Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan manifesto gabungan itu melalui sebuah majlis khas bertempat di Hotel Glenmarie, Shah Alam pada jam 8.00 malam, 6 November 2022.
Antara perkara yang akan diumumkan dalam manifesto itu adalah mengenai ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan, wanita dan perkara tertentu yang lain
“Ini akan kita maklumkan dan berharap ia mendapat tarikan pengundi di seluruh negara,” katanya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berharap beliau sekali lagi diberi sokongan yang besar untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau ahli Parlimen Pagoh.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tawaran Manifesto Perikatan Nasional (PN) yang diumumkan.
Manifesto Perikatan Nasional (Tawaran PN BEST)
APA RAKYAT DAPAT KALAU UNDI PERIKATAN NASIONAL?
Jawapan ringkas, dapat kerajaan yang PRIHATIN, BERSIH dan STABIL.
Jawapan panjang boleh tengok live Majlis Pelancaran Tawaran PN BEST PRU-15 jam 8 malam ini.
Ada banyak tawaran menarik!
PN memfokus usahakan untuk bantu rakyat Malaysia dalam membina semula Malaysia menjadi negara yang bersih dan stabil.
Sedikit klu, akan ada 12 tunjang dengan berpuluh-puluh tawaran.
Saksikan siaran langsung LIVE STREAMING melalui pautan di bawah: https://www.youtube.com/watch?v=yd8bemdVHUM
Intipati & Ringkasan TAWARAN PN BEST PRU-15
Bagi membina ekonomi masa depan yang berdaya saing 12 tunjang utama PN BEST merangkumi;
- Membina Ekonomi Masa Hadapan yang Berdaya Saing
- Meningkatkan Nilai dan Taraf Hidup Rakyat
- Membersihkan Politik dan Tadbir Urus
- Mensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan Semua Kaum
- Memacu Pembangunan Wilayah
- Melestarikan Alam Sekitar dan Merancakkan Pelancongan
- Memperkasa Belia dan Mensejahterakan Keluarga Muda
- Mengoptimumkan Potensi Wanita
- Membina Warga Emas Yang Aktif dan Sejahtera
- Memperkasakan Orang Kelainan Upaya
- Memperkasakan Peneroka FELDA
- Mentransformasikan Petani, Penternak, Nelayan & Pekebun Kecil
Tawaran-tawaran PN BEST PRU-15
PN berikrar bahawa semua inisiatif Bajet 2023, termasuk bantuan kewangan rakyat dan penjawat awam, akan dikekalkan dan ditambahbaik untuk semua lapisan masyarakat.
Antara tawaran utama PN iaitu tumpuan kepada merancak ekonomi melalui tabung khas galakan pelaburan RM5 bilion dan satu juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, mensejahtera rakyat termasuk mewujudkan one stop centre MyPrihatin untuk semua penyampaian bantuan rakyat.
Memperkenalkan Kad Prihatin Nasional untuk akses perkhidmatan kesihatan, menyediakan perkhidmatan bas dan pusat penjagaan percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar, serta skim khas bagi pekerja gig, nelayan dan pekebun kecil.
Tadbir urus yang kukuh termasuk dengan melarang sumbangan dana politik dari luar negara, memperkasa pelan antirasuah nasional dan sistem perundangan dan kehakiman syariah serta menubuhkan badan bertindak bencana alam dan perubahan iklim.
Pendidikan yang inklusif termasuk akses Internet laju dalam bilik darjah dan bilik guru, dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat serta RM2.5 bilion peruntukan penyelenggaraan sekolah.
Mensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan semua kaum dilaksanakan melalui pemerkasaan agenda pembangunan Bumiputera dan mempertahankan hak semua kaum serta pembangunan sosioekonomi Orang Asli dan golongan minoriti yang menyeluruh.
Merapatkan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak termasuk menyegerakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 serta penubuhan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak.
Belia sebagai peneraju termasuk dengan melantik senator dalam kalangan belia dan beliawanis, diskaun 25 peratus bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan kelas kedua atas dan skim perumahan mikro belia mampu sewa.
Melindungi kumpulan rentan termasuk menubuhkan Jabatan warga emas, dananita-wanita bangkit berniaga dan program latihan OKU lepasan sekolah.
Generasi Felda yang diperhebat termasuk menawarkan Wawasan Felda Baharu bagi menjamin masa hadapan generasi muda di kawasan rancangan Felda.
Bagi memastikan tawaran PN Best dilaksanakan sepenuhnya, sebuah Jawatankuasa Khas dianggotai pakar akan ditubuhkan.
Penilaian Semula KWSP Bersasar Tiada Dalam Manifesto PN, Namun Akan Dipertimbangkan
Perikatan Nasional (PN) akan meneliti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu menjadi pertimbangan meskipun ia tidak terdapat dalam tawaran PN pada pilihan raya umum kali ini.
Beliau berkata, ini kerana kerajaan pusat yang diterajuinya sebelum ini pernah membenarkan tiga pengeluaran caruman itu menerusi inisiatif i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar.
“Pengeluaran KWSP tidak ada dalam manifesto, tetapi dulu kita buat Insya-Allah (jika) kita menang akan lihat semula tentang (pengeluaran) KWSP bersasar.
“Kalau dulu kita sudah benarkan (pengeluaran) beberapa kali (seperti) i-Lestari walaupun (pada) awalnya agak sukar, tetapi pertama kita kena tengok berapa banyak simpanan oleh pihak yang mahu mohon, kalau sudah habis, nak bersasar apa.
“Namun, ini perkara penting kita akan beri pertimbangan sebaiknya apabila jadi kerajaan,” katanya ketika ditanya soal pengeluaran KWSP bersasar dalam sesi dialog yang berlangsung di majlis pelancaran manifesto PN.
Baca juga: KWSP Bersasar Sedia Dinilai Semula Jika PN Menang PRU-15
Cuti Umum Tambahan Jika Menang PRU15
Perikatan Nasional (PN) akan mengisytiharkan cuti umum pada 20 dan 21 November ini sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran tambahan itu bagi membolehkan pengundi luar kawasan pulang ke tempat bermastautin tanpa perlu memohon cuti pada hari Ahad atau Isnin.
Beliau menjelaskan, cuti umum berkenaan tertakluk kepada cuti hujung minggu yang berlainan mengikut negeri masing-masing.
“Jadi saya nak umumkan, jika PN menang dalam pilihan raya pada hari Sabtu, 19 November nanti, kita akan isytihar cuti umum pada hari Ahad (20 November) bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, manakala hari Isnin (21 November) bagi negeri-negeri lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tawaran PN (PN BEST) pada Ahad.
PN BEST bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang’ merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran yang digubal dengan mengambil kira pandangan serta sentimen rakyat.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) optimis kesemua tawaran dinyatakan dalam PN BEST boleh dilaksanakan oleh gabungan itu apabila menjadi kerajaan kelak.
Baca juga: