LIVE Piala Asia Qatar 2023: Malaysia lwn Jordan

LIVE Piala Asia Qatar 2023: Malaysia lwn Jordan, 16 Januari 2024

Perlawanan Pertama Malaysia di Piala Asia 2023 bertemu Jordan di Stadium Al Janoub jam 1:30 pagi waktu Malaysia.

Ayuh berikan sokongan buat Harimau Malaya kita ! 

Undian Kumpulan

24 pasukan telah pun dibahagikan kepada 4 pot berdasarkan kedudukan semasa Kelayakan Piala Asia tempoh hari.

Malaysia berada dalam Kumpulan E pada kedudukan kedua (E2) hasil undian daripada pot 4.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan jaguh rantau Asia, Korea Selatan yang berada pada kedudukan ke-27 dunia.

Bukan itu sahaja, pasukan dari Pot 2 yang berada bersama Malaysia ialah Jordan dengan negara yang berada pada kedudukan ke-84 dunia itu sah dalam kumpulan E bersama Harimau Malaya.

Pasukan gergasi Asia, Bahrain yang juga lawan sama tatkala Malaysia bertemu dalam aksi Kelayakan Piala Asia bakal menjadi lawan Malaysia sekali lagi apabila turut berada dalam kumpulan E.

Bahrain kini berada pada kedudukan ke-85 dunia sekaligus bakal memberi saingan sengit kepada skuad negara.

Berikut keputusan rasmi undian Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Doha, Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

piala asia 2023

Senarai Pemain Harimau Malaya

Senarai 26 pemain yang membarisi pasukan kebangsaan Malaysia bagi menghadapi Piala Asia 2023 yang akan bermula pada 12 Januari sehingga 10 Februari 2024.

Selamat berjuang, Harimau Malaya!

piala asia 2023

Jadual Perlawanan Piala Asia 2023

Piala Asia akan berlangsung di Qatar bermula pada tanggal 12 Januari hingga 10 Februari 2024 dengan aksi Malaysia bakal menjadi tumpuan buat para penyokong setia negara untuk melihat aksi terbaik ditampilkan.

Berdasarkan kemas kini terbaharu daripada AFC, perlawanan terakhir Kumpulan E, Piala Asia 2023, Republik Korea lwn Malaysia kini akan berlangsung di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar berkapasiti 44,325, berbanding Stadium Abdulllah Bin Khalifa pada jadual asal.

Berikut adalah jadual perlawanan kumpulan E melibatkan skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Asia.

piala asia live malaysia jordan

Untuk melihat jadual perlawanan penuh, sila rujuk lampiran di bawah.

piala asia live

Lihat kemaskini perlawanan dan kedudukan pasukan bertanding di pautan berikut: https://www.the-afc.com/en/national/afc_asian_cup/fixtures__standings.html

Live Streaming Piala Asia 2023 Qatar : Malaysia lwn Jordan

Saksikan perlawanan secara langsung di RTM.

  • Tarikh: 16 Januari 2024 (Selasa)
  • Masa: 1:30 Pagi
  • Venue: Stadium Al-Janoub, Qatar
  • Live : Sukan TV RTM

PAUTAN LIVE STREAMING : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm

Baca juga: LIVE Badminton Terbuka Malaysia 2024 (Malaysia Open) & Jadual

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!