Kebenaran Rentas Negeri Dalam 2-3 Minggu Lagi – PM

rentas negeri dibenarkan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

KEBENARAN RENTAS NEGERI DIJANGKA DALAM 2-3 MINGGU LAGI

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju memberi kebenaran RENTAS NEGERI dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa.

Menurut DS Ismail Sabri di laman sosial rasmi Facebook, beliau memahami bahawa ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga setelah sekian lama.

Tambah beliau lagi, insyaAllah, sasaran 90% ini dijangka dapat dicapai dalam masa 2-3 minggu sahaja lagi.

Baca juga: Borang Permohonan Rentas Negeri 2021 Sepanjang PKP dan PPN

3 Negeri Diberi Kebenaran Beralih Ke Fasa Seterusnya

Hari ini, tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan juga telah diberi kebenaran untuk beralih ke fasa seterusnya.

Selain itu, bermula esok, operasi premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dipanjangkan bermula dari jam 6 pagi hingga 12 malam.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau hari ini:

kebenaran rentas negeri
kebenaran rentas negeri

Berikut adalah intipati yang diumumkan dalam siaran media hari ini:

kebenaran rentas negeri
kebenaran rentas negeri

Dalam akhir ucapan beliau, turut ditegaskan bahawa dalam usaha ini, kita juga hendaklah sentiasa peka dan saling menjaga keselamatan diri dan Keluarga Malaysia.

Kelonggaran yang kita kecapi hari ini adalah hasil pengorbanan kita bersama.

Beliau yakin, dengan adanya kelonggaran-kelonggaran ini, kita dapat mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara tidak lama lagi.

Sumber: Facebook DS Ismail Sabri

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut