[LIVE] Malaysia vs Tajikistan: Final Pestabola Merdeka 2023

Malam ini Malaysia memburu kejuaraan ke-13 dalam aksi Final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan Malaysia vs Tajikistan boleh ditonton secara langsung (LIVE) di platform seperti Sooka.

Untuk makluman, Malaysia pernah menjuarai kempen Pestabola Merdeka sebanyak 12 kali iaitu pada kali terakhir pada tahun 2013 menentang Myanmar 2-0.

Sehingga jam 2 petang tadi, FAM melaporkan sebanyak 30,000+ tiket telah terjual.

LIVE Malaysia vs Tajikistan

Rekod pertemuan kali terakhir Malaysia lwn Tajikistan adalah pada kempen Final King’s Cup 2022 yang menyaksikan Tajikistan menang penalti 3-0.

Tajikistan kini berada di ranking 110 manakala Malaysia di ranking 134 FIFA.

Final Pestabola Merdeka 2023

Sebagai rekod, Malaysia layak ke final dengan menewaskan India 4-2 di Stadium Nasional pada Jumaat 13 Oktober lepas.

Pada pertembungan malam ini, ketua jurulatih skuad Tajikistan, Petar Segrt, mendedahkan bahawa pasukannya kehilangan 15 pemain disebabkan juara liga, Istiklol, tidak dapat melepaskan pemain mereka.

“Mereka merupakan pemain utama kami, termasuk juga ketua pasukan kami, jadi ia bukan pasukan yang sama ketika kami menewaskan Malaysia.

“Esok mungkin kami akan menurunkan pasukan paling muda di dunia dengan purata umur 21 tahun,” katanya.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!