistem pendidikan yang sebelum ini beroperasi secara berasingan, seperti sistem pengurusan murid, guru, sekolah, dan pentaksiran. 

Tujuan utamanya adalah untuk mewujudkan satu platform berpusat yang memudahkan pengurusan dan pemantauan pendidikan di seluruh negara.

Modul Pengurusan Sahsiah dalam Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS) telah menggantikan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) yang sebelumnya digunakan. 

BACA JUGA: SPPB MOEIS – Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu KPM

Modul Pengurusan Sahsiah

Modul Pengurusan Sahsiah merupakan komponen penting dalam Sistem Pengurusan Operasi Pendidikan Malaysia (MOEIS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia bertujuan untuk memantau dan membentuk sahsiah pelajar secara holistik. 

Modul baru ini menggantikan SSDM dan diintegrasikan ke dalam MOEIS. Ia bukan sahaja merekod perkembangan sahsiah murid, tetapi juga berkait rapat dengan modul-modul lain dalam sistem seperti kehadiran murid dan pencapaian akademik.

Fungsi Modul Pengurusan Sahsiah

1. Merekod dan memantau perkembangan sahsiah murid

  • Merekod aktiviti dan pencapaian murid dalam aspek sahsiah.
  • Membolehkan pemantauan berterusan terhadap perkembangan sahsiah murid.
  • Menyediakan laporan perkembangan sahsiah yang komprehensif.

2. Menguruskan aktiviti kokurikulum dan pencapaian murid

  • Merekod penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum.
  • Menyimpan maklumat pencapaian murid dalam pelbagai bidang seperti sukan, kesenian, dan kepimpinan.
  • Memudahkan penjanaan laporan aktiviti dan pencapaian kokurikulum.

3. Membolehkan guru membuat penilaian sahsiah murid dengan lebih mudah

  • Menyediakan rubrik penilaian sahsiah yang standard.
  • Membolehkan guru memasukkan penilaian secara dalam talian.
  • Menjana laporan penilaian sahsiah secara automatik.

Cara Tambah Amalan Baik Murid Secara Pukal di MOEIS idME

Salah satu ciri penting Modul Pengurusan Sahsiah adalah untuk merekod amalan baik murid. 

Ini penting untuk memberi gambaran yang seimbang tentang sahsiah murid bukan hanya fokus kepada salahlaku sahaja.

Bagi guru-guru yang ingin mengetahui cara tambah amalan baik murid secara pukal di MOEIS IDME, sila rujuk langkah-langkah di bawah.

Sumber: Yun Wei Boon

Pertama sekali, anda perlu melayari laman web rasmi sistem pengurusan murid di pautan berikut: https://idme.moe.gov.my/  dan, log masuk. Pilih menu Pengurusan Murid.

Ikuti satu persatu langkah yang dikongsikan di bawah; 

  1. Pada bahagian menu, klik peranan anda sebagai Pelapor Sahsiah.
  2. Pilih Pengurusan Sahsiah > Pengurusan Amalan Baik > Tambah Amalan Baik.
  3. Pilih tahun dan nama kelas, kemudian klik Cari untuk mendapatkan maklumat murid.
  4. Senarai nama murid akan terpapar. Anda boleh klik secara individu atau secara pukal. Untuk klik secara pukal, tetapkan paparan bilangan murid berdasarkan jumlah yang dikehendaki.
  5. Tandakan semua nama murid, kemudian klik Masuk Senarai Murid.
  6. Klik Ya, Simpan. Notifikasi akan dipaparkan sebagai pengesahan bahawa senarai murid telah berjaya disimpan.
  7. Klik Lihat Senarai Murid, kemudian pilih Tambah Amalan Baik untuk merekodkan amalan baik yang dilakukan oleh murid.
  8. Isi maklumat amalan baik termasuk keterangan, tarikh, lokasi, dan maklumat lain yang diperlukan.
  9. Tandakan kotak “Saya yang menjalankan tugas” sebagai pengesahan, kemudian klik Simpan.
  10. Rekod Amalan Baik Pukal berjaya disimpan. Selesai.

NOTA: Hanya guru-guru yang telah ditetapkan sebagai Pelapor Sahsiah boleh menambah amalan baik murid dalam sistem ini.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, guru-guru dapat menambah amalan baik secara pukal dengan lebih mudah dan efisien dalam sistem MOEIS IDME.

Untuk panduan yang lebih jelas, anda boleh rujuk satu persatu gambar di bawah yang telah dikongsikan oleh cikgu Yun Wei Boon di Facebook beliau:

Sumber: Yun Wei Boon
Sumber: Yun Wei Boon
Sumber: Yun Wei Boon
Sumber: Yun Wei Boon
Sumber: Yun Wei Boon

Contoh-contoh Amalan Baik yang Boleh Direkodkan

Berikut adalah beberapa contoh amalan baik yang boleh direkodkan dalam SSDM:

  1. Memungut sampah di dalam kelas atau kawasan sekolah
  2. Membantu rakan atau guru yang memerlukan bantuan
  3. Membersihkan dan mengemas meja guru
  4. Menghormati rakan dan guru
  5. Melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan
  6. Menunjukkan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum
  7. Menjadi contoh yang baik dalam aspek kebersihan diri dan persekitaran
  8. Menunjukkan sikap jujur dan amanah dalam urusan harian

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut