Tonton Malaysia vs Bahrain Piala Asia AFC 2023 [LIVE]

Tengah cari link untuk tonton perlawanan Malaysia vs Bahrain bagi perlawanan Piala Asia AFC 2023 pada jam 10.30 malam ini?

Untuk makluman, anda boleh tonton perlawanan ini secara langsung di TV Okey & Sukan RTM.

Atau boleh tonton secara online di link rtmklik.rtm.gov.my (link)

malaysia vs bahrain

Malaysia vs Bahrain AFC Asian Cup 2023

Berikut sedikit statistik 6 perlawanan terakhir antara Malaysia lwn Bahrain:

  • 21/10/2007 – Malaysia 1-4 Bahrain
  • 28/10/2007 – Malaysia 0-0 Bahrain
  • 15/10/2013 – Malaysia 1-1 Bahrain
  • 15/11/2013 – Malaysia 0-1 Bahrain
  • 29/5/2021 – Malaysia 0-2 Bahrain
  • 11/6/2022 – Malaysia 1-2 Bahrain

Jom sama-sama bagi sokongan padu untuk Malaysia mendapatkan 3 mata penuh menentang Bahrain malam ini!

Pada aksi perlawanan pertama Piala Asia 2023, Malaysia kalah 4-0 menentang Jordan.

Kesebelasan utama skuad bimbingan Kim Pan-gon adalah seperti berikut:

“Ini perlawanan kalah mati buat kami, kami akan buat apa sahaja yang kami ada untuk dapat tiga mata. Jadi, kami harus beraksi pada tahap terbaik dan tidak memberi ruang kepada mereka (Bahrain),” kata pemain pertahanan Malaysia, Shahrul Saad.

Shahrul berkata demikian dalam sesi sidang media menjelang perlawanan kedua Kumpulan E, Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Bahrain di Main Media Centre (MMC), Msheireb Downtown Doha, Qatar, malam tadi.

Ia turut dihadiri oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang menyeru skuad Harimau Malaya memburu gol awal.

“Sudah menjadi cara bola sepak Malaysia untuk berusaha mencari gol awal. Namun, dalam masa yang sama kita juga perlu faham dengan corak taktikal pasukan lawan,”  katanya,

Beliau mengakui bahawa bahrain adalah salah satu pasukan yang kuat di Asia dan saya jangkakan perlawanan yang sukar.

“Saya harap pemain beraksi dengan lebih bijak dan berani khususnya pada awal perlawanan,” ujarnya lagi.

Pertemuan Malaysia dan Bahrain dijangka sengit dengan kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan selepas tewas pada aksi pertama, Selasa lalu.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad menjelang jam 5.30 petang hari ini (10.30 malam, waktu Malaysia) dan akan disiarkan secara langsung melalui Sukan TV RTM, Astro Arena dan TV Okey.

Sebagai rekod, Malaysia tewas kepada Bahrain dalam tiga pertemuan sejak 2013 dengan pertemuan terakhir menyaksikan Bahrain menang 2-1 dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2022.

Live Streaming

Berikut antara link untuk anda tonton perlawan pada malam ini:

Siaran percuma:

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)
  3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803, 804)
  2. Astro Supersport (811 – 813)
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!