Kenaikan Gaji Tahunan KGT Penjawat Awam Mengikut Gred SSPA

Kenaikan Gaji Tahunan SSPA
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kenaikan Gaji Tahunan SSPA – Mulai 1 Januari 2026 bakal membawa berita baik kepada penjawat awam seluruh negara. Menerusi penambahbaikan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kerajaan telah menetapkan kadar baharu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang lebih selaras, adil dan kompetitif mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menghargai sumbangan penjawat awam serta memastikan struktur gaji kekal relevan dengan keperluan semasa.

Artikel ini menghuraikan secara ringkas kadar KGT terkini, kumpulan yang terlibat, serta tarikh kuat kuasa yang perlu diberi perhatian.

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Mengikut Gred SSPA Baru

Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam kgt

Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam kgt

Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam kgt
Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam kgt

Kenaikan Gaji Fasa 2 Mulai Januari 2026

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pelarasan gaji baharu dilaksanakan secara berperingkat melalui dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

Untuk Fasa 1, pelaksanaan telah bermula pada 1 Disember 2024. Dalam fasa ini, penjawat awam menikmati kenaikan gaji sebanyak 4% bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan tertinggi, manakala bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional serta pelaksana, kenaikan adalah sebanyak 8% atau minimum RM250.

Seterusnya, Fasa 2 akan bermula pada 1 Januari 2026, di mana kadar kenaikan gaji ditetapkan sebanyak 3% bagi kumpulan pengurusan tertinggi dan 7% bagi kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana.

Kenaikan Gaji Tahunan SSPA
Kenaikan Gaji Tahunan SSPA
Kenaikan Gaji Tahunan SSPA
Kenaikan Gaji Tahunan SSPA

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelarasan gaji bagi Fasa 1 dan Fasa 2, anda boleh merujuk laman media sosial rasmi JPA atau melalui dokumen infografik yang disediakan di bawah.

Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini mengenai Kenaikan Gaji Tahunan SSPA melalui laman web berikut:

FAQ Kenaikan Gaji Tahunan SSPA

PENAMBAHBAIKAN STRUKTUR GAJI

1. Apakah penambahbaikan yang dilaksanakan ke atas struktur gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)?

Penambahbaikan struktur gaji yang dilaksanakan di bawah SSPA adalah meliputi penambahbaikan:

i) Gaji Permulaan Terendah (GPT);
ii) Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM); dan
iii) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

2. Siapakah yang layak menerima penambahbaikan struktur gaji di bawah SSPA?

Pegawai yang menerima opsyen SSPA adalah layak menerima penambahbaikan struktur gaji ini.

3. Adakah pegawai yang menerima opsyen SSPA tetapi belum memenuhi syarat opsyen adalah layak menerima penambahbaikan struktur gaji di bawah SSPA?

Pegawai yang menerima opsyen SSPA tetapi belum memenuhi syarat untuk ditukar lantik kepada skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA adalah tertakluk kepada struktur gaji di bawah SSM secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Gaji pegawai akan diselaraskan dan dipindahkan berdasarkan skim perkhidmatan dan struktur gaji di bawah SSPA sehari selepas pegawai memenuhi syarat pertukaran pelantikan.

4. Bagaimanakah kedudukan pegawai yang menolak opsyen SSPA?

Pegawai yang menolak opsyen SSPA adalah tidak layak menerima penambahbaikan struktur gaji. Pegawai adalah tertakluk kepada struktur gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara KUP.

5. Adakah penambahbaikan struktur JGMM ini turut layak diberikan kepada pegawai yang sedang dipinjam atau ditukar sementara (ke agensi kerajaan, pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta) serta pegawai yang sedang Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji?

Penambahbaikan struktur JGMM ini juga layak diberikan kepada pegawai yang menerima opsyen SSPA dan sedang dipinjam atau ditukar sementara (ke agensi kerajaan, pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta), serta pegawai yang sedang Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji.

GAJI PERMULAAN TERENDAH (GPT)

6. Berapakah amaun Gaji Permulaan Terendah (GPT) Perkhidmatan Awam yang ditetapkan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)?

GPT bagi Perkhidmatan Awam yang ditetapkan di bawah SSPA adalah pada kadar RM1,500.00 sebulan bagi pegawai di Gred 1 selaras dengan penetapan kelayakan masuk minimum dalam Perkhidmatan Awam di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.

7. Siapakah pegawai yang layak menerima GPT?

Penetapan GPT baharu ini hanya terpakai kepada pegawai yang menerima opsyen SSPA. Bagi pegawai Gred 11 (SSM) yang menerima opsyen SSPA tetapi belum memenuhi syarat untuk ditukar lantik kepada skim perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SSPA, sekiranya gaji pegawai setelah diberi pelarasan gaji adalah di bawah daripada GPT, gaji pegawai tersebut akan dipindahkan ke amaun GPT dalam JGMM yang sama (JGMM SSM).

8. Adakah pegawai yang menolak opsyen SSPA layak menerima GPT?

GPT baharu pada kadar RM1,500.00 sebulan adalah tidak terpakai kepada pegawai yang menolak opsyen SSPA.

JADUAL GAJI MINIMUM – MAKSIMUM (JGMM)

9. Apakah penambahbaikan yang dilaksanakan ke atas Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)?

Melalui SSPA, JGMM sedia ada telah ditambah baik dan diseragamkan mengikut gred SSPA selaras dengan penetapan kelayakan masuk minimum dalam perkhidmatan awam berasaskan SPM, penetapan GPT baharu, pemberian pelarasan gaji serta penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan.

Selain itu, JGMM di bawah SSPA diseragamkan mengikut gred iaitu satu JGMM bagi setiap gred. Gaji minimum dan gaji maksimum dalam JGMM turut ditambah baik.

10. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya JGMM pegawai tidak tersenarai di Lampiran D1?

Pegawai yang memerlukan JGMM yang tidak tersenarai seperti di Lampiran D1, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk disediakan suatu JGMM dengan mengemukakan salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini.

TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG)

11. Adakah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) semasa kekal di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)? Adakah TPG pegawai berubah selaras dengan pemberian pelarasan gaji melalui Pekeliling Perkhidmatan ini?

TPG di bawah SSPA kekal pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober. Pemberian pelarasan gaji ini tidak mengubah TPG pegawai kecuali kepada pegawai Gred 11 (SSM) yang terlibat dalam urusan pertukaran pelantikan dan gajinya dipindahkan ke gaji permulaan skim perkhidmatan pegawai atau GPT. TPG pegawai tersebut ditetapkan pada 1 Oktober mulai tahun berikutnya.

KADAR PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT)

12. Apakah kadar pemberian PGT yang layak diterima oleh pegawai di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)?

Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan, pemberian PGT kepada seseorang pegawai yang layak adalah berdasarkan kadar seperti yang berikut:

i) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) iaitu amaun yang digunakan bagi pemberian pergerakan gaji biasa yang ditetapkan mengikut gred dalam JGMM; dan
ii) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan di Gaji Maksimum (KGM) iaitu amaun yang digunakan bagi pemberian pergerakan gaji biasa yang ditetapkan mengikut gred dalam JGMM apabila pegawai menghampiri atau mencapai gaji maksimum.

13. Bagaimanakah kaedah pemberian PGT kepada pegawai yang menolak opsyen SSPA?

Pegawai yang menolak opsyen SSPA adalah kekal menerima pemberian PGT berdasarkan kaedah sedia ada di bawah SSM.

14. Adakah pegawai di bawah SSM yang menolak opsyen SSPA tidak layak menerima PGT setelah mencapai atau menghampiri gaji maksimum?

Pegawai di bawah SSM yang menolak opsyen SSPA adalah layak menerima PGT setelah mencapai atau menghampiri gaji maksimum berdasarkan peraturan sedia ada di bawah SSM.

15. Adakah pegawai di bawah SSM yang menolak opsyen SSPA tidak layak menerima pemberian PGT diawalkan?

Pegawai di bawah SSM yang menolak opsyen SSPA adalah layak menerima pemberian PGT diawalkan berdasarkan peraturan sedia ada di bawah SSM.

16. Apakah yang berlaku sekiranya kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 adalah lebih rendah daripada kadar KGT sedia ada pegawai?

Pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara KUP.

PEMBERIAN PELARASAN GAJI

17. Berapakah kadar pelarasan gaji yang diberikan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (PP Bil. 1/2024)?

Kadar pelarasan yang diberikan oleh kerajaan melalui PP Bil. 1/2024 adalah seperti berikut:

Pengurusan Tertinggi (7%) – Fasa 1: 1 Disember 2024 (4%), Fasa 2: 1 Januari 2026 (3%)
Pengurusan dan Profesional (15%) – Fasa 1: 8% atau minimum RM240, Fasa 2: 7%
Pelaksana (15%) – Fasa 1: 8% atau minimum RM240, Fasa 2: 7%

18. Siapakah pegawai yang layak untuk menerima pemberian pelarasan gaji yang dilaksanakan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)?

Pegawai yang menerima opsyen SSPA dan berada dalam situasi berikut adalah layak untuk menerima pelarasan gaji secara berfasa:

Fasa 1
i) Pegawai yang dilantik sebelum 1 Disember 2024 dan sedang berkhidmat pada 1 Disember 2024; atau
ii) Pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Disember 2024.
Fasa 2
i) Pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2026 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2026; atau
ii) Pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2026.

19. Apakah keadaan yang menyebabkan pegawai tidak layak menerima pelarasan gaji ini?

Pegawai yang tidak layak untuk menerima pelarasan gaji adalah seperti yang berikut:
i) Pegawai yang menolak opsyen SSPA; atau
ii) Pegawai yang tidak lagi berkhidmat pada 1 Disember 2024 (fasa 1) atau 1 Januari 2026 (fasa 2).

20. Adakah pegawai yang bersara pada 1 Disember 2024 layak menerima pelarasan gaji ini?

Pegawai yang bersara pada 1 Disember 2024 adalah tidak layak menerima pelarasan gaji ini kerana tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada 1 Disember 2024.

21. Adakah pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2026 layak menerima pelarasan gaji ini?

Pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2026 adalah layak menerima pelarasan gaji fasa 2 kerana pegawai masih lagi berada dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2026.

22. Adakah pegawai yang menerima opsyen SSPA tetapi belum memenuhi syarat opsyen layak menerima pelarasan gaji ini?

Pegawai yang menerima opsyen SSPA tetapi belum memenuhi syarat opsyen adalah layak menerima pelarasan gaji ini menggunakan JGMM sedia ada di bawah SSM. Gaji pegawai akan diselaraskan dan dipindahkan berdasarkan skim perkhidmatan dan struktur gaji di bawah SSPA sehari selepas pegawai memenuhi syarat pertukaran pelantikan.

23. Adakah pegawai yang pada asalnya menolak opsyen SSPA dan kemudiannya dinaikkan pangkat pada 18 Julai 2025 layak menerima pelarasan gaji ini?

Pegawai yang menolak opsyen SSPA tetapi kemudiannya dinaikkan pangkat sebelum 1 Januari 2026 adalah layak menerima pelarasan gaji bagi fasa 2 sahaja.

24. Adakah pegawai yang dilantik selepas 1 Disember 2024 layak menerima pelarasan gaji ini?

Pegawai yang dilantik selepas 1 Disember 2024 tetapi sebelum 1 Januari 2026 adalah layak menerima pelarasan gaji bagi fasa 2.

25. Adakah pegawai yang sedang dipinjam atau ditukar sementara (ke agensi kerajaan, pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta) serta pegawai yang sedang Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji layak menerima pelarasan gaji ini?

Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji adalah layak mendapat pelarasan gaji di gred hakiki pegawai secara isyarat.
Gaji pegawai yang dipinjam/tukar sementara hendaklah ditetapkan semula selepas pelarasan kepada gaji hakiki.

26. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya gaji maksimum dalam JGMM baharu tidak dapat menampung gaji pegawai selepas pelarasan gaji?

Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan Jadual Gaji Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada Bahagian Gaji dan Elaun, JPA dengan mengemukakan salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini.

27. Adakah pelarasan gaji ini turut diberikan kepada personel MySTEP?

Pemberian pelarasan gaji di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini tidak terpakai kepada personel MySTEP.

28. Apakah kaedah pemberian pelarasan gaji sekiranya tarikh kenaikan pangkat pegawai adalah serentak dengan tarikh pelarasan gaji?

Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya serentak dengan tarikh pelarasan gaji iaitu pada 1 Disember 2024 atau 1 Januari 2026, hendaklah diberi pelarasan gaji terlebih dahulu berdasarkan gred asal, dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berasaskan prinsip kenaikan pangkat atas gaji SSPA.

Baca juga informasi lain berkenaan Gaji Penjawat Awam di Malaysia:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut