Cadangan Sistem Kupon Beli Minyak Masak Bersubsidi

kupon minyak masak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cadangan Sistem Kupon Pembelian Minyak Masak Bersubsidi

Cadangan penggunaan sistem kupon pembelian minyak masak pek polibeg satu kilogram bersubsidi akan dibawa pada Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, selain disasarkan kepada isi rumah B40, sistem kupon berkenaan turut dinikmati pengusaha industri Kecil Dan Sederhana (IKS).

Adakah anda bersetuju dengan sistem ini? Ikuti berita selanjutnya di bawah.

Cadangan Sistem Kupon Beli Minyak Masak Bersubsidi

PUTRAJAYA: Cadangan penetapan harga melalui sistem dua peringkat dan kupon pembelian minyak masak peket bersubsidi akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata kedua-dua cadangan tersebut merupakan hasil sesi libat urus yang diadakan hari ini bersama pemain industri dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak.

“Pelaksanaan harga minyak masak dua peringkat yang dicadangkan MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) ini akan diperincikan dan mengambil kira semua aspek.

“Cadangan kupon pula telah dikemukakan menteri sebelum ini tetapi masih belum dilaksanakan. Jadi kedua-dua cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat NACCOL,” katanya.

Salahuddin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak Malaysia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di sini.

Semalam media melaporkan, Salahuddin akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket bersubsidi hari ini bagi mengenal pasti situasi sebenar dan mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan kedua-dua barangan tersebut.

minyak masak kupon

Menyifatkan sesi libat urus itu sebagai suatu perbincangan terbuka antara kementerian dan pemain industri, Salahuddin yang juga urus setia NACCOL berkata cadangan yang dikemukakan amat berguna dan akan dicerakinkan secara terperinci sebelum sebarang keputusan atau polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan.

“Ini bagi memastikan situasi menang-menang dapat dihasilkan kepada pengilang, peniaga dan pengguna,” katanya.

Pada mesyuarat 27 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan NACCOL untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.

BERNAMA

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut