Keputihan Kuning Dengan Bau Busuk, Ketahui 5 Puncanya

keputihan kuning
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Keputihan boleh keluar dengan beberapa keadaan warna termasuklah keputihan kuning.

Namun adakah keputihan kuning ini normal atau sebaliknya petanda kepada jangkitan alat kelamin wanita yang lebih serius?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah keputihan kuning yang perlu kaum wanita tahu dan cara merawatnya.

Baca juga:

Apa itu keputihan kuning?

keputihan kuning
Bodyform

Keputihan kuning boleh bermaksud kepada dua keadaan sama ada terdapat jangkitan di alat kelamin ataupun tidak.

Jika keputihan kuning itu berwarna kuning pucat, tidak berbau, dan tidak disertai dengan gejala lain, anda tidak perlu bimbang tentangnya.

Namun jika keputihan yang keluar itu berbau, berwarna kuning pekat, dan anda merasakan adanya gejala yang tidak lazim, ia mungkin petanda kepada jangkitan seksual (STI) atau jangkitan bakteria.

Punca keputihan kuning

Terdapat beberapa punca keputihan kuning berlaku kepada kaum wanita. Antara sebabnya adalah seperti:

1. Sengugut

Semasa pertengahan haid, jumlah cecair dalam faraj akan meningkat dan mempunyai konsistensi seperti putih telur.

Walau bagaimanapun, apabila keputihan ini bereaksi dengan udara, ia boleh menyebabkan proses pengoksidan berlaku.

Hasilnya keputihan tadi bertukar kepada warna berkrim, keruh atau kekuningan terang. Semua warna ini adalah normal.

2. Keputihan kuning di awal kehamilan

Keputihan kuning juga boleh keluar sebagai salah satu tanda di awal kehamilan. Semasa hamil, badan anda akan akan membuat persediaan untuk melahirkan anak dengan melembutkan serviks dan dinding faraj.

Untuk menghentikan jangkitan daripada sampai ke rahim, badan perlu menghasilkan lebih banyak keputihan untuk keluar.

3. Vaginitis

Vaginitis adalah sejenis keradangan dalam faraj. Ia termasuklah seperti jangkitan yang berpunca daripada bakteria, virus, atau kulat.

Antara gejala vaginitis adalah seperti:

  • Cairan tidak normal yang mungkin berwarna kuning atau hijau
  • Cairan tidak normal yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan
  • Sakit atau ketidakselesaan semasa melakukan hubungan seks
  • Rasa terbakar semasa kencing
  • Gatal di luar faraj
  • Pendarahan faraj semasa atau selepas melakukan hubungan seks

Rawatan vaginitis biasanya dengan krim faraj atau suppositori yang mengandungi antibiotik, antikulat atau bahan tertentu untuk mengawal keputihan tersebut.

4. Trikomoniasis

Trikomoniasis adalah STI yang disebabkan oleh parasit. Ia adalah jangkitan seksual bukan virus yang paling biasa di dunia. Sesetengah penghidap trikomoniasis tidak mendapat gejala tertentu.

Seseorang yang menghidap trikomoniasis juga akan mendapati keputihan mereka berbuih, warna kekuningan atau kehijauan, dan berbau busuk.

Trikomoniasis boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik iaitu metronidazole yangg diambil dua kali sehari selama 7 hari.

5. Chlamydia dan Gonorrhea

Chlamydia dan Gonorrhea juga adalah STI yang biasa berpunca dari sejenis bakteria. Kedua-duanya ini boleh menyebabkan keputihan kuning dan berbau busuk.

Biasanya, pesakit anda mendapat gejala seperti sakit di bahagian bawah perut atau rasa terbakar semasa membuang air kecil.

Chlamydia boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik (azitromisin atau doxycycline) manakala Gonorrhea dirawat dengan satu suntikan ceftriaxone.

Cara mencegah keputihan kuning

Keputihan adalah kitaran normal yang biasa berlaku pada setiap wanita. Cuma yang membezakan adakah ia normal atau tidak normal.

Walau bagaimanapun, anda boleh memastikan keputihan yang keluar nanti normal dengan sentiasa menjaga kebersihan faraj terutamanya ketika datang haid. Pastikan alat sulit kita sentiasa bersih dan dalam keadaan kering.

Dalam masa yang sama, pastikan juga anda mengamalkan seks yang sihat dengan menggunakan kondom, mengehadkan bilangan pasangan seksual, dan menjalani ujian STI secara berkala.

Bila perlu jumpa doktor

Sekiranya anda bimbang dan risau tentang kesihatan faraj anda, anda tidak perlu teragak-agak untuk mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar sakit puan.

Segeralah berjumpa dengan doktor juga sekiranya anda mendapat tanda-tanda jangkitan serius seperti:

  • Keputihan yang kehijauan dan berbau busuk
  • Demam tinggi dengan menggigil
  • Bengkak dan sakit faraj yang teruk
  • Sakit pelvis atau bahagian bawah perut yang teruk

Hal ini kerana, jika ia tidak dirawat dengan segera terutamanya ketika anda sedang dalam keadaan hamil anda boleh berisiko melahirkan secara pramatang atau bayi lahir dengan berat yang ringan.

Untuk menentukan punca keputihan yang tidak normal, doktor akan bertanya kepada anda tentang simptom yang berlaku, sejarah kesihatan, dan hubungan seksual selama ini.

Rawatan untuk punca keputihan yang tidak normal adalah berbeza-beza dan mungkin termasuk antibiotik atau ubat antikulat.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah keputihan kuning dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Vaginal Discharge: Causes of White, Yellow, and Clear Discharge. Medical News Today
  2. Yellow Discharge: Normal vs. Abnormal Vaginal Fluid. Very Well Health
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut