Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP (Geran Khas Prihatin)

KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Untuk makluman bagi penerima GKP PERMAI, GKP PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang gagal kredit, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 6 Disember hingga 20 Disember 2021 ini.

Hal ini dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui sebuah siaran di Facebook.

Berikut dikongsikan makluman selanjutnya untuk makluman bersama, khususnya penerima Geran Khas Prihatin.

Kemaskini Maklumat Akaun GKP

Pemohon yang perlu membuat kemaskini GKP adalah pemohon yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini.

Sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.

Bayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

Rujuk cara membuat kemaskini maklumat GKP seperti di bawah:

Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Di Portal Geran Khas Prihatin (gkp.hasil.gov.my)

Untuk membuat kemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:

kemaskini gkp
  1. Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Sila Log Masuk seperti biasa
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Tekan kotak Semak
  5. Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Status Permohonan
  6. Klik butang Kemaskini dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
  7. Tekan butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.

*Nota: Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Tahukah anda, peniaga atau pekerja yang bekerja secara freelance juga boleh mencarum KWSP di bawah i-Saraan KWSP untuk mendapatkan pelbagai manfaat seperti insentif RM250 dari kerajaan.

Rujuk cara daftar i-Saraan KWSP di sini : i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Anda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!