Minyak Kelapa Dara: 6 Khasiat & Cara Penggunaan Yang Betul

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VC) adalah minyak kelapa yang dihasilkan dengan bahan kelapa segar. Ia telah melalui proses penyulingan dan tidak menggunakan haba.

Telah digunakan secara turun temurun untuk mengekalkan kesihatan dalaman dan kecantikan, minyak ini juga sering dijadikan makanan tambahan.

Apakah khasiatnya dan bilakah waktu terbaik untuk minum minyak ini?

Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Baca juga:

Khasiat kelapa dara untuk kesihatan

Terdapat banyak khasiat minyak kelapa dara yang boleh anda perolehi untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Membantu meningkatkan kadar metabolisme

Minyak kelapa dara mampu menjadi perangsang bagi meningkatkan metabolisme.

Disebabkan itu, pengambilan minyak ini secara konsisten juga dikatakan dapat membantu badan membakar lebih banyak kalori.

2. Untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku

Sesetengah orang turut mengamalkan sapuan minyak kelapa dara organik terus ke kulit wajah sebagai pelembab. Ia juga dikatakan dapat menjadikan kulit lebih lembut dan licin.

Pada masa yang sama, ia juga dipercayai dapat mengurangkan kedutan dan melambatkan proses penuaan.

Selain itu, minyak ini juga sering diamalkan sebagai nutrien semulajadi bagi mendapatkan rambut dan kuku yang cantik dan sihat.

minyak kelapa dara

3. Kaya dengan antioksidan

Minyak ini mengandungi hampir 30 kompaun berbeza yang dapat membantu melindungi badan daripada radikal bebas. Radikal bebas merupakan molekul yang boleh mengakibatkan kerosakan sel serta penyakit.

3. Baik untuk sistem penghadaman

Minyak kelapa dara organik juga dikenali dengan kemampuannya sebagai ‘pembersih’ yang baik untuk saluran gastrousus.

Ini membantu sistem pencernaan untuk menyerap mineral, nutrien dan vitamin penting dengan lebih baik.

4. Menyihatkan jantung

Dalam satu penelitian, negara yang mempunyai kadar kematian rendah akibat sakit jantung didapati mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara setiap hari dalam masakan mereka.

Kajian lain juga mendapati individu yang mengambil minyak ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 9% berbanding indvidu yang tidak mengambilnya.

Satu kajian yang dijalankan di Perancis pula mendapati individu yang mengambil lebih banyak minyak kelapa dara mempunyai 41% risiko strik yang lebih rendah.

Tambahan pula, minyak kelapa dara turut mengandungi bahan yang dapat mengurangkan tekanan darah dan mencegah arterosklerosis.

khasiat minyak kelapa dara

5. Sebagai pembekal tenaga segera

Minyak yang mudah dicerna ini juga dapat membantu seseorang untuk rasa kurang letih dengan memberikan tenaga segera.

Ia juga dikatakan dapat meningkatkan prestasi sukan dengan membantu menyimpan glikogen dengan lebih baik dan berfungsi sebagai sumber tenaga.

6. Dapat merendahkan risiko diabetes jenis 2

Kompaun fenolik yang ditemui dalam minyak ini didapati mampu meningkatkan keberkesanan insulin bagi pesakit diabetes jenis 2.

Khasiatnya juga akan bertambah sekiranya pesakit menggabungkan minyak ini dengan diet Mediterranean.

Sebuah kajian menunjukkan amalan ini mampu mengurangkan risiko diabetes jenis 2 sehingga 50%.

minyak kelapa dara

Cara penggunaannya

Walaupun terdapat banyak minyak masak di pasaran, namun tiada satu pun yang mampu menandingi kebaikan minyak kelapa dara, terutamanya dari segi profil lemak sihatnya.

Namun begitu, ia tidak sesuai untuk digunakan sebagai minyak goreng. Sebaliknya, ia sesuai dimakan bersama salad atau sayur-sayuran lain.

Mengikut kajian, minyak ini amat bagus untuk diambil pada waktu pagi  sebanyak 50 ml sehari.

Sekiranya anda berasakan sukar untuk menelan minyak ini dalam jumlah yang banyak setiap pagi ketika perut kosong, anda boleh campurkan dengan sedikit jus lemon.

Anda juga boleh ambil sebanyak 15ml sahaja kerana kuantiti ini sudah mencukupi sebagai makanan tambahan harian.

Walaupun harganya sedikit mahal berbanding minyak lain, namun minyak kelapa dara mampu menawarkan pelbagai manfaat luarbiasa untuk kesihatan.

Pendek kata, memang berbaloi untuk dimakan setiap hari untuk kesihatan menyeluruh.

Sumber:

  1. Coconut Oil Benefits for Your Brain, Heart, Joints & More. Dr. Axe
  2. Coconut Oil: Benefits, Uses, and Controversy. Medical News Today
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut