Larangan Membuat Penyataan Awam Bagi Penjawat Awam

larangan membuat penyataan awam
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Penjawat awam diingatkan untuk patuh kepada pekeliling larangan membuat penyataan awam yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Ini berikutan penggunaan media sosial yang meluas dalam kalangan rakyat termasuk penjawat awam memungkinkan adanya berlaku perkara tersebut.

Jika penjawat awam gagal mematuhi larangan tersebut, mereka akan diambil tindakan termasuklah tindakan tatatertib.

Maksud Penyataan Awam

Penyataan awam bermaksud apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan tanpa mengambil kira caranya.

Ini bermakna, penyataan awam merujuk kepada kenyataan atau ulasan yang dibuat secara umum sama ada berbentuk ucapan atau tulisan yang boleh diketahui oleh umum.

Larangan Membuat Penyataan Awam

Pegawai awam di Malaysia tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu; dan/atau memalukan atau memburukkan nama Kerajaan.

Larangan ini telah dikeluarkan sejak 1993 menerusi Pekeliling Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – P.U.(A)395/1993.

Peraturan ini dibuat di bawah Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Perintah-Perintah Am (Kelakuan dan Tatatertib) Bab D 1980.

Peraturan 19(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan bahawa seseorang pegawai awam TIDAK BOLEH secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:

  • Membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu;
  • Membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan;
  • Membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan; atau
  • Mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.

Selain itu, Peraturan 19(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan bahawa seseorang pegawai awam TIDAK BOLEH secara lisan atau bertulis tanpa kebenaran bertulis YB Menteri:

  • Membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan;
  • Memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi Kerajaan;
  • Memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan Kerajaan; atau
  • Menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.

Rasional Larangan Membuat Penyataan Awam

Rasional larangan ini dibuat adalah untuk:

  • Pembangunan modal insan minda kelas pertama melalui kelakuan yang baik.
  • Supaya pegawai awam memahami, menghayati dan membudayakan tatakelakuan sebagai seorang penjawat awam.
  • Memelihara imej perkhidmatan awam.

Aduan Kesalahan Penjawat Awam

Penjawat awam yang didapati melanggar kesalahan adalah menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) menerusi pautan https://pcb.spab.gov.my.

Antara jenis aduan kesalahan yang boleh diadukan adalah:

  • Kelewatan atau tiada tindakan
  • Kegagalan penguatkuasaan
  • Tindakan tidak adil
  • Kekurangan kemudahan awam
  • Salah guna kuasa/penyelewengan
  • Salah laku anggota awam
  • Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang
  • Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan termasuk kaunter dan telefon

Muat Turun Surat Pekeliling

Surat pekeliling berkenaan hal ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Baca juga: e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Gaji Penjawat Awam Online

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut