Lavenda Fun Park, Penang – Tiket Masuk & Jenis Permainan [2025]

Lavenda Fun Park, Penang - Tiket Masuk & Jenis Permainan [2025]
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Lavenda Fun Park, Juru Autocity, Penang – Tiket Masuk & Jenis Permainan

Terbaru!

LAVENDA FUN PARK yang terletak di Juru Autocity, Penang adalah satu lagi tempat menarik di Penang yang pastinya bakal menjadikan percutian anda ke Penang lebih seronok. 

Taman tema permainan ini baru dibuka pada bulan 5 April 2025 dan menawarkan lebih 20 tarikan serta hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk

Lavenda Fun Park, Autocity, Juru Penang

LAVENDA FUN PARK adalah merupakan taman hiburan pertama di Penang yang mengetengahkan konsep “non-powered amusement park”, iaitu permainan yang tidak menggunakan tenaga elektrik sebagai tarikan utama. 

Konsep ini bukan sahaja mesra alam tetapi juga menggalakkan interaksi fizikal dan sosial antara pengunjung.

Taman ini menawarkan lebih 20 jenis permainan dan aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur tak kiralah kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa. 

Taman ini juga sering mengadakan acara hiburan secara langsung, persembahan, dan promosi istimewa untuk menarik lebih ramai pengunjung setiap minggu.

@lavenda.fun.park

Opening TOMORROW (Saturday), 5th April 2025‼️ Don’t miss out—watch till the end to find out our ticket prices! See you there👀🎡💜 #LavendaFunPark #Rainbowslide #ComingSoon #opening #familyday #Penang #malaysia #penang

♬ with the IE (way up) – JENNIE

Waktu Operasi & Lokasi

  • Alamat: Juru Auto City Phase 2, Bukit Tengah, 14000 Perai, Pulau Pinang Penang, 13600 Perai, Pulau Pinang, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (5–11 PM), Sabtu & Ahad (5–12 PM)

LAVENDA FUN PARK beroperasi setiap hari tanpa cuti bermula dari jam 5 petang hingga 11 malam. Ini menjadikannya destinasi ideal untuk aktiviti keluarga selepas waktu bekerja atau sekolah serta pilihan utama untuk aktiviti hujung minggu.

Taman ini terletak di kawasan strategik Autocity, Juru iaitu salah satu pusat komersial dan hiburan paling popular di Penang. 

Lokasinya sangat mudah diakses. Terdapat juga kemudahan parkir yang luas untuk kemudahan pengunjung. Selain itu, perkhidmatan e-hailing seperti Grab juga mudah didapati di kawasan ini.

Harga Tiket Masuk

Harga tiket masuk adalah bergantung pada bilangan individu. Rujuk jadual harga tiket masuk ke LAVENDA FUN PARK Juru Autocity, Penang di bawah:

  • Daily Pass – 1 pax: RM 38
  • Family Pass – 4 pax: RM 128
  • Group Pass – 10 pax: RM 250 

Untuk kanak-kanak bawah 2 tahun dan Orang Kurang Upaya, masuk adalah PERCUMA. 

Cara Beli Tiket

Tiket masuk ke taman ini hanya boleh dibeli di kaunter sahaja. Tiket yang telah dibeli boleh digunakan sehingga 30 June 2025. . 

22 Jenis Tarikan/Permainan di Lavenda Fun Park, Autocity, Juru Penang

  1. Six Wheeled Bike
  2. Swing Chair
  3. Beca Ferris Wheel
  4. UFO Swing
  5. Cradle Boat
  6. Lavenda Tower
  7. Didi Slide
  8. Kitty Slide
  9. Tunnel Slide
  10. Trampoline
  11. Animal Run
  12. Mini Escape
  13. Rope Climbing
  14. Rock Climbing
  15. Roller Coaster
  16. Lavenda Wonders
  17. Hamster Run
  18. Mimi Spin
  19. Naga Swing
  20. Misty Walk
  21. Jumping Panda
  22. Jumping Planet

Tips Penting Sebelum ke LAVENDA FUN PARK Juru Autocity, Penang

  1. Tiket hanya boleh dibeli di kaunter sahaja. 
  2. Sila pakai stokin dan kasut. 
  3. Masuk adalah percuma untuk kanak-kanak bawah 2 tahun dan OKU. 
  4. Tiket masuk sudah termasuk untuk 22 permainan. 
  5. Datang secara berkumpulan untuk dapatkan tiket masuk yang lebih murah!

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor whatsApp berikut: 017 – 327 2208 (Steven Lee). Atau, layari Facebook Lavenda Fun Park & Tiktok Lavenda Fun Park.

Jangan lupa datang dan selamat berseronok!

BACA JUGA: Tiket Kids CEO Playland, Penang – Harga Tiket Masuk

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: