MASUM 2024 (Majlis Sukan Universiti Malaysia) – Tarikh & Jadual

Bagi atlet di peringkat universiti, pastinya MASUM 2024 merupakan pertandingan sukan yang dinanti-nantikan oleh wakil universiti di Malaysia.

Karnival sukan universiti ini dianjurkan secara tahunan dengan lokasi tuan rumah bertukar-tukar setiap tahun.

Sebagai rekod, UiTM telah menjadi juara Karnival Sukan MASUM buat kali kelima berturut-turut sejak tahun 2018 lagi.

Pastinya untuk tahun ini, mereka akan kembali dengan semangat baharu untuk mengekalkan kejuaraan yang sudah dimiliki mereka setelah sekian lama lagi.

Sejarah MASUM

sejarah masum

Detik-detik penubuhan MASUM bermula pada tahun 1974 di atas inisiatif pegawai-pegawai sukan universiti pada ketika itu untuk mengadakan pertandingan sukan di kalangan kakitangan universiti tempatan.

Pertandingan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di antara universiti tempatan. Pada tahun (1975) penganjuran sukan diantara pelajar-pelajar universiti mula diadakan sehingga kini.

Pada tahun 1981, Gabungan Universiti Malaysia (GUM) ditubuhkan hasil daripada inisiatif Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika itu.

Tarikh MASUM 2024

MASUM 2024 tahun ini akan dianjurkan secara 2 fasa seperti berikut:

  • Fasa 1: Universiti Malaya – 6 sehingga 12 Mei 2024
  • Fasa 2: Universiti Malaysia Sabah – 22 sehingga 28 April 2024

Senarai Sukan Dipertandingkan di MASUM 2024

Berikut merupakan senarai penuh sukan yang dipertandingkan untuk MASUM 2024 ini bagi Fasa 1 dan Fasa 2.

Fasa 1

  • Bola Tampar Pantai
  • Catur
  • Memanah
  • Petanque
  • Ping Pong
  • Silat
  • Taekwando

Fasa 2

  • Badminton
  • Bola Baling
  • Bola Jaring
  • Bola Keranjang
  • Karate
  • Lawn Bowls
  • Ragbi 7’s
  • Sofbol
  • Skuasy
  • Sofbol

Jadual & Lokasi Pertandingan

Sila rujuk fail PDF di bawah untuk maklumat penuh setiap acara yang dipertandingkan dalam MASUM 2024.

Jadual MASUM Fasa 1

Jadual MASUM Fasa 2

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai MASUM 2024 secara umumnya, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian berikut:

Layari laman web rasmi MASUM di https://masum.org.my/

Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 W.P Putrajaya.

Tel : +603-8870 6000
Faks: +603-8870 6214
Email :[email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!