Majlis Apresiasi: Aturcara Majlis, Skrip Pengacara, Doa

majlis apresiasi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Di peringkat dunia pekerjaan atau pengajian, besar kemungkinan setiap daripada kita pernah menghadiri majlis apresiasi, sama ada sebagai penerima anugerah atau hanya sebagai jawatankuas penganjur.

Di peringkat sekolah mungkin diadakan majlis apresiasi pelajar cemerlang atau apreasiasi bagi pelajar Tingkatan 5 yang baru menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah.

Di peringkat dunia pekerjaan pula mungkin majlis untuk menghargai pekerjaan cemerlang dan yang menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Bagi penjawat awam pula, kebiasaannya setiap tahun akan majlis sempena Anugerah Pekerja Cemerlan (APC) untuk menghargai pekerja terbaik tahunan.

Apa itu Majlis Apresiasi?

Majlis apresiasi adalah sebuah acara yang diadakan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang atau sumbangan yang signifikan dalam bidang tertentu.

Tujuan utama majlis ini adalah untuk menghargai usaha dan dedikasi mereka, serta untuk memberi motivasi kepada orang lain untuk mencapai kecemerlangan yang sama.

Contohnya, dalam konteks pendidikan, majlis apresiasi mungkin diadakan untuk menghargai pelajar yang mencapai keputusan cemerlang atau guru yang menunjukkan dedikasi luar biasa.

Dalam dunia korporat, ia mungkin diadakan untuk mengiktiraf pekerja yang mencapai prestasi kerja yang tinggi atau memberikan sumbangan besar kepada syarikat.

Objektif penganjuran

Dipperingk sekolah, Majlis Apresiasi diaanjurkan diadakan bagi menghargai kejayaan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta menghargai jasa dan pengorbanan guru yang mendidik mereka sehingga berjaya.

Objektif penganjurannya juga untuk menghargai kejayaan pelajar dalam peperiksaan dan memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berjaya.

Selain itu, ia bertujuan melahirkan warga sekolah yang berjaya dan berdaya saing serta dapat melahirkan warga berkualiti.

Di peringkat pekerjaan pulak, majlis sebegini dianjurkan bagi menghargai pekerja cemerlang dan memberi inspirasi kepada rakan sekerja lain untuk memberikan perkhimatan yang cemerlang.

Contoh aturcara majlis

Memandangkan majlis apresiasi dianjurkan untuk menyambut dan menghargai seseorang individu, maka seharusnya aturcara majlis memfokuskan kepada aktiviti pemberian anugerah / hadiah sebagai penghargaan kepada individu yang diraikan.

Skrip pengacara majlis

Skrip pengacara majlis bagi majlis sebegini mestilah berpandukan kepada aturcara majlis yang telah disusun oleh pihak penganjur.

  1. Ucapan pembuka bicara
  2. Senarai nama tetamu kehormat beserta jawatan
  3. Ucapan alu-aluan untuk tetamu kehormat
  4. Nyanyian lagu negeri dan Negaraku
  5. Bacaan doa
  6. Jamuan makan (Jika ada)
  7. Aktiviti utama – Pemberian anugerah
  8. Persembahan
  9. Ucapan peutup

Atikel berkaitan: Skrip Pengacara Majlis: Contoh Skrip dan Panduan Mengara Majlis

Doa majlis apresiasi

Sumber: PPHP

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut