Koleksi Latihan Matematik Tahun 6

latihan matematik tahun 6
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Murid Tahun 6 adalah digalakkan untuk melakukan latihan Matematik Tahun 6 bagi memastikan mereka menguasai subjek ini.

Melalui latihan latih tubi, penguasaan murid akan meningkat dan menguasai dengan baik dalam subjek ini.

Mengenai Matematik

Matematik adalah suatu cabang ilmu yang mengajar manusia berfikir secara logik melalui pembuktian dengan bahasa tersendiri yang mampu mengungkapkan konsep yang terkandung di dalamnya. 

Dalam erti kata lain, matematik ialah pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.

Perkembangan ilmu dan aplikasi matematik telah menghasilkan banyak inovasi dan penghasilan banyak teknologi baru hingga ke hari ini.

illustration of chalkboard with math formula

Tips Menguasai Mata Pelajaran Matematik

Untuk menguasai mata pelajaran Matematik, antara tips yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

  • Fahami konsep asas Matematik:  Konsep asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi merupakan titik asas yang perlu dikuasai, selain perpuluhan, pecahan dan banyak lagi. Apabila konsep asas dikuasai, murid lebih mudah faham bila belajar sesuatu melibatkan beberapa operasi Matematik.
  • Menghafal sifir: Menghafal sifir penting bagi memastikan semua operasi darab atau bahagi dapat dikuasai oleh murid.
  • Membuat latihan dengan kerap: Membuat latihan dengan kerap dapat memastikan murid mahir untuk menjawab soalan-soalan Matematik dengan mudah. Semakin banyak murid membuat latihan, mereka akan semakin cekap menjawab soalan.
  • Belajar secara berkumpulan: Belajar secara berkumpulan memberi peluang untuk bertukar pandangan dan formula bersama-sama rakan-rakan. Ini juga juga dapat melatih pemikiran murid untuk fokus terhadap persoalan yang diberi dan menajamkan daya ingatan dalam subjek ini.
  • Tanamkan pemikiran subjek Matematik adalah mudah: Yakinkan diri bahawa belajar Matematik amat mudah. Ini akan memastikan subjek ini mudah untuk difahami dan gembira untuk belajar. 

Muat Turun Latihan

Berikut merupakan modul latihan Matematik bagi Tahun 6:

Info Lanjut

Untuk memahami lebih lanjut mengenai Matematik Tahun 6, sila layari pautan https://www.youtube.com/watch?v=IXoAIKI-M_U&list=PLTiFz0t_6FntlRi9DooPrmqzAHcm0xIDf

Baca juga: Latihan Matematik Tingkatan 3 & Sukatan Pelajaran

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut