Semakan Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2024/2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MAKLUMAN TARIKH SEMAKAN PENERIMAAN TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ PROFESIONAL MARA

Sistem Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) boleh diakses bermula pada:

  • Tarikh: 28 Oktober 2024 hingga 3 November 2024
  • Masa: 3.00 petang

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang senarai cara membuat semakan permohonan bagi Kolej Profesional MARA, Kolej MARA dan program pengajian yang ditawarkan.

Pengenalan

Kolej Profesional Mara (KPM) menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam pelbagai bidang.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2023 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 3 2024/2025 ypengambilan November.

Program diploma KPM merupakan peluang pengajian yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.

KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran.

Program ini terdiri daripada empat belas (15) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:

  1. Diploma in Accounting (DIA)
  2. Diploma in Business Information Technology (DBIT)
  3. Diploma in Business Studies (DBS)
  4. Diploma in Computer Science (DCS)
  5. Diploma In Creative Digital Media Production(DCD)
  6. Diploma in Computer Science + SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification
  7. Diploma in Marketing
  8. Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC)
  9. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
  10. Diploma in Halal Industry + Halal Executive Certification (DHI)
  11. Diploma in Integrated Logistics Management + Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM)
  12. Diploma in International Business (DIB)
  13. Diploma in Islamic Finance + Associate Qualification In Islamic Finance (DIF)
  14. Diploma in Landscape & Horticulture (DLH)
  15. Intensive English Programme (IEP)

5 Kluster Yang Ditawarkan

Terdapat lima jenis kluster yang ditawarkan iaitu seperti:

  • Kluster Pengurusan Perniagaan & Keusahawanan
  • Kluster Teknologi Maklumat dan Media Kreatif
  • Kluster Perbankan dan Kewangan
  • Kluster Landskap & Hortikultur
  • Kluster Bahasa Inggeris & Komunikasi
  • Industri Halal

Semakan Permohonan

MAKLUMAN TARIKH SEMAKAN PENERIMAAN TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ PROFESIONAL MARA

Sistem Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) boleh diakses bermula pada:

Tarikh: 28 Oktober 2024 hingga 3 November 2024
Masa: 3.00 petang

Pautan Semakan :
https://hi-edu.my/
https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/

semakan kolej mara

Tarikh Permohonan Kolej Profesional MARA / Kolej MARA Sesi 3 Tahun 2024/2025

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) bermula 26 September 2024 sehingga 16 Oktober 2024.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Oktober 2024 pada jam 11:59 malam. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

semakan kolej mara

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon sahaja.

Syarat Kelayakan

Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan di pautan berikut: https://hi-edu.my/programkpm/

semakan kolej mara
semakan kolej mara
semakan kolej mara
semakan kolej mara
semakan kolej mara

Cara Memohon Kolej Profesional MARA / Kolej MARA Sesi 3 (2024/2025)

Permohonan boleh dilakukan melalui laman sesawang MARA (http://www.mara.gov.my) serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) (https://hiedu.my/)

NOTA:

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Penilaian Khas: Ujian Bertulis / Sesi Temuduga

Calon yang memohon kemasukan ke program Diploma Creative Digital Media and Production (DCD) akan dipanggil untuk menjalani penilaian khas.

Hanya calon yang menepati syarat kelayakan sahaja akan dipanggil melalui SMS/email/whatsapp.

NOTA: Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan. (https://hi-edu.my/programkpm/)

Kriteria Pemilihan

Memenuhi Syarat Am kemasukan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa
  • Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun

MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:

  • Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

Senarai Program Diploma Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA (KPM)

Program ini terdiri  lima  belas (15) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:

  1. Diploma in Accounting (DIA)
  2. Diploma in Business Information Technology (DBIT)
  3. Diploma in Business Studies (DBS)
  4. Diploma in Computer Science (DCS)
  5. Diploma In Creative Digital Media Production(DCD)
  6. Diploma in Computer Science + SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification
  7. Diploma in Marketing
  8. Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC)
  9. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
  10. Diploma in Halal Industry + Halal Executive Certification (DHI)
  11. Diploma in Integrated Logistics Management + Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM)
  12. Diploma in International Business (DIB)
  13. Diploma in Islamic Finance + Associate Qualification In Islamic Finance (DIF)
  14. Diploma in Landscape & Horticulture (DLH)
  15. Intensive English Programme (IEP)

Rujuk senarai kursus dan penerangan lanjut melalui infografik di bawah:

kolej profesional mara 2023
kolej profesional mara
kolej profesional mara kpm
kolej profesional mara kpm
kolej profesional mara kpm

Program Asasi Kolej MARA

Bagi lepasan calon SPM 2023 pertama kali, anda juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Kolej MARA dan seterusnya melayakkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran MARA ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di:

  • Universiti Awam (IPTA),
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), atau
  • Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terpilih

Program Asasi Kolej MARA ini merupakan program kepada pelajar Bumiputera bagi mengikuti pengajian di peringkat Asasi di Kolej MARA dalam kluster Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains.

Program pengajian ini terdiri daripada senarai seperti berikut:

  1. Asasi Perniagaan.
  2. Kejuruteraan dan Teknologi.
  3. Asasi Sains.

*Sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Program Asasi KolejMARA untuk butiran lanjut

Syarat AM Kemasukan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat Kemasukan SPM

Memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek:

  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Satu (1) subjek lain
  4. Lulus Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya Gred D

*Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Inggeris.

*Calon yang mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris perlu lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) dengan minimum Gred C.

Kenapa Perlu Belajar Di Sini?

  • Yuran pengajian ditaja
  • Ada Elaun Sara Hidup RM300 (tak perlu bayar balik)
  • Kemudahan penginapan asrama disediakan
  • Jaminan pekerjaan keboleh pasaran melebihi 80%
  • Peluang melanjutkan pengajian di “dalam & luar negara* dengan tajaan MARA
  • Peluang menjadi Usahawan
  • Kemudahan pembelajaran yang kondusif
  • Dwi – Pensijilan di mana Kerjasama strategik Bersama badan professional.
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan pergi & balik bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Pengiktirafan Kualiti Program MQA
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
  • Pembelajaran Berasaskan Pengeluaran Produk (Production Based Education – PBE) / Teaching Factory
kolej profesional mara

KEISTIMEWAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.

Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di Kolej Profesional MARA.

Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.

Tarikh – tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting untuk permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA ini adalah seperti ketetapan berikut:

  • Permohonan Dibuka : 26 September 2024
  • Permohonan Ditutup : 16 Oktober 2024
  • Semakan Permohonan : akan dimaklumkan kelak
  • Semakan Rayuan Fasa 1 : akan dimaklumkan kelak
  • Semakan Rayuan Fasa 2 : akan dimaklumkan kelak
  • Tarikh Lapor Diri di Kolej Profesional MARA : akan dimaklumkan kelak
  • Tarikh Lapor Diri di Kolej MARA : akan dimaklumkan kelak

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan :

Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM bermula pada akan dimaklumkan kelak.

Pautan semakan: https://hi-edu.my/

Tarikh Permohonan Rayuan :

Bagi calon yang tidak Berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang bermula (akan dimaklumkan kelak).

Garis Panduan Permohonan

Soalan Lazim – FAQ

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Intensif Bahasa Inggeris (Intensive English Program (IEP)?

Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) adalah program jangka pendek (2 bulan) untuk pelajar yang mendapat sekurang- kurangnya 3 KEPUJIAN dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tetapi TIDAK MENDAPAT KEPUJIAN dalam subjek Bahasa Inggeris.

Info lanjut Program IEP di sini: https://drive.google.com/file/d/1niyg_A2fo3nf2zwF6cqVaN7XYMwDQYOg/view

Maklumat Lanjut

Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut

*Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-26134074 / 75 / 76 /77 /83 /84 /85

Sila layari pautan untuk MEMOHON & MAKLUMAT LANJUT: https://hi-edu.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut