MoCity Cosmic Park Melaka : Tarikan, Waktu Operasi dan Harga Tiket

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MoCity Cosmic Park Melaka merupakan satu tarikan taman tema keluarga terbaharu yang terletak di Pantai Klebang.

Menawarkan keseronokan menerusi pelbagai aktiviti hiburan dan permainan arked indoor, lokasi ini bakal menjanjikan kenangan indah buat semua tanpa mengira usia.

Antara tarikan yang menanti para pengunjung adalah pelbagai jenis rides, permainan karnival, go-kart, Kids Electric Car, Bouncy Castle, permainan arked dan sebagainya.

MoCity Cosmic Park Melaka
MoCity Cosmic Park Melaka

Ditambah pula dengan suasana meriah dan lampu berwarna-warni karnival yang indah, tarikan yang turut dikenali sebagai MoCity Fun Park ini juga pasti akan menjadi salah satu destinasi wajib singgah di Klebang buat pelancong dan warga setempat.

Ayuh kita sama-sama terokai dan ketahui dengan lebih lanjut mengenai MoCity Cosmic Park.

2 Bahagian Mocity Fun Park, Klebang

Mungkin ada yang belum tahu sebenarnya taman tema permainan ini terbahagi kepada dua tempat iaitu indoor dan outdoor.

Bahagian indoor menawarkan pelbagai permainan arked yang menarik untuk dicuba seperti permainan video, lumba kereta dan bola jaring mini.

Bahagian outdoor pula pasti dapat menarik perhatian pengunjung dengan lampu karnival berwarna-warni.

Terdapat pelbagai permainan dan rides mengujakan menanti pengunjung pada bahagian luar dengan suasana karnival yang serba meriah.  

Harga Tiket MoCity Cosmic Park Melaka

Harga tiket bagi setiap tarikan di MoCity Fun Park adalah seperti berikut :

MoCity FunPark (Outdoor) : RM 10 untuk satu ‘ride’

Harga Pakej Outdoor Ride Jimat : Beli 10 Percuma 2 = 12 ; atau Beli 20 Percuma 5 = 25

MoCity Cosmic Park Melaka

Bouncy Castle : RM 15 (kanak-kanak), RM 10 (penjaga)

Kids Electric Cars : Harga bermula RM 25

Go-Kart Outdoor : Harga bermula RM 45

MoCity Cosmic Park Melaka

Permainan Karnival : Harga bermula RM 8

Kids Fishing : RM 10

Permainan Arked (Indoor) : Harga bermula RM 4

Waktu Operasi

Waktu operasi bagi MoCity FunPark adalah bermula 6.00 petang hingga 1.00 pagi dan dibuka setiap hari.

Lokasi

Bagi yang ingin ke tarikan terbaharu di Klebang ini, anda boleh rujuk pada alamat dan lokasi di bawah :

Alamat : PT435, Pekan Klebang Seksyen 2, 75200 Klebang Besar, Melaka

Anda juga boleh klik di sini untuk lokasi Google Map.

Maklumat Lanjut

Difahamkan bahawa taman tema permainan ini akan menawarkan lebih banyak aktiviti yang lebih menarik pada masa akan datang. Sama-sama kita nantikannya.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai MoCity Fun Park, sila ikuti laman sosial mereka di Facebook dan TikTok.

Anda juga boleh hubungi talian Whatsapp di 016-283 1874.

Baca Juga : 20 Hotel Murah Melaka yang Best untuk Cuti Keluarga & Backpackers

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut