Sekiranya anda pernah bersekolah rendah kebangsaan di negeri Selangor, anda pastinya pernah menyanyikan Lagu Negeri Selangor.
Selain lagu Negaraku, Lagu ini biasanya akan dinyanyikan oleh para pelajar sewaktu perhimpunan pada waktu pagi.
Oleh itu, bagi kebanyakan pelajar yang pernah belajar di sekolah rendah di Selangor, lagu ini sememangnya sudah lama dihafal.
Pengenalan
“Duli Yang Maha Mulia” adalah ialah tajuk lagu Negeri Selangor yang mula digunakan secara rasmi oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 1967.
Penulis lirik tidak diketahui, tetapi muziknya ditulis oleh Saiful Bahri yang juga menulis dan mencipta lagu negeri Melaka, Melaka Maju Jaya.
Ungkapan “Duli Yang Maha Mulia” ini juga merupakan gelaran diraja, bersamaan dengan “Yang Mulia”, digunakan untuk merujuk kepada raja-raja negeri di Malaysia.
Artikel menarik: SPN Selangor: Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Selangor
Sejarah
Lagu Selangor yang pertama digubah pada tahun 1908 berdsarkan tafsiran semula lagu rakyat Chantek Manis oleh Daniel Ortego.
Liriknya adalah seperti berikut:
Allah selamatkan Duli Yang Maha Mulia,
Kekal dan selamat di-atas Takhta,
Panjangkan umur dan aman sentosa,
Adil mewah murah memerintah rata,
Daulat!
Pada tahun 1967, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor ketika itu, mengumumkan bahawa lagu itu akan digantikan dengan lagu negeri yang digunakan sehingga sekarang.
Lirik Lagu Negeri Selangor
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia
Audio & Video Lagu Negeri Selangor
Sekiranya anda belum pernah mendengar lagu ini, sila tonton video di atas untuk mengetahui bagaimana irama lagu ini dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi.
Sumber : SUK Selangor
Kontroversi
Seperti mana yang diketahui ramai, lirik Lagu Negeri Selangor ini ditulis oleh Allahyarham Saiful Bahri Elyas yang turut menghasilkan lagu negeri Melaku.
Walau bagaimanapun, waris-waris Allahyarham mendakwa mereka belum mendapat pengiktirafan dalam tuntutan hak cipta lagu ini biarpun ia diperjuangkan sejak 1993.
Malah menurut mereka, mereka masih menanti perkembangan hadiah sebuah rumah yang pernah dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor walaupun surat pernah dikeluarkan mengenainya.
Terdahulu, media melaporkan Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan janji menghadiahkan sebuah banglo bernilai RM1 juta kepada waris pencipta lagu itu ditunaikan sebelum akhir 2022.
Lagu Kita Selangor
Baca lagi: Senarai Pasar Malam Selangor