Mengandung Tapi Period, Kehamilan “Ajaib” atau Semula Jadi?

mengandung tapi period
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bolehkah seseorang mengandung tapi period? Kebiasaan yang kita faham, apabila seseorang wanita itu hamil, mereka tidak akan melalui proses ovulasi atau dalam bahasa mudahnya datang haid.

Namun ini tidak bermakna, darah tidak keluar dari dalam rahim mereka semasa mengandung.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan mengandung tapi period dan punca ia terjadi.

Baca juga:

Boleh ke mengandung tapi period?

Haid berlaku pada kitaran menstruasi normal sekitar 21 sehingga 35 haru.

Dalam tempoh itu, wanita akan melakukan beberapa proses dalam organ kewanitaanya seperti proses pembuatan telur, keluarnya sel telur dalam masa subur, dan peluruhan dinding endometrium dalam bentuk darah yang dipanggil sebagai haid atau period.

Jadi, bolehkah wanita mengandung tapi period berlaku? Jawapannya, tidak. Sebarang pendarahan ringan yang keluar semasa hamil sebenarnya bukan haid.

Hal ini jelas kerana, jika anda hamil, telur telah disenyawakan dan ditanam di dinding rahim. 

Hormon kehamilan memberitahu badan anda untuk mengekalkan lapisan rahim, sebab itu anda tidak lagi mengalami haid.

Namun, terdapat beberapa keadaan yang memungkinkan anda untuk berlakunya pendarahan ketika mengandung.

Sebab mengandung tapi period

Antara faktor atau punca yang menyebabkan seorang wanita keluar darah semasa mengandung adalah kerana:

1. Pendarahan implantasi

Pendarahan implantasi boleh berlaku apabila embrio mencapai rahim dan bersarang sendiri ke dalam lapisan rahim.

Anda boleh periksa ciri darahnya sebagai tompok merah jambu atau coklat muda, berlaku 10 hingga 14 hari selepas pembuahan. 

Pendarahan mungkin kelihatan seperti permulaan haid anda tetapi kekal ringan dan tidak bertambah berat secara beransur-ansur.

2. Selepas melakukan hubungan seks

Terdapat juga kemungkinan pendarahan berlaku selepas hubungan seksual atau sebarang penembusan faraj.

Serviks lebih sensitif semasa mengandung. Yang mana ia meningkatkan kemungkinan rangsangan seperti sentuhan dengan zakar, alat mainan seks, atau jari sehingga berlaku pendarahan ringan. 

3. Keguguran

Keguguran biasa keluar sebagai pendarahan yang berkaitan dengan kekejangan rahim. Mungkin juga terdapat laluan bekuan darah besar dari faraj. 

Jika anda mempunyai simptom ini, pastikan anda memaklumkan pembekal penjagaan kesihatan dengan segera.

4. Kehamilan ektopik

Pendarahan pada trimester pertama juga boleh menjadi tanda kehamilan ektopik (apabila janin mula membesar di luar rahim, biasanya dalam tiub fallopio). 

Jumlah pendarahan dengan kehamilan ektopik mungkin berbeza-beza. Masalah ini sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa bayi dan ibu jika tidak dirawat.

5. Komplikasi kehamilan

Menurut Dr. Hakakha, pakar obstetrik dan ginekologi, sebab lain anda mungkin melihat pendarahan semasa hamil adalah kerana komplikasi kehamilan.

Trimester pertama:

  • Pendarahan subchorionic (bekuan darah yang terbentuk di belakang plasenta yang sedang berkembang)
  • Jangkitan serviks
  • Plasenta previa (apabila plasenta implan dan tumbuh di atas serviks)

Trimester kedua / ketiga:

  • Vasa previa (di mana saluran darah plasenta berada di lokasi yang tidak normal dan melintasi serviks)
  • Gangguan plasenta (di mana plasenta mula menarik diri dari dinding rahim sebelum waktunya)

Beza pendarahan implantasi dan haid

Ramai yang salah anggap antara pendarahan implantasi dan haid. Justeru, berikut adalah beberapa perbezaan yang boleh anda lihat:

BezaPendarahan ImplantasiHaid
JumlahBertompok atau aliran sangat ringanBerketul atau aliran sangat laju
WarnaWarna yang lebih cerah, biasanya
warna merah jambu yang sangat
terang atau warna karat ringan.
Merah terang hingga gelap
PembekuanTiadaSedikit
MasaBerlaku beberapa jam hingga beberapa hariLebih beberapa jam hingga seminggu lebih

Hukum darah yang keluar semasa mengandung

Umumnya, wanita yang hamil boleh mengeluarkan jenis darah yang seperti berikut:

  • Darah Nifas – Seorang wanita yang hamil akan mengalami nifas selepas kosongnya rahim selepas bersalin atau keguguran dan sebelum berlalunya 15 hari daripada tempoh kosong rahim.
  • Darah al-Tolaq – Darah yang keluar ketika sakit melahirkan anak.
  • Darah Fasad – Darah yang keluar semasa kelahiran bayi

Namun demikian, terdapat beberapa keadaan yang mana wanita hamil keluar darah dari rahimnya tetapi bukan kerana masalah keguguran atau sakit mahu bersalin.

Mengenai hukum darah yang keluar semasa mengandung, ulama Mazhab Syafie mengemukakkan pandangan yang berbeza-beza.

1. Pandangan pertama: Darah yang keluar semasa dalam tempoh mengandung ialah haid.

Sekiranya darah tersebut mencukupi syarat tempoh minimum haid iaitu sehari semalam bersamaan 24 jam dan tidak melebih 15 hari 15 malam. 

Pandangan ini merupakan pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafie (al-azhar). Justeru itu, tidak sah ibadah solat dan puasa yang dilakukan sepanjang tempoh keluar darah tersebut.

*Namun, sekiranya darah yang keluar tidak mencukupi 24 jam, maka ia dianggap darah istihadah dan sah solat serta puasanya.

2. Pandangan kedua: Darah yang keluar semasa dalam tempoh mengandung ialah darah fasad.

Wanita yang mengalaminya dianggap dalam keadaan sentiasa berhadas. Ini kerana bayi dalam kandungan akan menghalang tempat darah keluar

Oleh itu, wanita yang hamil tidak akan mengalami haid. Sekiranya dia melihat darah, maka ia mungkin salah satu tanda untuk melahirkan atau keguguran.

Wanita berkenaan melaksanakan solat mengikut syarat yang ditetapkan syarak begitu juga kewajipan puasa. Walau bagaimanapun pandangan ini adalah pendapat yang lemah menurut majoriti ulama Syafi’iyyah.

Bila perlu jumpa doktor?

mengandung tapi period

Seorang wanita hamil lalu mengalami simptom seperti pendarahan, sakit pada bahagian perut dan pelvis, pening atau pitam, hendaklah segera merujuk kepada doktor anda untuk sebarang rawatan lanjut.

Langkah pencegahan ketika mengandung

mengandung tapi period

Setiap kehamilan pastinya memberikan harapan untuk sepasang suami isteri bagi menimang cahaya mata.

Justeru, para isteri perlu lebih berhati-hati dan menjaga kehamilan ini sebaik mungkin lebih-lebih lagi pada kehamilan kali pertama, kehamilan di usia yang lanjut atau wanita yang mempunyai sejarah sakit tertentu.

Ikut segala nasihat doktor dan sentiasa jaga kesihatan diri serta bayi dalam kandungan. Elakkan stress ketika hamil dan dapatkan sokongan dari suami anda untuk menguatkan mental serta fizikal anda.

Akhir sekali, lakukan pemeriksaan doktor mengikut masa yang telah ditetapkan untuk mengetahui perkembangan bayi dan kesihatan anda sepanjang kehamilan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan mengandung tapi period dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.

Sumber:

  1. Can You Be Pregnant and Still Have a Period? Parents
  2. Hamil Tetapi Mengalami Haid. Dr Zubaidi Hj Ahmad
  3. Implantation Bleeding or Your Period? How to Spot the Difference. Lancaster General Health
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut