SPAK – Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (KEMAS)

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SPAK) TABIKA KEMAS SIRI 2 TAHUN 2024 (kis.kemas.gov.my)

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) TABIKA/TASKA KEMAS bagi tahun 2024.

Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 4 Mac 2024 (Isnin) hingga 17 Mac 2024 (Ahad).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan tawaran ini.

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Siri 2/2024 (SPAK KEMAS)

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

MAKLUMAT KURSUS

  • Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
  • Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. 

sijil pendidikan awal kanak-kanak kis kemas spakk

SYARAT KELAYAKAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Diploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
  4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
  6. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
  7. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.

Cara Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) KEMAS 2024

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://kis.kemas.gov.my

Sila rujuk langkah-langkah pendaftaran dan permohonan online seperti berikut:

sijil pendidikan awal kanak-kanak spak kis kemas
sijil pendidikan awal kanak-kanak spak kis kemas
sijil pendidikan awal kanak-kanak spak kis kemas
sijil pendidikan awal kanak-kanak spak kis kemas
sijil pendidikan awal kanak-kanak spak kis kemas

Baca juga:

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan

Calon-calon Temuduga kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) yang telah berlangsung boleh mula menyemak keputusan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Semakan boleh dibuat melalui pautan https://kis.kemas.gov.my/

spakk 2024 kis kemas

PERHATIAN BAGI CALON YANG BERJAYA : Kursus akan bermula pada 8 Januari hingga 6 April 2024 nanti.

Maklumat Lanjut Permohonan Online (kis.kemas.gov.my)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran dan pautan di bawah : https://kis.kemas.gov.my

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!