Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2024 / 1445 H

tilawah kebangsaan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 H / 2024 M akan berlangsung selama enam hari bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024 di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan dan memeriahkan MTHQK 2024 di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Pada 13 Februari lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan negeri itu akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang acara gilang-gemilang ini.

Pengenalan Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2024 / 1445 H

Negeri Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M (MTHQK) yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024 (Khamis hingga Selasa). 

Majlis akan berlangsung di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. 

Seperti yang semua maklum, MTHQK adalah program tahunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dianjurkan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri. 

Penganjuran MTHQK pada tahun dibuat bersama Kerajaan Negeri Pahang.

Kategori Penyertaan & Hadiah

MTHQK 2024 dijangka akan melibatkan penyertaan seramai 110 peserta daripada seluruh negeri.   

Secara umumnya, setiap negeri diwakili oleh lapan (8) peserta iaitu dua (2) peserta dalam pertandingan Tilawah Al-Quran manakala enam (6) peserta dalam pertandingan Hafazan Al-Quran. 

Penglibatan seluruh negeri dalam pertandingan tahun ini menjadikan jumlah perserta Tilawah adalah seramai 29 orang; iaitu 14 orang Qari dan 14 orang Qariah dan seorang Johan Menunggu Qari.

Manakala seramai 81 orang peserta pula akan menyertai bagi Kategori Hafazan iaitu 42 peserta lelaki dan 42 peserta perempuan. Mereka akan bertanding dalam 3 kategori berikut:

  • Kategori Hafazan Juzu’ 1-10
  • Kategori Hafazan Juzu’ 1-20
  • Kategori Hafazan Juzu’ 1-30

Johan peserta Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun ini akan mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa kelak yang bakal diaanjurkan pada  pada 5 hingga 12 Oktober.

Penjurian

Seramai 32 hakim terlibat iaitu 17 orang untuk menilai bacaan para peserta Tilawah.  Manakala para huffaz pula akan dinilai oleh 15 hakim.  

Jemaah hakim akan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM

Aspek-aspek bacaan yang akan dinilai oleh para hakim ini ialah kelancaran bacaan (fasohah), hukum tajwid, suara, persembahan dan tarannum. 

Penganjuran & Format Pertandingan

tilawah quran kebangsaan dan antarabangsa

Penganjuran MTHQK oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri setiap tahun merupakan satu manifestasi komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperkasakan syiar Islam di negara ini. 

Penganjuran MTHQK bermatlamat melahirkan generasi qurani di Malaysia yang memahami intipati Kitab Suci ini untuk diaplikasikan dalam amalan kehidupan seharian. 

Pembinaan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani ummah yang berpandukan kitab suci Al-Quran membawa kepada pembinaan generasi Al-Falah yang merupakan elemen penting dalam membangunkan kegemilangan tamadun ummah yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri menerusi landasan aspirasi ‘Membangun Malaysia Madani’. 

Penganjuran MTHQK tahun ini adalah kali yang ke-66 semenjak pertama kali dianjurkan pada 1960. 

Dengan sejarah yang panjang ini, JAKIM komited untuk memastikan MTHQK kekal relevan dan segar bagi menarik minat semua golongan masyarakat Islam Malaysia. 

Dalam hal ini, JAKIM akan terus memastikan prestij dan kualiti penganjuran MTHQK sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perubahan dan kehendak semasa. 

Semenjak tahun 2020, penganjuran MTHQK telahpun menggunapakai teknologi-teknologi terkini untuk melancarkan pengurusan MTHQK serta memberikan lebih daya tarikan kepada acara ini. 

Beberapa penambahbaikkan dalam format pertandingan juga akan dilaksanakan dalam MTHQK 2024 untuk memberikan lebih cabaran kepada para peserta yang bertanding. 

Antaranya dengan mewajibkan peserta Tilawah membaca dua (2) lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit.  Untuk peserta Hafazan pula mereka diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa 2 minit. 

Jadual Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2024 / 1445 H

  • Tarikh : 23 Mei 2024 (Khamis) hingga 28 Mei 2024 (Selasa)
  • Tempat : Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
  • Sesi hafazan akan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, manakala sesi Tilawah pula bermula jam 8.45 malam.

Siaran Langsung [LIVE STREAMING]

Saksikan secara langsung Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 di saluran berikut:

Sumber: https://mthqk.islam.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut