Kombucha: 7 Khasiat Menakjubkan & Cara Buat Sendiri di Rumah

Kombucha
Kombucha: Minuman Berfermentasi dengan 1001 Khasiat Kesihatan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kombucha ialah minuman teh berfermentasi yang kaya dengan probiotik dan semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar gaya hidup sihat.

Selain menyegarkan, ia turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Menariknya, and juga boleh disediakan sendiri di rumah dengan bahan dan langkah yang mudah.

Nak tahu lebih lanjut, jom baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Jintan Putih – 10 Khasiat Terbaik untuk Kegunaan Harian

Apa itu Kombucha

kombucha

Kombucha ialah minuman berkarbonat semula jadi yang dihasikan melalui proses fermentasi teh bersama gula, bakteria dan yis. Minuman ini biasanya dibuat menggunakan teh hijau atau teh hitam, dan proses fermentasinya menghasilkan cecair yang mengandungi cuka, vitamin V, serta pelbagai jenis asid termasuk asid amino yang bermanfaat untuk tubuh.

Walaupun kadangkala dikenali sebagai kombucha mushroom tea, ia sebenarnya tidak diperbuat daripada cendawan. Sebaliknya, bahan yang dikenali seperti “mushroom” itu ialah SCOBY (Symbiotic Colony of Bacteria and Yeast), iaitu koloni bakteria dan yis yang hidup bersama secara simbiotik.

SCOBY ini ditambah ke dalam larutan teh manis, dan proses fermentasi selama beberapa hari atau minggu akan berlaku, menghasilkan minuman berasid yang mempunyai rasa sedikit masam, manis, dan berkarbonat secara semula jadi.

Kombucha telah wujud lebih dari 2,000 tahun, berasal dari China sebelum tersebar ke Jepun dan Rusia.

Ia mula dikenali di Eropah pada awal abad ke-20, dan popularitinya semakin meningkat di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan reputasinya sebagai minuman kesihatan dan tenaga.

Hukum Minum Teh Kombucha

Menurut Irsyad Hukum Siri Ke-894: Hukum Meminum Teh Kombucha yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, hukum minum teh kombucha adalah harus.

Asasnya, anda perlu faham bahawa apa jua jenis tumbuhan yang tidak beracun dan digunakan dalam makanan atau minuman.

Sungguhpun, teh kombucha melalui proses fermentasi sehingga menghasilkan etanol atau alkohol, namun ia bukan tujuan utama pembuatan makanan itu, sebaliknya hanya kesan sampingan. 

Anda juga perlu lebih cakna membezakan antara arak dan alkohol seperti berikut:

  1. Arak menyebabkan kemabukan
  2. Alkohol seperti etanol boleh menyebabkan keracunan yang boleh membawa kematian jika melebihi kadar yang selamat digunakan

Justeru, alkohol itu sendiri tidak dianggap najis selagi ia tidak diperoleh daripada proses pembuatan arak atau minuman yang memabukkan.

Begitu juga, minuman yang mengandungi sedikit alkohol yang bukan berasal daripada pembuatan arak, dan tidak bersifat memabukkan, adalah dibolehkan untuk dimakan atau diminum.

Untuk menentukan sama ada haram atau harus minum produk teh kombucha adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:

  1. Jika kandungan alkohol dalam teh kombucha melebihi 0.5%, maka hukumnya haram diminum kerana ia boleh termasuk dalam kategori memabukkan.
  2. Jika kandungan alkohol kurang daripada 0.5% dan tidak memudaratkan, maka hukumnya halal diminum kerana tidak termasuk dalam larangan syarak.

Hari ini terdapat pelbagai produk teh kombucha yang mempunyai sijil Halal JAKIM. Oleh itu, anda mempunyai lebih banyak pilihan yang lebih dipercayai dan diyakini di sisi Islam untuk menggunakannya.

Cara Buat Kombucha

Berikut ialah cara buat kombucha secara ringkas tetapi lengkap, termasuk bahan, langkah-langkah penyediaan, serta beberapa tip penting untuk hasil yang berjaya:

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 1 balang kaca (kapasiti 1 liter atau lebih – elakkan plastik dan logam)
  • 1 liter air (air tapis atau air kosong)
  • 7–8 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil serbuk teh atau 1–2 uncang teh (teh hijau/hitam)
  • 1/2 – 1 cawan starter tea (air teh kombucha dari peraman sebelumnya)
  • 1 ketul SCOBY (juga dikenali sebagai cendawan Mekah/mud2)
  • Kain nipis/tisu dapur dan getah (untuk menutup mulut balang)
  • Sudu/senduk kayu atau plastik

Langkah-Langkah Penyediaan Kombucha:

  1. Simpan 2 cawan daripada 1 liter air untuk dibancuh teh. Didihkan, kemudian rendam serbuk teh atau uncang teh selama 10 minit. Tapis dan buang sisa teh, masukkan gula, kacau hingga larut.
  2. Tuangkan air teh manis ke dalam balang kaca, campurkan baki air kosong. Biarkan ia sejuk sepenuhnya – suhu suam pun boleh merosakkan SCOBY.
  3. Setelah sejuk, masukkan SCOBY dan starter tea ke dalam balang.
  4. Tutup mulut balang dengan kain nipis/tisu dapur dan ikat dengan getah. Jangan guna penutup asal balang. Simpan di tempat gelap dan bersih selama 7–12 hari. Labelkan tarikh peraman.
  5. Jangan goyangkan balang kerana baby SCOBY (anak cendawan Mekah) biasanya terbentuk pada hari ke-3 hingga ke-5 dan sangat mudah koyak jika diganggu.

Selepas Proses Peraman:

  • Tapis kombucha tea dan simpan dalam botol kaca. Boleh disimpan dalam peti sejuk atau suhu bilik.
  • Kombucha boleh tahan lebih sebulan jika disimpan dengan betul.
  • Gunakan kombucha sebagai minuman harian atau pengganti cuka dalam masakan.
  • SCOBY yang telah digunakan boleh digunakan semula atau disimpan bersama air teh untuk digunakan pada masa depan.

Penambahan Perisa (Optional):

  • Tambahkan jus buah asli tanpa gula atau potongan buah segar (contohnya nenas) ke dalam kombucha yang telah ditapis.
  • Simpan di dalam peti sejuk dan minum sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan.

Tip & Peringatan Penting:

  • WAJIB guna balang kaca untuk elakkan pencemaran bahan kimia.
  • Elakkan guna peralatan logam atau aluminium, kerana ia boleh merosakkan bakteria baik dalam kombucha.
  • Pastikan semua peralatan dan tangan bersih – boleh bilas tangan dengan air tapis selepas dicuci.
  • Jika tak mahu terus hasilkan kombucha, simpankan SCOBY dalam balang berisi air teh peraman lama, tutup rapat dan simpan di suhu bilik.

Baca juga: Cara Makan Shilajit dengan Betul – Resin, Serbuk atau Kapsul?

Beli Kombucha Asli di sini: Boomchaz Xtive 20 Billion CFU – Kombucha Probiotics On The Go (Halal)

Khasiat Kombucha

1. Sumber Probiotik Semula Jadi

Kombucha dihasilkan melalui proses fermentasi yang melibatkan teh manis, bakteria dan yis. Proses ini menghasilkan pelbagai jenis mikroorganisma hidup yang dikenali sebagai probiotik.

Probiotik ini membantu menyeimbangkan bakteria baik dalam usus dan meningkatkan penghadaman.

Walau bagaimanapun, tahap dan jenis probiotik dalam kombucha boleh berbeza-beza bergantung kepada kaedah pembuatan dan masa fermentasi, dan belum ada kajian muktamad yang mengesahkan kandungan probiotik dalma kombucha setara dengan suplemen atau yogurt.

2. Sumber Antioksidan

Kombucha yang diperbuat daripada teh hijau atau teh hitam mengandungi antioksidan seperti polifenol dan katekin.

Antioksidan berfungsi melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, yang boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit kronik.

Kandungan antioksidan dalam kombucha dipengaruhi oleh jenis teh dan tempoh fermentasi, namun ia tetap dianggap sebagai salah satu manfaat penting minuman ini.

3. Mengandungi Vitamin dan Mineral

Semasa yis memecahkan gula dalam proses fermentasi, kombucha menghasilkan vitamin C dan kumpulan vitamin B seperti B1 (tiamin), B6 dan B12.

Vitamin-vitamin ini penting untuk metabolisme, sistem saraf dan tenaga. Kandungannya mungkin kecil, namun tetap memberikan sumbangan kepada diet harian secara semula jadi.

4. Bersifat Anti-Kulat

Kombucha mengandungi asid asetik (komponen utama dalam cuka) yang boleh menyekat pertumbuhan bakteria dan kulat yang tidak diingini.

Selain itu, sebatian semula jadi dalam teh seperti polifenol juga menyokong pertumbuhan bakteria baik dan menghalang mikroorganisma berbahaya.

5. Menyokong Kesihatan Jantung

Beberapa kajian haiwan mendapati pengambilan kombucha boleh membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Tambahan pula, antioksidan dalam teh hijau membantu melindungi kolesterol daripada proses pengoksidaan faktor utama yang menyumbang kepada penyakit jantung.

Walaupun kajian manusia masih terhad, potensi ini menjadikan kombucha satu pilihan minuman yang baik untuk kesihatan kardiovaskular.

6. Meningkatkan Kesihatan Hati

Walaupun hati secara semula jadi berfungsi sebagai organ detoksifikasi, kombucha mungkin membantu mereka yang mempunyai masalah hati seperti Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD).

Kajian haiwan pada tahun 2013 menunjukkan bahawa probiotik dalam kombucha boleh mengurangkan kerosakan hati dan mengurangkan tahap keparahan NAFLD.

Namun begitu, kajian ini belum dibuktikan dalam manusia, dan penyelidikan lanjutan masih diperlukan.

7. Mengurangkan Berat Badan

Tiada bukti saintifik yang menyatakan kombucha boleh membakar lemak atau mengurangkan berat badan secara langsung.

Namun, kandungan probiotik dan sifat anti-radang dalam kombucha boleh menyokong keseimbangan gula darah dan kesihatan usus, dua faktor yang penting dalam pengurusan berat badan.

Kombucha juga boleh menjadi alternatif lebih sihat berbanding minuman manis bergula tinggi, selagi ia diambil secara sederhana.

Kesan Sampingan

Kombucha boleh menyebabkan kesan sampingan seperti perut kembung, angin dan ketidakselesaan penghadaman, terutama bagi mereka yang sensitif. Oleh itu, disarankan untuk minum dalam kuantiti kecil dahulu.

Individu yang imun lemah, hamil, menyusu atau ingin elak alkohol juga perlu berhati-hati kerana kombucha mengandungi sedikit alkohol hasil fermentasi.

Baca juga: Jintan Manis – Rempah Aromatik dengan 6 Khasiat Menakjubkan

Soalan Lazim Tentang Kombucha

1. Apa itu kombucha?

Kombucha ialah minuman berfermentasi yang diperbuat daripada teh (biasanya teh hijau atau teh hitam), gula, bakteria dan yis. Ia mengandungi probiotik semula jadi, asid amino, dan vitamin B.

2. Apa maksud SCOBY dalam kombucha?

SCOBY ialah singkatan kepada Symbiotic Colony of Bacteria and Yeast. Ia adalah koloni bakteria dan yis yang diperlukan untuk menapai teh manis dan menghasilkan kombucha.

3. Adakah kombucha mengandungi alkohol?

Ya, tetapi dalam jumlah yang sangat kecil (biasanya kurang dari 0.5%), hasil daripada proses fermentasi. Jumlah ini masih dianggap halal oleh sebahagian pihak, tetapi ada juga yang memilih untuk mengelaknya.

4. Apakah rasa kombucha?

Kombucha mempunyai rasa masam-manis, sedikit berkarbonat dan kadangkala berbau seperti cuka. Rasa boleh berbeza-beza bergantung pada jenis teh, tempoh fermentasi dan bahan perasa tambahan.

5. Apa manfaat kesihatan kombucha?

Kombucha dikatakan dapat:

– Menyokong kesihatan usus melalui probiotik
– Meningkatkan tenaga
– Menguatkan sistem imun
– Membantu detoksifikasi

Namun, kajian saintifik lanjut masih dijalankan untuk menyokong manfaat-manfaat ini secara menyeluruh.

6. Siapa yang tidak digalakkan minum kombucha?

Wanita mengandung, menyusu, pesakit yang mempunyai sistem imun lemah atau masalah hati harus mendapatkan nasihat doktor sebelum minum kombucha, kerana kandungan bakteria dan yis mungkin memberi kesan sampingan.

7. Bolehkah kombucha dibuat sendiri di rumah?

Ya, kombucha boleh dibuat sendiri menggunakan teh, gula, dan SCOBY. Namun, kebersihan dan langkah pembuatan mesti dijaga rapi kerana risiko pencemaran boleh menyebabkan pembentukan bakteria berbahaya.

8. Berapa kerap boleh minum kombucha?

Untuk pemula, disarankan untuk minum dalam kuantiti kecil dahulu (sekitar 100-150ml sehari) dan lihat reaksi tubuh. Jika tiada kesan sampingan, boleh tingkatkan secara beransur.

9. Adakah kombucha sesuai untuk kanak-kanak?

Disebabkan kandungan kafein dan alkohol dalam jumlah kecil, kombucha tidak digalakkan untuk kanak-kanak kecil tanpa nasihat doktor.

10. Di mana boleh beli kombucha?

Kombucha boleh didapati di pasar raya besar, kedai makanan kesihatan, kedai organik atau secara dalam talian. Terdapat banyak jenama tempatan dan antarabangsa yang menawarkan pelbagai perisa.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut